BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

Pakar Kecantikan Wanita


'EVERTHING IN LIFE IS LUCK'- Donald Trump

Malam seperti malam yang biasa..menghabiskan masa dengan membaca buku "Berfikir Gaya Donald Trump"..last week, selepas class di Uitm, sempat ke Village Mall Sungai Petani..asalnya cuma nak melihat buku-buku dan usha2 kot ada filem yang menarik kat wayang..jadi disebabkan saya adalah salah seorang yang meminati Donald Trump, terus membeli buku ini..

Ramai yang x tahu saya adalah peminat rancangan The Apprentice..walaupun tidak follow semua season(ada 9 season semuanya) tapi paling saya suka ialah season 1 & 2..Bill Rancic & Kelly Perdew menjadi juara..

Berbalik pada buku ini tadi, lebih kurang ada 18 gaya berfikir Donald Trump..setiap gaya ada cara yang tersendiri..

Gaya 1: Lakukan perkara yang kita cintai

Gaya 2: Kuasa pemikiran positif

Gaya 3: Positif tetapi realistik

Gaya 4: Buktikan pada diri sendiri

Gaya 5: Belajar daripada kegagalan

Gaya 6: Sedia berubah

Gaya 7: Masalah adalah latihan minda

Gaya 8: Ilmu adalah kuasa

Dan banyak lagi....

Lakukan perkara yg kita cintai..Apa perkara yg kita cintai?Kita mungkin pandai bercinta, tapi mungkin kita tidak sedar apa perkara yang kita cintai..muzik?berniaga?berpolitik?..Sampai sekarang saya masih berfikir..apakah perkara yg saya betul-betul cintai..nak kata minat muzik,main gitar pun tak pandai..nak kata minat berniaga, rasa saya bukan jiwa berniaga..nak kata minat politik, minat juga..tapi kalau setakat jadi Ketua Pemuda Cawangan baik tak payah..alang-alang main politik biar jadi Menteri..

Jadi apa perkara yg saya cintai?

Saya akan puas hati bila dapat menolong orang..saya suka berjumpa dengan orang ramai..bercakap,beri nasihat(walaupun kdg2 saya pun x betul)..ya..bercakap adalah kekuatan saya..saya juga sukakan kecantikan dan kesempurnaan..

Ah..adakah saya perlu jadi Pakar Kecantikan Wanita?hahahaha..


*Pernah buat ujian personaliti..lebih sesuai menjadi Pereka Fesyen..hahahaha








No comments: