BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Goodbye Gerik..Welcome Shah Alam

8.3.2007..Tarikh mula2 sekali aku datang ke Gerik..hampir 4 tahun di sini..rasa dah jadi mcm orang Gerik..dari makcik kantin, tukang kebun, sampailah ke pegawai atasan (ADO, Pegawai TNB, Pegawai PPD dan ramai lagi) semua baik dgn aku..bkn nak ckp aku kenal ramai orang..tapi mmg prinsip aku dari dulu, kalau merantau tempat orang aku tak akan sombong dengan sesiapa..jgn tunjuk diri terlalu bagus dan merendah diri..InsyaAllah, sampai bila-bila orang akan hormat kita balik..

So..telah ditakdirkan permohonan pertukaran aku telah diluluskan..gembira teramat sgt, mcm mimpi rasanya...

" Man, sila dtg ke pejabat..surat pertukaran dah sampai,,,dapat ke Shah Alam" bila kerani pejabat, Kak Ana telefon rasa nak melompat je...hahaha.

Rasa sedih bila nak tinggalkan pelajar-pelajar yang aku jaga..ada yang x bagi aku tukar la..nak ikut aku pergi Shah Alam la...hahaha..mana boleh..sebab sekolah aku bertugas sekarang khas untuk pelajar OKU.. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17..

Hari terakhir aku di sekolah mcm2 jamuan dibuat untuk meraikan pertukaran aku..terharu beb..biasa aku yang arrange jamuan perpisahan staff2 yang nak bertukar/berpencen..nie diorg pulak yang buat..huhuhu...

Petang tue, Kelab Staff aturkan jamuan untuk aku..hubungan antara staff di sini mmg rapat..kerani pejabat, pembantu makmal, pusat sumber, asrama, semua boleh dikatakan terlalu baik dengan aku..semua terkejut bila aku dapat tukar..

" Kepada En. Herman, kalau ada bunga-bunga baru di sana ingat-ingat lah kami yang bujang-bujang di sini" sempat lagi pengacara majlis, En. Syukri buat lawak..padahal anak dah masuk sekolah menengah...hahaha.

Malam pulak, Jamuan Perpisahan dengan pelajar-pelajar dan warden-warden asrama..terharu + gembira bila orang hargai sumbangan yang telah kita buat..

Malam terakhir duduk di atas kerusi n meja kesayanganku..dlm laci gua penuh stok mercun bola nak kejutkan budak2 asli bangun tidur..hahaha

Nak bagi ucapan ke nak menyanyi nih..hahaha..amanat terakhir kepada student-student aku..
"Bersyukurlah menjadi orang-orang yang normal"

Aku tak pernah menganggap mereke Orang Asli yang busuk dan pengotor, tak pernah memandang mereka sebagai kuno dan miskin..bagi aku kita manusia semuanya sama..cuma rezeki dan kebolehan yang membezakan kita sesama manusia..

Penolong Kanan..Tn Hj Mohd Nordin memberi cenderamata penghargaan..selesai solat Maghrib di masjid terus bergegas ke majlis..

Acara potong kek pulak..besday aku lambat lagi...hantam sajalah..

Terharu bila student-student kumpul2 duit nak beli hadiah untuk aku.. terima kasih banyak2 semua..saya doa awak semua berjaya suatu hari nanti..

Student paling nakal dan taiko dalam asrama, Bajojiyo..boleh kata hari-hari kena belasah n rotan dengan aku dulu..tapi hubungan kami tetap baik..sebab bila aku rotan n denda mereka, last sekali aku mesti akan kata :

"Saya rotan kamu bkn sebab saya marah kamu, bkn nak malukan kamu, saya rotan sebab saya sayangkan kamu, nak kamu ikut peraturan dan disiplin asrama"

Persembahan istimewa Sir Azmi (Pen Kanan HEM) dgn puisi dan lagu beliau..steadylah Sir!
Thank's so much!

Tn Syed Anuar..rasa dan mcm abang kandung sendiri..walaupun kulit kami berlainan..
susah senang sama-sama di sekolah ini..

Penyelia Asrama Kanan..En Mohd Tazli..Sifu & Tongga aku selama di sekolah ini..pendorong kuat aku untuk sambung pelajar..satu-satunya Penyelia Asrama yang nak melanjutkan pelajaran ke PHD..kepada En. Tazli semoga suatu hari nanti segala impian akan tercapai..

Bergambar dengan pelajar-pelajar buat kali terakhir..aku x pernah malu dan marah bila orang kata aku bapak orang asli la, abang orang asli la, tok batin la..sebab bila aku kerja, aku akan enjoy dengan kerja itu..biar susah bekerja, daripada susah xde kerja..

Goodbye Gerik..Welcome Shah Alam..cabaran bersama dengan Orang Asli telah aku tempuhi..kini cabaran bersama pelajar " istimewa" pula..harap semua pengalaman aku selama 3 tahun lebih di sini dapat aku gunakan..kena kurang garang dan kuatkan bersabar bila bersama pelajar-pelajar OKU ini..

Kepada semua rakan-rakan dan kenalan di Gerik..saya memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, terlebih dan terkurang selama tinggal di Gerik..halalkan makan dan minum dan doakan saya berjaya di tempat baru..

2 comments:

~~::loveayna::~~ said...

sian b kene pindah sini sbb syg..
:( sorry.. and i do need u here more..

sifooden said...

new place, new job, new spirit..gudluck bro...