BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 18, 2010

Gerik vs Shah Alam

Kat Gerik... boleh bgn lewat2 skt nak pergi kerja..start motor x sampai seminit dah sampai depan office..
Kalau kat Shah Alam..boleh jugak bgn lewat2 skt nak pergi kerja..tapi alamatnya tersadai la kat traffic jam kat area Padang Jawa..

Kat Gerik..boleh mintak tlg kwn punch kad..(pkai komputer jeee..msk kod nama)..hehehe..
Kalau kat Shah Alam..boleh jugak mintk tlg kwn punch kad..tapi kena potong jari leee bagi kwn simpan..(thumb print)

Kat Gerik...tepat pukul 1.00 ptg (rehat) aku pergi tido kat bilik..sampai kul 2.00 ptg pergi opis balik...(ada kwn kejut)
Kalau kat Shah Alam..tepat pukul 1.00 ptg aku dah pergi tido..tapi sampai kul 4.00 ptg lerr..hahaha (kwn aku pun sama bantai tido lagi)

Kat Gerik..kalau time blk kerja, pukul 6 tue ada kat office lagi..dah duduk dalam hostel buat ape nak kalut2 balik awal...
Kalau kat Shah Alam..kalau time blk kerja, tepat pukul 5 aku org mula2 cabooot dulu...yela, nak pergi mkn Yong Tau Fu Kinjeeee...hahaha.

Kat Gerik..kalau beli beli goreng pisang..seringgit dapat 10 woooo..nyum2...
Kalau kat Shah Alam..kalau beli goreng pisang..seringgit dapat 5 je ...adoiiiiii hai..sedihhh

Kat Gerik..bergerak je kereta pergi Sg Petani, pergi Kuala Kangsar, pergi Taiping..x kena tol..
Kalau kat Shah Alam..bergerak je kereta walaupun nak pergi Bukit Raja yang dekat tue dah kena tol RM1.10...

Kat Gerik..yang ada KFC..KFC..KFC..Mamak..mamak..mamak..boring dah...
Kalau kat Shah Alam..semua ada..ko nak mkn KFC, Mc'D, Pizza Hut, Domino's,..mamak bersepah2 kalo nak pergi makan..hehehe.

Kat Gerik..time gaji punya la orang beratur panjang nak keluar duit..mesin ATM x banyak..
Kalau kat Shah Alam..time gaji ko pergi stesen minyak kat mana2 pun ada mesin ATM..senang pokcikk...hehehe..

Kat Gerik..selalunya gajah dgn babi hutan yang melintas jln..tgk2 dah mati kat tepi jalan..
Kalau kat Shah Alam..susah nak tgk babi mati melintas jalan..kalau ade pon dah tergantung kat restoran cina kena panggang...hahaha

Tapi yang penting..

Kat Gerik..berjauhan dengan tunang tersayang...cuma boleh dgr suara je dlm tepon..
Kalau kat Shah Alam.."Hello b..syg rindu laa..." berdesuuuppp terus gi Putrajaya...hahahaha





Wednesday, November 17, 2010

Pekak, Bisu & Lembab

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Raya haji tahun nie terpaksa berkorban di Shah Alam..asalnya kena kerja..tapi dpt cuti sbb semua budak2 dah blk kg..cuti rehat pun dah abis..so terpaksa la beraya di Shah Alam..

Baru dua minggu di tempat kerja baru..SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17..suasana kerja yang baru, rakan-rakan kerja yang baru..perangai pelajar (OKU) yang baru..

SMPKV nie sebenarnya khusus untuk budak2 yang cacat pendengaran (pekak) dan bisu..tapi disebabkan masalah kekurangan pelajar (disebabkan byk sekolah2 pendidikan khas dibuka di sekolah2 harian) jadi pengambilan untuk pelajar LD (Learning Down) dibuka.. So xde la nak kata sekolah nie senyap je 24jam..ada la jugak suara2 budak2 yang cukup sifatnya..cuma ada masalah dari segi pembelajaran..

Pertama kali dtg ke sekolah nie aku rasa bersyukur kerana Allah s.w.t jadikan aku cukup sifat..boleh bercakap..boleh mendengar..dan boleh berfikir..cuma anda bayangkan..kalau hilang anugerah Tuhan di antara 3 sifat ini..bangun tidur x boleh set jam loceng@alarm handphone..nak luahkan perasaan marah pun x boleh cz xleh menjerit@cakap..dan still berfikir mcm budak2 walaupun umur dah 21 tahun..

Tapi aku tetap kagum dengan budak2 nie..walaupun dilahirkan istimewa..mereka boleh berdikari sendiri..hormat..dan mempunyai kemahiran sendiri..

Pelajar SMPKV berbeza dengan pelajar2 luar..di sini mereka diajar dengan kemahiran (SKM) dan tidak mengambil SPM seperti pelajar sekolah vokasional/teknik yang lain..kursus seperti membuat batik, IT, Aircond, Fesyen, Penyediaan Makanan, Kimpalan, Perabot, Seni Bina Bangunan, Motor menjadikan mereka mempunyai kemahiran masing2..bayangkan semua landskap dalam sekolah sekolah nie hasil daripada usaha pelajar sendiri..dulu, time aku dok hostel ade la wat mengecat skt2..itu pun dah malas..hehehe..

Jadi Alhamdulillah semua ok di sini..walaupun ada beberapa suara yang kata sekolah nie teruk dari segi kebajikan pekerja aku tetap berfikiran positif..yang penting aku x kaco orang, orang jgn kaco aku..kerja masing2, buat hal masing2..cuba selesaikan masalah, bukan timbulkan masalah..:)

Adios..

Sunday, October 31, 2010

Goodbye Gerik..Welcome Shah Alam

8.3.2007..Tarikh mula2 sekali aku datang ke Gerik..hampir 4 tahun di sini..rasa dah jadi mcm orang Gerik..dari makcik kantin, tukang kebun, sampailah ke pegawai atasan (ADO, Pegawai TNB, Pegawai PPD dan ramai lagi) semua baik dgn aku..bkn nak ckp aku kenal ramai orang..tapi mmg prinsip aku dari dulu, kalau merantau tempat orang aku tak akan sombong dengan sesiapa..jgn tunjuk diri terlalu bagus dan merendah diri..InsyaAllah, sampai bila-bila orang akan hormat kita balik..

So..telah ditakdirkan permohonan pertukaran aku telah diluluskan..gembira teramat sgt, mcm mimpi rasanya...

" Man, sila dtg ke pejabat..surat pertukaran dah sampai,,,dapat ke Shah Alam" bila kerani pejabat, Kak Ana telefon rasa nak melompat je...hahaha.

Rasa sedih bila nak tinggalkan pelajar-pelajar yang aku jaga..ada yang x bagi aku tukar la..nak ikut aku pergi Shah Alam la...hahaha..mana boleh..sebab sekolah aku bertugas sekarang khas untuk pelajar OKU.. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17..

Hari terakhir aku di sekolah mcm2 jamuan dibuat untuk meraikan pertukaran aku..terharu beb..biasa aku yang arrange jamuan perpisahan staff2 yang nak bertukar/berpencen..nie diorg pulak yang buat..huhuhu...

Petang tue, Kelab Staff aturkan jamuan untuk aku..hubungan antara staff di sini mmg rapat..kerani pejabat, pembantu makmal, pusat sumber, asrama, semua boleh dikatakan terlalu baik dengan aku..semua terkejut bila aku dapat tukar..

" Kepada En. Herman, kalau ada bunga-bunga baru di sana ingat-ingat lah kami yang bujang-bujang di sini" sempat lagi pengacara majlis, En. Syukri buat lawak..padahal anak dah masuk sekolah menengah...hahaha.

Malam pulak, Jamuan Perpisahan dengan pelajar-pelajar dan warden-warden asrama..terharu + gembira bila orang hargai sumbangan yang telah kita buat..

Malam terakhir duduk di atas kerusi n meja kesayanganku..dlm laci gua penuh stok mercun bola nak kejutkan budak2 asli bangun tidur..hahaha

Nak bagi ucapan ke nak menyanyi nih..hahaha..amanat terakhir kepada student-student aku..
"Bersyukurlah menjadi orang-orang yang normal"

Aku tak pernah menganggap mereke Orang Asli yang busuk dan pengotor, tak pernah memandang mereka sebagai kuno dan miskin..bagi aku kita manusia semuanya sama..cuma rezeki dan kebolehan yang membezakan kita sesama manusia..

Penolong Kanan..Tn Hj Mohd Nordin memberi cenderamata penghargaan..selesai solat Maghrib di masjid terus bergegas ke majlis..

Acara potong kek pulak..besday aku lambat lagi...hantam sajalah..

Terharu bila student-student kumpul2 duit nak beli hadiah untuk aku.. terima kasih banyak2 semua..saya doa awak semua berjaya suatu hari nanti..

Student paling nakal dan taiko dalam asrama, Bajojiyo..boleh kata hari-hari kena belasah n rotan dengan aku dulu..tapi hubungan kami tetap baik..sebab bila aku rotan n denda mereka, last sekali aku mesti akan kata :

"Saya rotan kamu bkn sebab saya marah kamu, bkn nak malukan kamu, saya rotan sebab saya sayangkan kamu, nak kamu ikut peraturan dan disiplin asrama"

Persembahan istimewa Sir Azmi (Pen Kanan HEM) dgn puisi dan lagu beliau..steadylah Sir!
Thank's so much!

Tn Syed Anuar..rasa dan mcm abang kandung sendiri..walaupun kulit kami berlainan..
susah senang sama-sama di sekolah ini..

Penyelia Asrama Kanan..En Mohd Tazli..Sifu & Tongga aku selama di sekolah ini..pendorong kuat aku untuk sambung pelajar..satu-satunya Penyelia Asrama yang nak melanjutkan pelajaran ke PHD..kepada En. Tazli semoga suatu hari nanti segala impian akan tercapai..

Bergambar dengan pelajar-pelajar buat kali terakhir..aku x pernah malu dan marah bila orang kata aku bapak orang asli la, abang orang asli la, tok batin la..sebab bila aku kerja, aku akan enjoy dengan kerja itu..biar susah bekerja, daripada susah xde kerja..

Goodbye Gerik..Welcome Shah Alam..cabaran bersama dengan Orang Asli telah aku tempuhi..kini cabaran bersama pelajar " istimewa" pula..harap semua pengalaman aku selama 3 tahun lebih di sini dapat aku gunakan..kena kurang garang dan kuatkan bersabar bila bersama pelajar-pelajar OKU ini..

Kepada semua rakan-rakan dan kenalan di Gerik..saya memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, terlebih dan terkurang selama tinggal di Gerik..halalkan makan dan minum dan doakan saya berjaya di tempat baru..

Wednesday, October 20, 2010

Perkahwinan


Prosedur Pentadbiran Perkahwinan

A. PENGENALAN

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk ini menggariskan peraturan-peraturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan rujuk.

B. TAFSIRAN

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan.

i. ' Beristeri ' ertinya mempunyai isteri.

ii. ' Iddah ' ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau yang mati suaminya.

iii. ' Tempoh Bermastautin ' ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurang-kurangnya 90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar

iv. ' Teruna ' ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.

v. ' Wali Mujbir ' ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.

vi. ' Negeri' ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.

vii. ' Luar Negeri ' ertinya luar negara.

viii. ' Tempat Lain' ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.


C. PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN

1. Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu
Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.


2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.

ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.

iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

- Salinan Sijil Kelahiran.

- Salinan Kad Pengenalan.

- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI

- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.

- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.

- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.

- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.

- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.

- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.


V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.


2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin

i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )

ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.

iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.

iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3. Proses Permohonan Perkahwinan

Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

3.1 Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:

a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan

b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.

c) Perkahwinan itu secara poligami.

d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami


( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )


3.2. Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.

3.3. Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.

3.4 Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.


4. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

4.1. Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.

4.2. Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

4.3. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.

4.4. Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

4.5. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.


5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.

i) Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

- Salinan pasport yang sah.

- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.

- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

ii) Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.


5.2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia


6. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

6.1 Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.

6.2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.


7. Akad Nikah

7.1. Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.

7.2 Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

7.2. Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:

i. Wali di hadapan Pendaftar.

ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.

iv. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.


D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

1. Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri

1.1 Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang yang sedia ada.

1.2 Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan.

2. Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri

2.1 Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.

2.2. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa perkahwinan di luar negeri yang belum didaftarkan sahaja yang boleh didaftarkan.

2.3. Pendaftar hendaklah memastikan setiap permohonan pendaftaran nikah mempunyai butir dan maklumat berikut:

- Surat perakuan nikah luar negeri.

- Atau apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh memuaskan hati Pendaftar sebelum perkahwinan berlaku.

- Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Pemohon sendiri.


2.4. Pendaftar boleh mengecualikan pasangan suami/isteri untuk hadir di hadapannya dengan syarat ia berpuas hati mengenai maklumat berhubung dengan perkahwinan itu.

2.5 Pendaftar hendaklah mencatatkan sebab-sebab pasangan suami isteri tidak hadir dalam daftar perkahwinan.

2.6 Selepas mendaftar Pendaftar hendaklah dengan segera menyerah atau menghantar satu salinan pendaftaran nikah yang telah ditandatangani kepada pasangan suami isteri.

2.7 Pendaftar juga dikehendaki menyerah satu salinan pendaftaran nikah kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan supaya salinan tersebut dijilidkan dalam perkahwinan orang Islam di luar negeri.

Wednesday, September 29, 2010

Ramadhan to Syawal

Rasanya dah nak berkarat blog nie..mmg xde masa nak update..start je bulan puasa semua jadi slow..hehehe..so bila jari nie dah start nak menaip, jadi mcm2 la yang nak dicerita..dari bulan Ramadhan sampai la ke Syawal..mcm2 yg berlaku, yang terbaru..kat blog nie la tempat nak bercerita pun..

Bulan Ramadhan thn nie special skt..berbuka dgn kwn2 sekolah, dgn kwn2 pejabat..n yang lagi special berbuka dgn buah hati lah.. bila duduk jauh nie sekali skala jumpa mesti rindu bangat..hehehe..so untuk memudahkan kwn2 berkumpul thn nie majlis berbuka puasa diadakan di Putrajaya..

En. Azad Kahar pun ade tue...hantu Sate Kajang..hahaha

Untuk memanjangkan lagi cerita, raya ke-2 tahun nie saya telah selamat bertunang dengan pasangan saya Raja Nur Aina bt Raja Hussain Shah. Yehaaaaa....berdebar-debar beb..nak pegi meminang anak orang nih..bukan main-main..x tau la kalo time akad nikah nanti..mau nak terkencing je nanti..hahaha

Saya nak berdiri dekat2..dia pulak nak gi jauh..line x clear..bakal pak mertua usha beb..hahaha

Bonda saya Aisah bt Abdul Sukor menyarungkan cincin tanda telah "dibooking" oleh anaknya Herman Taharuddin..hehehe

Woooo...kek feveret saya dan Cik Aina...Choc Mud..nyum2...

So secara rasminya saya telah menjadi tunang org..bila start keje di sekolah, kwn2 ramai la yang ucap tahniah..ada yang xtau saya bercouple, tiba-tiba bertunang..terima kasih semua..nanti nak dekat2 kenduri mesti saya jemput k..

Jadi bila dah bertunang mesti la nak kawin kan?So semangat dlm jiwa nie pikir psl nak kawin je..Jadi untuk mengambil berkat dan di atas jemputan kwn sekelas masa tinggal di hostel dulu Mohd Zulfadli b Mohd Zaki@Zack, saya pun pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di Seri Iskandar. Dulu masa kecik-kecik ingat lagi mak Zack yang mmg baik melayan kami. Dah boring makan nasi dewan makan, bila mak Zack masak sedap2, mmg x ingat org la time mkn tue..hehehe..So jom layan pic time kenduri tue...

Depa nie mmg ade penyakit sikit bila depan camera..penyakit senyum..hehehe

My classmate dulu..5 Al-Haitham (Chip nak msk gak cz dia dulu pun class H)

Nak perasaan skt..aku rasa hensem lak kat pic nie..mungkin aura dari Zack..jgn termuntah k..hahahaha

Hehehe..ah, lebih kurang mcm tue la yang berlaku..sepanjang tidak meng"update" blog nih...so, org tua-tua kata kalau dah bertunang nie darah manis..seminggu lepas bertunang kereta aku accident..langgar tiang Telekom..parking kat bukit, handbrek tarik x abis..kereta jln sendiri..kira ada tanda-tanda la tue..suruh hati-hati..mintak-mintak xde ape la yg berlaku time jadi tunang orang nih..

Jadi kwn2..doakan la kebahagiaan kitorg ye..doa semoga kami selamat diijabkabulkan..aku percaya kalau niat kita baik, mesti kita dibalas dgn perkara yg baik.. :)

Saturday, September 4, 2010

Jersey For hari Raya

New Jersey For Hari Raya..

Visit my Blogshop

Thursday, August 12, 2010

Puasa Zaman Kecik




Bulan Puasa kembali..bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan yang mempunyai banyak kelebihan..

So..cerita bulan puasa nie mcm2 kenangan..masa zaman2 belum akil baligh lagi..biasa la kan budak nakal..hehehe

Time sekolah rendah...

1) Waktu Berbuka

Masa nie mmg cobaan betul..mak kata kalau x puasa x boleh makan masa berbuka..x boleh dapat duit raya..perghh..sape yang x puasa kena duduk kat depan sampai orang berbuka habis puasa..huhuhu..

Nak jadikan cerita 1 hari mmg aku x tahan..jadi berbuka la mkn lauk2 sahur yg tinggal baki2 lagi tue..balik sekolah beb..panas2..kayuh basikal..jadi bila time berbuka kena la duduk kat depan..aduh..sedihnye..berguling2 aku nak mkn jugak..hahaha.

2) Ponteng Puasa

Bila dah tau x boleh berbuka bila ponteng puasa..aku pun curi minum air paip je..hahaha..buat2 mandi lama sikit..sambil mandi, sambil minum..hahaha..hilang sikit dahaga..tapi still lapar gak coz x makan nasi..aduh, menyesal minum air paip tadi..

3) Pasar Ramadhan

Paling seronok kalau dapat pergi pasar ramadhan..dulu masa kecik2 rumah aku dekat ngan jalan kereta api..jadi kalo nak pergi Teluk Intan tunggu je keretapi berenti..kena bayar 30 sen ke 40 sen..tapi sekarang perkhidmatan kereta api dah xde..sepanjang jalan kereta api orang kampung buat tempat tanam kelapa sawit..sampai sekarang dah x pernah naik kereta api..huhuhu..(komuter pernah la)..hehehe..paling aku suka murtabak, ayam percik, n air tebu (tapi skang Cik Aina x bagi minum air tebu dah..bahaya sebab ada kencing tikus kat batang tebu yang x dibasuh).

4) Mercun & Meriam

Wah..ini la paling best kalo lepas berbuka..sebelum pergi sembahyang tarawih sempat main meriam tanah n mercun..dulu mercun murah giler..Thunder King, Air Bom, Thunder Clap, mercun naga, mercun gasing, mercun papan, mercun bola, mercun ketupat..mcm2 lah jenis..tapi semua tue belum kuat lagi kalo nak lawan ngan meriam tanah aku..bergegar 1 rumah kalo pasang..smpai adik2 yang kecik menangis la..hahaha..

5)Sembahyang Tarawih

Dulu kalo sembahyng tarawih ikut abah naik motor..kalo buat 8 rakaat tue rasa lambat giler..hahaha..yang ingat cuma boleh makan (moreh) lepas tarawih nie..ade kawan2 yang nakal main cucuk2 bontot time org sembhyg tarawih..hahahaha..jangan cucuk bontot pak iman sudah..


Hehehe...sekarang umur dah 26 thn..dah x ponteng puasa masa kecik2 dulu..kalo orang pompuan lain la ada cuti ABC (Allah Bagi Cuti)..orang laki wajib la puasa penuh..

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Selamat Berpuasa & Berbuka... :) Adios.









Friday, August 6, 2010

Cantik

Pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, awak ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang mana PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun. Dah petik rumput yang cantik, bawa ke kelas.

Apabila murid tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang di bawanya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi tadi cikgu kata petik yang PALING CANTIK. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang semula. Tapi sampai di hujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya tadi rumput-rumput yang paling cantik tadi. Tapi bila cikgu kata tak boleh kembali ke belakang, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang janganlah mencari lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang ada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga apa yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi..


Tuesday, August 3, 2010

Eman Jersey

Assalamualaikum semua..

Yeah!Dah mula pndai berniaga..saje suka2..asalnya untuk seronok2 je..saya bukan jual dadah,jual perempuan atau jual belacan..saya sekarang sudah menjadi penjual jersi-jersi bola..yeah!hehehe..benda yang saya suka n cintai..bola.

Kenapa saya pilih jersi bola?hehehe..rasanya semua kawan2 saya tahu, yg saya ini adalah seorang kaki bola yg tegar..maksud tegar disini adalah sanggup untuk berjaga malam @ bgn tgh2 malam buta semata-mata nak tgk bola..hehehe..korang sanggup?kalau sanggup boleh lah ikut saya...

So..dipendekkan cerita..saya dapat semangat niaga ini daripada Cik Aina. 1 hari temankan dia ambil stok aksesori perempuan (beg,belt,rantai2..n mcm2 lah brg2 perempuan nih). Seriously..saya mula tertarik bila tgk harga2 borong yg murah (tapi kena ambil dlm kuantiti yg banyak la)..oh! mcm nie rupanya orang meniaga..baru kita tahu..sebab selama nie kita main beli je...

Dengan berbekalkan modal yg ciput je dulu saya ambil sikit stok jersi..saya jual pada kawan-kawan..pada student-student saya..wah! laku!..mcm goreng pisang panas..1 hari je habis..Alhamdulillah..rezeki kan..siapa yang tahu..

Jadi sya mula serius..amik stok dlm jumlah yg banyak..ambil order dari kawan2..sya mula berniaga secara direct..secara sambilan..

Seterusnya.. saya telah berjaya membuat blogshop sendiri untuk berniaga secara online..lebih senang untuk upload gambar2..

BlogShop saya : http://emanjersey.blogspot.com (promote kat kwn2 k)

Hehehe..jadi banyak yg perlu dipelajari untuk menjadi usahawan nie..apa-apa pun saya mengharapkan sokongan daripada kawan2 semua..Saya percaya kalo kita berusaha,kita ada minat..pasti boleh berjaya..:)

Adios..


Monday, August 2, 2010

Al-Fatihah Untuk Cikgu Ee

Pemergian seorang kenalan..
Mula mengenali Cikgu Ee Teck On sejak beliau berpindah dari SMK Bersia ke SMKSIS II..
Sehinggalah arwah dinaikkan pangkat sebagai sebagai Ketua Bidang di SMK Kenering..
Walaupun tidak berapa rapat dgn arwah..tetapi tetap ada kenangan-kenangan bersama arwah..
Bola Tampar..dulu semasa arwah ada boleh dikatakan setiap petang bermain bersama arwah..
Saya bukan star bola tampar..tapi boleh main la sebab dulu pernah jadi wakil sekolah..
Kalo bersembang pun mesti pasal bola tampar..
Arwah merupakan pemain,jurulatih serta pegawai teknikal bola tampar yang disegani..
Sehingga saya mempunyai aktiviti permainan yang baru..badminton..sudah jarang bermain bersama arwah

Salah satu lagi persamaan kami ialah kami mempunyai motorsikal yg sama jenis,sama caler (putih), dan no plat yg hampir dekat..Honda Wave 125S.
Hehehe..memang saya amik motor tue pun sebab tgk motor Cikgu Ee.
Terus tanya dia berapa harga..bayar berapa bulan2..

Arwah pernah tanya saya :

"Man, kalo man nak tukar motor, man nak beli motor apo?"

"Yamaha 135 LC, cikgu"

"Erm..ramai org yang cakap mcm tue..kawe baru plan nak tukar motor nie"

Itulah Cikgu Ee..sentiasa mengambil pandangan orang lain..
Al-Fatihah untuk Arwah Cikgu Muhammad Ee Abdullah (nama islamnya)..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

Tuesday, July 27, 2010

Lagi-Lagi Makan

Saya mmg kuat makan..hari tue dah kurus,nie naik balik..mintak2 bulan puasa nie dapat menguruskan badan blk..hehehe..

Tak percaya saya kuat makan?

Saya mmg suka ayam..x kisah lah nasi ayam ke, ayam KFC ke, burger ayam ke..wan ayam ke..eh..silap..wan ayam xleh suka..kang marah bini dia..hehehe

Fuhhh..tgk la nasi ayam saya ini..marvelous!hehehe..

Ah..Big Apple lagi..huhuhu..paling saya suka "Say Cheese" n "The Alien"..

Curry Mee Cik Aina..mmg sedap..itu pon saya paw mee dia lagi..hehehe

Malam pulak makan Steamboat kat Tupai-Tupai Bangi..makan sampai pecah perut..

Minggu nie berjalan sakan ke Genting bersama Cik Aina, Cik Ana n En. Epit..asalnya plan ramai2 dengan member2 sekolah yg lain..tgk2 tinggal kami 4 orang je..jadilah..hehehe





Friday, July 23, 2010

Pakar Kecantikan Wanita


'EVERTHING IN LIFE IS LUCK'- Donald Trump

Malam seperti malam yang biasa..menghabiskan masa dengan membaca buku "Berfikir Gaya Donald Trump"..last week, selepas class di Uitm, sempat ke Village Mall Sungai Petani..asalnya cuma nak melihat buku-buku dan usha2 kot ada filem yang menarik kat wayang..jadi disebabkan saya adalah salah seorang yang meminati Donald Trump, terus membeli buku ini..

Ramai yang x tahu saya adalah peminat rancangan The Apprentice..walaupun tidak follow semua season(ada 9 season semuanya) tapi paling saya suka ialah season 1 & 2..Bill Rancic & Kelly Perdew menjadi juara..

Berbalik pada buku ini tadi, lebih kurang ada 18 gaya berfikir Donald Trump..setiap gaya ada cara yang tersendiri..

Gaya 1: Lakukan perkara yang kita cintai

Gaya 2: Kuasa pemikiran positif

Gaya 3: Positif tetapi realistik

Gaya 4: Buktikan pada diri sendiri

Gaya 5: Belajar daripada kegagalan

Gaya 6: Sedia berubah

Gaya 7: Masalah adalah latihan minda

Gaya 8: Ilmu adalah kuasa

Dan banyak lagi....

Lakukan perkara yg kita cintai..Apa perkara yg kita cintai?Kita mungkin pandai bercinta, tapi mungkin kita tidak sedar apa perkara yang kita cintai..muzik?berniaga?berpolitik?..Sampai sekarang saya masih berfikir..apakah perkara yg saya betul-betul cintai..nak kata minat muzik,main gitar pun tak pandai..nak kata minat berniaga, rasa saya bukan jiwa berniaga..nak kata minat politik, minat juga..tapi kalau setakat jadi Ketua Pemuda Cawangan baik tak payah..alang-alang main politik biar jadi Menteri..

Jadi apa perkara yg saya cintai?

Saya akan puas hati bila dapat menolong orang..saya suka berjumpa dengan orang ramai..bercakap,beri nasihat(walaupun kdg2 saya pun x betul)..ya..bercakap adalah kekuatan saya..saya juga sukakan kecantikan dan kesempurnaan..

Ah..adakah saya perlu jadi Pakar Kecantikan Wanita?hahahaha..


*Pernah buat ujian personaliti..lebih sesuai menjadi Pereka Fesyen..hahahaha








Monday, July 19, 2010

Jangan Ustaz

Habis sudah cerita World Cup..sekarang masa untuk study..this week dah start class..mcm nie lah hidup aku skang..kerja..study..kerja..study..janji x susahkan siapa2..n kalau sesiapa nak marah2 terpulanglah..aku x kaco sape2..x ganggu hidup sape2..masing-masing ade cara hidup sendiri..xperlu pandang atau ungkit2 cerita dulu2..past is past..so kalo rasa sakit hati@menyampah xperlulah tambahkan sakit hati@menyampah itu..jadi daripada sakit hati membaca blog ini, baiklah kiranya pergi dating dgn boypren ke, gi picnic ke, gi tgk wayang ke..mintak maaf kalo ade buat silap dan salah..kdg2 kita perlu berkorban untuk melihat org yg kita syg bahagia..saya tidak menyimpan perasaan marah n dendam..peace.

So minggu ini..hehehe..minggu paling best skali..awat hepi sgt nie??hehehe..saya hepi sebab saya PUAS HATI..

Puas hati sbb dapat kenalkan Cik Aina dgn mak, abah n family..seronok bila tgk mak cium pipi org yang kita syg..tp betul beb..restu mak yang pentingkan?kalo mak x suka mesti kita fikir byk kali jugak kan?kalo mak kita suka baru hati org laki nie lega sebenarnya..rasa mcm 1 family.

Puas hati lagi sebab dapat melawat sekolah tersayang..rasanya bila dah abis SPM mmg xde dah nak gi blok asrama, gi dewan mkn, gi class lama (5H), lepak2 kat surau, main bola kat padang..kenangan semua tue..

Nak jadi cerita..tiba2 aku teringat pulak kat sekolah otw nak balik ke Gerik..jadi singgah la sekejap tgk2 sekolah..rindu beb..bila kereta aku masuk je pintu pagar SMKASAS ..perasaan tue mcm flash back tahun 1997, masa family aku mula2 hantar kat sekolah nih..hahaha..

Tgk pokok2 ciku yg x besar2..parking la kereta kat tepi jln..tgk2 kot2 ade buah ciku yg masak..hampeh...haram xde sebijik pon..hahaha

(Dulu x mandang pun pokok2 ciku nih..hahaha)

Jadi aku terus la ke asrama..tgk surau yg dah berubah n bertambah besar..dah xde tempat nak tido time ustaz2 bagi kuliah..perasaan lain sgt bila smbhyg kat surau nih..semua kenangan ingat balik..

Teringin pulak nak masuk dlm asrama..jadi dgn selamba n buat muka mcm otai sikit aku terus naik dorm lama aku..Abu Bakar..mcm biasa,form 5 yg nakal2 ditempatkan kat bilik ini..

Budak2 semua pelik..bagi2 salam terus masuk baring2 atas katil..hahaha..buat mcm dorm sendiri..tapi mmg dulu dorm aku kan..hehehe..terus bdk2 tanya aku siapa?..Ah.."Aku senior korang form 5 tahun 2001..nie dulu dorm aku"..hehehe..ah..pastu baru merebut2 nak salam cium tangan aku..hahaha

Satu blok asrama aku ronda..bilik prep,bilik sakit,bilik tv,dewan mkn, tandas,tempat port hisap rokok..semua aku masuk..rasa mcm berada pada tahun 2001 je..hahaha..teringat kena rotan ngan warden cz ponteng smbhyg,belasah budk2 junior,main futsal kat asrama,wah..byk la kalau nak cite..

Pas tgk dorm..teringat pulak nak kat class lama..so,aku pun terus ke sekolah..Kelas 5 Al-Haitham..

(Form 5 2001)

Masuk2 class terus teringat kwn2 lama..siapa yg duduk table nie, yg duduk dpn, yg duduk belakang..semua ingat..yg suka tido dlm class, yg suka buat bising, yg senyap je..yg pasti aku sebagai pelajar contoh mesti la duduk belakang skali..hahaha..muka2 cikgu2 yg garang,yg baik..tapi paling aku xlupa time buat jamuan akhir tahun class..mmg sempoi giler..dapat hadiah baju melayu caler hijau..sampai sekarang aku simpan walaupun dah x muat..hehehe.

Dah puas tgk class..aku gi tgk dewan besar..ingt nak masuk dlm tapi kunci la pulak..so duduk la tgk dataran perhimpunan..dulu tiap2 pagi kena beratur dulu..check pakaian semua lengkap ke x..kalo xde songkok,xde stokin, xde matrix kad, siap la..mesti pagi2 breakfast roti panjang .hehehe..

(Muka slalu ke depan menerima anugerah roti panjang)

Taman cendawan oh taman cendawan..hehehe..satu-satunye taman kat dunia nie yg orang x berani nak dating..hahaha..giler sape nak dating kat sini, comfrm kena tangkap ngan ustaz2 or pak guard..tempat mandi kalo xde air..relax je terjun mandi bersama ikan2 keli..hahaha

(Tgk..xde pon orang dating kat sini..hehehe)

Bas sekolah oh bas sekolah..hehehe..masih elok lagi..walaupun sebenarnya ade bas baru. Dulu masa form 1 berebut2 nak naik..takut xde tempat..tapi bila dah form 5, mmg disediakan tempat duduk khas dibelakang..hahaha..so special..

Sebelum balik terjumpa dgn ex-ketua warden asrama dulu..Ustaz Zahidan dan isterinya Teacher Solehah..rupanya anak diorg yg bongsu form 1 kat sini..jadi bersembang panjanglah aku dgn ustaz..mmg selalu jumpa ngan ustaz bila ade program2 asrama..nasyid ke, karnival asrama ke..

"Herman, kamu bila nak kawin?"

Aduh ustaz tanya pulak dah..
"Err..err..nanti ada la kad tue ustaz..hehehe"

"Kalo xde, sya nak rekemen ngan anak sedara saya"

Hahahahaha..oh tidak ustaz..jgn pilih sya..pilih la org lain..

* Saya Sayang Cik Aina je..wink2..:)

Monday, July 5, 2010

Cabaran & Pelajaran

"You Never Know What You Can Do Until You Try"

Kembali bz seperti biasa..semester PJJ dah bermula..subjek2 yg bakal memeningkan kepala aku..rasa sekejap je dah masuk semester 4..rasa baru smlm je daftr msk kat Uitm..

Baru-baru nie ramai yang ingat aku dah dpt tukar ke Shah Alam..sebenarnya masih dlm proses lagi..tapi Alhamdulillah JPN Perak dah luluskan dan sekarang permohonan aku tue dah dipanjangkan ke Bahagian Sumber Manusia KPM Putrajaya..

Nasib baik ade kwn2 rapat yg membantu..Cik Sharifah Nur Diana bagi no tepon kwn2 PTD dia yang kerja dgn KPM Putrajaya..mintak tlg jugak kat Brader E kalau ade kabel2 politik..InsyaAllah dia kata boleh tlg..mggu dpn ada Mesyuarat Umno Bahagian, kalo boleh nak mintak tlg kat orang2 kuat yang ade..hehehe..tq semua yang ambil berat..mintak2 aku dpt tukar ke Shah Alam,

Jadi 1 pejabat la dah tau aku mintak tukar, asalnya berapa2 org je yg tau..kdg2 rasa sedih jugak nak tinggalkan sekolah nie..nak tinggalkan asrama nie..dlm masa 3thn lebih mcm2 pengalaman yang dapat kat sini..1 perkara yang aku respect orang2 kat sini x berkira sgt dlm berkerja..terutamanya kami Unit Asrama..kalo kat tempat lain rasanya, ape2 kerja nak gerak mesti ade fulus dulu..hantar budak sakit fulus..repair kepala paip fulus.hehehe..

Jadi x sabar2 rasanya nak bertukar ke tempat baru..suasana baru..kwn2 kerja yang baru..pelajar2 yang baru..muda2 baik merantau..buka minda sikit..cari pengalaman hidup lagi..sampai bila nak duduk kat kampung kan..hidup kena ada cabaran..ada seorang sahabat berpesan :

"Herman, bila dpt peluang tukar kat sana mesti habiskan pelajaran sampai ke Master"

Cik Aina Sayang pon dah sambung Master dia kat UPM..InsyaAllah kalo ade rezeki kami sama nak buat Phd kat oversea!hehehe..angan2 kami tue..




Friday, July 2, 2010

World Cup Lagi - Belanda & Van Persie


Cerita World Cup lagi..sekarang hati masih sakit lagi, disebabkan kekalahan England..bila tgk goal Lampard (kat highlight Astro) yang berulang2 kali ditayang lagi la bertambah sakit hati nih..mcmana la referee boleh x nampak bola tue dah lepas garisan gol..angin je..teruk la aku kena bahan dengan kwn2 sekolah n kerja..huhuhu

Dan sekarang (ketika entry ini ditulis) tinggal 8 pasukan yang layak ke Quater Finals...wa punya ramalan mengharapkan Belanda bertemu Argentina di Final walaupun ramai org yang meramalkan Brazil bertemu Argentina..tapi mcm x best la bertemu sama benua..biar Amerika Selatan vs Eropah..baru la bergegar.

So..entry aku sebelum meramalkan Spain bertemu Brazil di Final..klik disini...tue pun kalau Brazil menang dgn Belanda mlm nie..walaupun England dah tewas di tangan Jerman, aku tetap akan menyokong pasukan yang bertemu dengan Jerman & Brazil..cz aku mmg anti dengan 2-2 pasukan nih..satu lagi Portugal.

So untuk game malam nie..wa punya ramalan..

Full Time

Brazil 0 - Belanda 0

Belanda akan menang dlm sepakan penalti..hehehe...Van Persie bakal menggegar..