BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

Hijrah

"B..B..bila nak tukar sini?"

"Nanti la..nanti b tukar ye..."

"Nanti...nanti..nanti..ermm"

Hehehe..ayat yang biasa didgr..siapa x sayang ngan awek kan..kalau boleh xnak berjauhan..yela..masing-masing risau bila dok jauh-jauh nie..

Sekarang saya dah mintak tukar..hehehe..alasan mengikut awek..ehhh..bukan..
alasan nak tukar pengajian E-PJJ ke PLK (Pengajian Luar Kampus) kat UITM Shah Alam. Kalo boleh nak bagi cepat skt habis study..

Respon Pengetua :

"Erm..saya luluskan..bagus la kan..untuk masa depan..sampai bila nak duduk kat Gerik nih"
Hehehe..cayalah pengetua!

Tempat Permohonan :

1. Sek Men Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
2. SK Pendidikan Khas Selangor

Awal-awal lagi dah telefon JPN Selangor tanya asrama kat area Shah Alam..
Jadi JPN Selangor suruh mintak 2 sekolah nie..
Asrama pelajar pendidikan khas..

Huhuhu..boleh ke aku jaga diorg nie?

Mintak2 pertukaran aku diluluskan..Amin

Terus Berdoa

~Ada Masa Sedih..Ada Masa Gembira~

Kata-kata dari seseorang yang rapat :

"Tuhan uji kita dengan tiga keadaan..
Pertama..Bila kita inginkan sesuatu,kita berdoa, Allah TERUS makbulkan doa kita..

Ke-2..Bila kita inginkan sesuatu,kita berdoa, berdoa, berdoa, berdoa..dan terus berdoa lagi..Allah LAMBAT memakbulkan doa kita..

Dan ke-3..Bila kita inginkan sesuatu,kita berdoa,berdoa dan terus berdoa..tapi Allah TIDAK memakbulkan doa kita.."


Hari ini cinta hati saya berasa sedih..sedih kerana apa yang diinginkan tidak kesampaian..saya faham perasaan itu..bila kita gagal, dlm sesuatu..

Dulu saya pernah gagal..hampir-hampir gagal dalam kehidupan..melihat kawan-kawan berjaya dalam pelajaran..masuk universiti..tapi saya lebih suka cari susah sendiri..

Semangat..hanya semangat..saya menjadi semangat bila melihat ada orang yang lebih teruk dari saya..keluarga yang bercerai-berai, keluarga yang betul2 susah, lumpuh tapi masih mempunyai minat untuk belajar dan bermacam-macam lagi..

"Dulu ayah abang kerja kutip rotan kat Gerik..kami adik beradik ramai..abang anak sulong..jadi terpaksa tanggung adik-beradik dulu" seorang rakan universiti menceritakan pengalamannya.

Tidak kira bagaimana pun situasinya, Allah akan menduga kita..melihat kesabaran kita..
Yang penting kita tidak patah semangat!!!Come on sayang..B doa sayang berjaya 1 hari nanti n B sentiasa dengan sayang..
Amin....

Foot Detox

Apa gunanya kalau kaya-raya, tetapi kesihatan x jaga..sakit sana,sakit sini..x boleh mkn itu,x boleh makan ini..jadi tengok je la..So, baru2 nie Cik Aina saya suruh pakai 1 produk kesihatan. Foot Detox..menyerap toksik2 dlm badan..toksik yang dtg dari pemakanan kita, merokok, dan sebagainya..

Saya nie bkn jenis beli produk2 kesihatan, pil-pil kecerdasan ke..main belasah je..yang saya tau kalau nak sihat kena bersenam..seminggu kena 2 3 kali bagi keluar peluh..main badminton ke, main futsal ke, jogging ke (wooo..sya paling x suka jogging, rasa lari sorg2..xde feel)..

Ah..tgk gambar nie dulu..


Foot Detox yang putih suci murni sebelum tercemar dgn toksik..


Tampal kat kaki time nak tidur..kalau tampal awal2 sgt kang tiba-tiba nak terbuang air besar jadi susah pulak..

Tgk..hitam legam..26 tahun punya toksik..jgn sesekali menciumnya..ekkkkk..

Sape nak try leh contact saya.. :)

Thursday, May 27, 2010

Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Hidayah



Hidayah..bkn Nurul Hidayah anak Pak Leman..tapi hidayah dari Allah s.w.t..bila seorang manusia itu mendapat petunjuk daripada Nya..bukan ingin berkhutbah..tapi ingin memperbetulkan diri ini juga..jadi marilah kita sama-sama mengambil iktibar..

Di asrama yang aku jaga sekarang nie ada kira-kira 150 pelajar orang asli yang tidak mempunyai agama..bknnya Kristian, Buddha or agama yang lain..tapi mereka mempunyai kefahaman dan kepercayaan daripada nenek moyang sejak dari zaman dulu lagi..bersewang, menyembah pokok dan semangat hutan, kepercayaan jika berlaku kematian harus berpindah ke tempat lain dan bermacam2 lagi kepercayaan..

Disini pelajar yang Islam diberi penekanan kepada asas Fardhu Ain, kemahiran membaca Al-Quran, Kuliah Maghrib dan bermacam lagi program keagamaan..kadang program keagamaan untuk pelajar orang asli nampak lebih dari program pelajar melayu yang tinggal di asrama sekolah nie..

Aku mmg jenis x pilih kasih bila ada program yang melibatkan antara pelajar asli islam dengan non-islam..sesiapa yang berminat silakan..ade kursus keagamaan kat luar, aku bawak jugak budak2 yang non-islam nie..mula-mula jadi isu jugak..bila ada ustaz-ustaz sini yang bersuara.."baik beri penekanan kepada yang islam saje".."yang islam pon x terjaga, nak bawak yang x islam"..lebih kurang mcm tue lah..

Jadi bermula tahun lepas..sedikit demi sedikit pelajar orang asli yang berminat nak memeluk islam..Alhamdulillah..mereka diberi hidayah dari Allah s.w.t..tahun lepas 3 orang pelajar orang asli lelaki berminat nak masuk islam..yang terbaru, 3 orang pelajar perempuan dari RPS Dala berminat nak memeluk islam..walaupun x sampai 10 orang, tapi aku tetap rasa puas hati..dakwah tanpa paksaan..dengan kerelaan..

Alhamdulillah..majlis berkhatan untuk pelajar orang asli pun dah buat..mula-mula byk jugak halangan bila JHEOA xnak tanda tangan surat kebenaran waris..tapi akhirnya jadi juga..tersenyum je bila tgk muka budak2 pucat nak masuk bilik bedah..

"Cikgu tipu..kata xde orang perempuan. Tue ada nurse perempuan yang tgk..muda pulak"

Hehehe..mcm2 budak2 nie..kdg2 nak tergelak pon ade..

Masa 3 orang budak perempuan yang masuk Islam baru-baru nie..

PTA (Pegawai Tadbir Agama) : Alhamdulillah kamu semua yang menjadi saudara baru Islam..jadi ada apa-apa soalan yang kamu nak tanya x?

Pelajar: Erm ustaz..boleh kami tukar nama x?

PTA : Boleh..cari la nama yang sedap2 dan ada makna..kamu dah pilih nama ke?

Pelajar: Belum...

Seorang cikgu nie mencelah..

"Kalau nak sedap amik la nama Siti Nurhaliza ke..Ziana Zain ke"

Hahahaha..

Sunday, May 23, 2010

Pisang

Banana Pictures, Images and Photos
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:


Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Anemia:


Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:


Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Penghadaman:


Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:


Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:


Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:


Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:


Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:


Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:


Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:


Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):


Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:


Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:


Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:


Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:


Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PETUA

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Ingin kilatkan kasut:

Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.

Saturday, May 22, 2010

Tag From Cik Ana

Aslm semua..

Disebabkan xnak mengguris hati Cik Ana Chenta Hati Epit ini, jadi kena la post benda nie dulu..hahaha.

The RULES :

i)select the 8th photo on your facebook profile

ii)post it along with the story about the photo



Hahaha..photo nie ker??Paling terbaeekk nih...hahaha
Diambil oleh driver Tn. Syed Anuar kat office saya..
Masa nie tgh bz wat keje..Tn.Syed datang nak test amik guna camera kat atas meja..
Pas amik tgk2 hensem pulak..hahahaha..terus jadi profile picture kat FB..
Dan photo ini jugak la yang membuat Cik Aina jatuh hati kat saya..
Hahahaha..Blah dulu..kang korang termuntah pulak..sape suh tag blog aku..

Nak Tag Sape ye...

Sunday, May 9, 2010

Teringat

Teringat masa kecik-kecik..darjah 1..hari pertama nak ke sekolah..mak mandikan dengan air panas..sebab saya takut nak mandi air sejuk..

Teringat masa darjah 2..mak susah2 kayuh basikal ambil saya balik sekolah sebab masa tue abah kena kerja kat tempat jauh..

Teringat masa darjah 3..mak marah sebab jatuh basikal dalam parit depan rumah..buas sgt masa tue..baru nak belajar naik basikal..

Teringat masa darjah 4..dapat jadi pengawas..hidung kembang kempis bagitau kat mak..

Teringat masa darjah 5..bagitau mak ada awek nak datang beraya kat rumah..mak kata baru je sunat dah ade awek minat ye...

Teringat masa darjah 6..dapat Anugerah Tokoh Murid dan UPSR dpt 4A (masa tue Sains xde lagi)..orang yang mula-mula sekali saya peluk ialah emak..

Teringat masa tingkatan 1..dapat masuk asrama..malam-malam sedih teringat kat mak..

Tapi bila dah besar sikit....


.....


.....


.....


....


Teringat masa tingkatan 5..mak menangis sebab saya belasah junior kat sekolah..kesian mak kena panggil dengan Pengetua (Arwah Ustaz Suhot)..

Teringat dulu..saya pernah lawan mak..sebab xnak sambung study lepas SPM..mak bandingkan saya dengan abang yang berjaya masuk Universiti..

Teringat masa dulu..mak pernah menangis malam-malam..sebab saya pernah lari rumah sampai setahun..balik betul-betul esok nak raya..mcm Jejak Kasih..

Tapi sekarang...

Baru tadi saya telefon emak..

"Mak doa semoga Nino jadi orang yang berjaya dan pangkat tinggi2 sesuatu hari nanti"

Itu yang mak selalu cakap..

Emak kita cuma ada 1..Sayangi emak kita selagi dia masih ada..

"Selamat Hari Ibu.. Emak"

Monday, May 3, 2010

Saya Sangat Kedekut

Saya Sangat Kedekut..

Kalau nak tukar handphone baru..

Saya sanggup beli laptop harga 2 ribu lebih..

Tapi saya sangat kedekut nak tukar handphone baru..

Saya sanggup beli camera harga seribu lebih..

Tapi saya x minat nak tukar handphone baru..

Saya sanggup beli baju/seluar harga mahal2..

Tapi saya x sanggup nak tukar handphone baru..

Ini handphone saya..BlackBeri-Beri..

Dengan nombor yang sudah tiada..

Dibeli dengan gaji pertama saya berkerja di KFC 6 tahun dulu..

Tapi sekarang sudah rosak....

.....


.....


.....


.....


.....


Jeng..Jeng..Jeng..





Hehehe..Saya sudah ada handphone yang baru..

Dibeli oleh Cik Aina saya..

Walaupun pun biasa2..tapi sgt berharga dan bernilai untuk saya..

Yang sangat kedekut beli handphone ini..hahaha..

Thank you so much sayang..I Love U..