BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

Adakah Lelaki Semakin Bodoh?


Exam sudah dekat..1st paper aku hari Jumaat (23/4), Selasa (27/4), Khamis (29/4) and last paper yang paling aku suka Account (8/5) Sabtu..haha..padahal dulu masa sekolah asyik fail je dlm paper Acc..Last sem Alhamdulillah dapat A..aku pon xsangka beb..yela,aku ingat lagi cikgu Acc aku yang suka maki-maki and sumpah2 aku dalam class..nasib baik sumpahan tue tak melekat kat aku..hehe..

Dalam seusia sebegini..kadang letih juga nak study..siang kerja..petang kdg2 main badminton..mlm kdg2 main futsal..malam mmg kena bahagi masa untuk study..no time to lepak2ing..no time to tgk bola kat mamak ke..pergaulan dgn kawan2 agak terbatas..

Kadang sedih juga tgk pelajar (terutamanya lelaki) yang kurang minat belajar..ada cikgu yang buat tuisyen malam..daripada 30 orang, yang datang cuma 10 orang..kesian cikgu tue..

Majoriti lelaki yang melanjutkan pelajaran ke universiti pon semakin berkurang..class aku sendiri..2 orang je kumbang beb..yang lain semua bunga..tue pon kumbang dah tua,dah tumbuh tanduk 2..hahaha..

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future).

Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.


Mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda pula, pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara.

Jadi marilah kita fikirkan bersama..

p/s: Doakan kejayaan aku dalam Final Exam..Amin.

3 comments:

~~::loveayna::~~ said...

eh x la..
en.bunga hati saya ni bijak je..
pandai je..
support u 150%!!!!
pray for u too..muah!!

sifooden said...

aku bijak per.. hehe

Abg Man Kadiron said...

sifoo:hang dah jadi cikgu mmg la bijak..