BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 6, 2010

Cantik

Pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, awak ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang mana PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun. Dah petik rumput yang cantik, bawa ke kelas.

Apabila murid tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang di bawanya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi tadi cikgu kata petik yang PALING CANTIK. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang semula. Tapi sampai di hujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya tadi rumput-rumput yang paling cantik tadi. Tapi bila cikgu kata tak boleh kembali ke belakang, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang janganlah mencari lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang ada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga apa yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi..


1 comment:

~~::loveayna::~~ said...

i wont run along the field till the end to fine the best flower..cos i find u without me to go anywhere.. stay n here with u for forever..insyaallah.. i love u