BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 16, 2010

Taxi

Sambil bersarapan dan bersembang di kantin sekolah tadi, aku tertarik dengan cerita seorang rakan ketika beliau belajar di United Kingdom..cerita ini bukan pengalaman beliau,tetapi diceritakan oleh pensyarah di Universiti beliau belajar..

Suatu hari..pensyarah tersebut ingin keluar ke bandar dan menunggu teksi di tepi jalan..
Di seberang jalan..beliau melihat seorang lelaki tua berjanggut menunggu teksi sama sepertinya..
Teksi pertama ditahan oleh lelaki tua itu..sambil menundukkan badannya ke cermin teksi untuk bertanya kepada pemandu teksi tersebut..Namun orang tua itu tidak naik ke dalam teksi, dan teksi terus pergi begitu sahaja..

Begitu juga dengan teksi ke-2..orang tua itu tetap tidak mahu naik selepas teksi itu ditahan olehnya..Pensyarah tersebut berasa pelik dengan tingkah laku orang tua tersebut..begitu juga dengan teksi ke 3, ke-4, ke-5, ke-6 , ke-7, ke-8, ke-9, dan ke-10..

Sampai teksi yang ke-11 baru lah orang tua terus naik..disebabkan perasaan ingin tahu,pensyarah tersebut terus menahan teksi dan mengikut orang tua itu tadi dari belakang..

Tiba di suatu tempat, orang tua tadi terus turun..pensyarah tersebut terus menegur dan memohon maaf terlebih dahulu..menceritakan yang beliau memerhatikan orang tua itu semasa beliau menunggu teksi..

Lalu bertanyalah pensyarah tersebut kenapa orang tua itu kenapa tidak menaiki teksi pertama hingga teksi yang ke -1o?Kenapa baru teksi yang ke-11 baru beliau naik?

Jawab orang tua itu:

"Saya adalah seorang yang Yahudi. Semua pemandu teksi yang saya tahan tadi bukan bangsa Yahudi. Hinggalah pemandu teksi ke-11 barulah dia seorang Yahudi. Inilah cara saya untuk menolong bangsa saya sendiri"..


Moral from this story : Bantulah Bangsa Kita Sendiri..




No comments: