BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 17, 2010

Pekak, Bisu & Lembab

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Raya haji tahun nie terpaksa berkorban di Shah Alam..asalnya kena kerja..tapi dpt cuti sbb semua budak2 dah blk kg..cuti rehat pun dah abis..so terpaksa la beraya di Shah Alam..

Baru dua minggu di tempat kerja baru..SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17..suasana kerja yang baru, rakan-rakan kerja yang baru..perangai pelajar (OKU) yang baru..

SMPKV nie sebenarnya khusus untuk budak2 yang cacat pendengaran (pekak) dan bisu..tapi disebabkan masalah kekurangan pelajar (disebabkan byk sekolah2 pendidikan khas dibuka di sekolah2 harian) jadi pengambilan untuk pelajar LD (Learning Down) dibuka.. So xde la nak kata sekolah nie senyap je 24jam..ada la jugak suara2 budak2 yang cukup sifatnya..cuma ada masalah dari segi pembelajaran..

Pertama kali dtg ke sekolah nie aku rasa bersyukur kerana Allah s.w.t jadikan aku cukup sifat..boleh bercakap..boleh mendengar..dan boleh berfikir..cuma anda bayangkan..kalau hilang anugerah Tuhan di antara 3 sifat ini..bangun tidur x boleh set jam loceng@alarm handphone..nak luahkan perasaan marah pun x boleh cz xleh menjerit@cakap..dan still berfikir mcm budak2 walaupun umur dah 21 tahun..

Tapi aku tetap kagum dengan budak2 nie..walaupun dilahirkan istimewa..mereka boleh berdikari sendiri..hormat..dan mempunyai kemahiran sendiri..

Pelajar SMPKV berbeza dengan pelajar2 luar..di sini mereka diajar dengan kemahiran (SKM) dan tidak mengambil SPM seperti pelajar sekolah vokasional/teknik yang lain..kursus seperti membuat batik, IT, Aircond, Fesyen, Penyediaan Makanan, Kimpalan, Perabot, Seni Bina Bangunan, Motor menjadikan mereka mempunyai kemahiran masing2..bayangkan semua landskap dalam sekolah sekolah nie hasil daripada usaha pelajar sendiri..dulu, time aku dok hostel ade la wat mengecat skt2..itu pun dah malas..hehehe..

Jadi Alhamdulillah semua ok di sini..walaupun ada beberapa suara yang kata sekolah nie teruk dari segi kebajikan pekerja aku tetap berfikiran positif..yang penting aku x kaco orang, orang jgn kaco aku..kerja masing2, buat hal masing2..cuba selesaikan masalah, bukan timbulkan masalah..:)

Adios..