BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Puteri Aisyah Zora


17.11.2011(Khamis)..11.35 a.m..aku dah jadi ayah..kebil2 mata mcm x percaya..

Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi secara normal..

Puteri Aisyah Zora..semoga nama yang diberi, cantik akhlaknya seperti isteri Rasulullah ~ Saidatina Aisyah r.a.

Selamat Malam Abah



"Sayangilah Ayah ketika dia masih ada"..itulah kata-kata akhir aku untuk post ini..Kesian Abah

Seperti aku dapat rasakan yang abah akan meninggalkan kami sekeluarga..detik aku menulis post ini mmg aku terlalu sedih..sekarang baru aku tahu mengapa..Abah kembali ke rahmahtullah pada 21 September 2011 jam 9.25 pagi di Hospital Teluk Intan akibat organ dalaman gagal berfungsi kesan daripada kemalangan ketika menghantar adik aku ke sekolah.

Dugaan terbesar dalam keluarga kami..selama ini kami tidak pernah diduga seperti ini. Keluarga kami cukup bahagia walaupun tidak sekaya mana. Adik beradik yang sudah dewasa, sudah bekerja, kenduri kendara, menyambut menantu, dapat cucu, adik-adik berjaya dlm pelajaran, hari raya bersama-sama..semuanya gembira. Abah mmg jarang sakit dan tidak pernah menyusahkan kami untuk menjaga abah. Cuma sekali darah tinggi abah tiba2 naik sebab makan buah durian. Itu pun hanya sehari aku menjaga abah di hospital!

Seminggu sebelum kejadian Abah ada telefon. Itulah kali terakhir mendengar suara Abah. Biasa abah jarang telefon, kecuali ketika Hari Jadi Abah (31hb 7) Abah akan call banyak kali sebab Celcom bagi panggilan free. Hari Raya 2011 hari terakhir berjumpa Abah. Hari terakhir meminta maaf dgn Abah, hari terakhir beri duit raya kepada Abah..selepas ini tiada Hari Raya bersama Abah.

Abah merupakan orang yang byk tolong ketika aku nak berkahwin. Dari segi persiapan, memanggil orang kampung untuk buat pakatan kenduri, Abah lah yang paling sibuk. Abah yang sponser untuk beli lembu, Abah la yang nak buat cabutan bertuah, semua dari Abah..perasaan gembira Abah berbeza.. lain daripada yang lain.
Walaupun kenduri tidak semewah mana, tapi dengan kehadiran saudara mara, Abah nampak gembira sangat. Semua abah nak buat sampai mak pun membebel..membazir la, ape la..baru aku tahu, inilah kenduri terakhir untuk Abah..

Cuma satu yang aku sedihkan, Abah x sempat melihat cucu perempuannya..x sempat untuk bermain dengan cucu sepuas-puasnya..sbb cucu yang ada sekarang nun jauh di Kedah..mungkin hanya cerita dan gambar yang boleh aku tunjukkan kepada anak aku nanti kalau dia tanya " Ayah, Atuk ada kat mana?"

Sehingga hari ini aku masih teringat kepada arwah Abah, walaupun Abah bukan jenis yang menunjukkan kasih sayangnya secara fizikal (peluk, cium) kepada anak2..tapi kami semua tahu Abah sayangkan kami, sehingga Abah hendak menghembuskan nafas terakhir pun dia memilih hari jadi Akbar (adik yang ke-3) 21hb 9.

Arwah yang pergi dengan tenang, selamat dikebumikan selepas Solat Asar. Pengalaman memandikan/mengapankan/sembahyangkan jenazah arwah Abah tidak dapat aku lupakan. Semoga arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Abah semoga rohnya tenang di sana.

Monday, May 2, 2011

Kesian Abah


Assalammualaikum..Lama x menulis..


Jam : 11.49 p.m (di dalam bilik melihat isteri tidur selepas muntah teruk)

Mode sekarang : Perasaan menjadi ayah a.k.a ABAH..

Mcmn perasaan tue..kome tahu?..aku pun baru rasa..sejak beberapa minggu nie..

....

....

Ayah aku sorang yang pendiam..tak banyak cakap..x pernah rotan..x pernah pukul..x pernah marah gila babi (marah biasa2 je)..rasanya jentik telinga aku pun x pernah..

Berbeza dengan mak aku..kuat membebel..masa kecik2 suka rotan, suka pulas telinga..kalo marah 1 kampung boleh dengar..sampai member2 yg jahat pun kena sound la ngan mak aku masa kecik2..hehehe..punya la depa takut habaq hang..

Walaupun ayah aku seorang yang pendiam..jarang nak belai, jarang nak peluk2..aku tahu dia sayang & risaukan aku..yang nakal daripada adik beradik yang lain...

Masa kecik2 abah selalu bawak jalan2 naik motor..pusing keliling sawah padi..lepas tue singgah kedai kopi..pekena roti canai & teh tarik sambil tengok wrestling..zaman tue bukan semua rumah ada TV..jadi kalo nak tgk wrestling kena pegi mengopi..lepas tue pergi kedai runcit mintak beli itu ini...keropok Super Ring la, Tora la, Ding Dang la..Aiskrim Pong la..kesian abah

Kalo demam abah sanggup bawak aku naik motor pergi klinik dekat pekan Langkap..Klinik Naga..entah ade lagi ke x klinik tue...sebab aku masa kecik2 jenis x ponteng sekolah (diulang lagi, masa kecik2 ye)..jadi kalo demam aku nak pegi sekolah gak..dulu rasa kalo x dtg sekolah 1 hari rasa mcm rugi sgt..dah terlepas mcm2 aktiviti..kesian abah..

Dulu kalau periksaan dapat No. 1 abah x pernah belikan apa2 hadiah untuk aku..tiap2 tahun aku dapat No.1..Tanya kawan aku yang dapat No.2, abah dia belikan basikal BMX..tapi sebab ape abah x pernah belikan ape2 untuk aku? Hari jadi aku pun abah x pernah belikan ape2..tapi bila dah besar sikit baru aku tahu..aku ada 8 orang adik beradik lagi..abah ada tanggungjawab yang besar lagi..baru aku tahu..kesian abah..

Masa sekolah menengah aku punya la nakal..sampai dinasihatkan tukar sekolah dah..sekolah hantar surat mintak abah dengan mak datang sekolah..jumpa dengan Pengetua Arwah Ustaz Suhot..abah x marah pun..cuma mak je yang bebel2 sampai sakit telinga aku..kesian abah...

Lepas habis sekolah aku gile dengan vespa..kawan-kawan semua ada vespa, aku je xde lagi..pegi mana2 tumpang kawan je..bgtau abah nak beli motor vespa..abah bgtau baik beli motor baru, yang elok sikit..Honda EX5 ke, Kriss ke..tapi aku degil jugak2..Vespa!Vespa!Vespa! last2 abah bagi separuh buat tambah sikit beli Vespa ..Super MM 1408..tue dia sampai Setiawan aku sanggup pegi amik..kesian abah..

Aku balik pukul 3 4 pagi..abah x pernah bising..sanggup bukak pintu untuk aku..kalo emak lak, dah tido mmg susah nak bangun dah..abah je yang tolong bukak pintu..x pernah tanya aku dari mana, buat apa..aku rasa kalo anak orang lain mmg dah makan penampar dah..tapi abah cool je, cuma dia pesan..."Ah, jangan lupa kunci balik pintu tue"..kesian abah..

Sampai aku pernah fikir..ayah aku nie xde perasaan ke?..perasaan menjadi ayah..

....

....

....

....

Sebenarnya baru aku tahu..perasaan ayah lebih risaukan anaknya..ye, mmg benar ibu yang mengandungkan..tapi ayah juga risaukan & sayangkan anaknya sejak dari dalam perut lagi..memastikan baby di dalam kandungan sihat, supaya selamat dilahirkan, menjadi anak yang soleh & solehah..apa yang baby idam mesti dicari..sebab anak adalah permata yang berharga..

Begitu perasaan menjadi ayah....

Sayangilah Ayah ketika dia masih ada..






Saturday, April 2, 2011

Berdoalah


Akulah orang paling gembira..perasaan gembira tue..hanya Allah s.w.t yang tahu..

Hidup ini kadang2 mcm drama..Yee, mcm drama..sedar tak sedar kitalah pelakonnya..Dalam drama ada babak sedih, babak gembira..mcm2 perasaan..berlaku dengan kita..

Kenapa aku gembira sgt? Hehehe..sebabnya aku rasa mcm berlakon dlm drama..biasa kita tgk dlm TV/drama..tapi situasi nie betul-betul berlaku..sekelip mata..mcm mimpi..kadang2 aku mcm x percaya...hehehe..buat aku senyum sorang2..

Jumaat 1/4/2011..(Pagi)

Aku cuti hari nie..smlm isteri aku mengadu demam/selsema..tgk hari nie badan lagi panas..x pergi kerja. Buatkan breakfast untuk dia sambil tgk dia gagah jugak buat assignment yg nak kena hantar gak.

(Tghari)

Bawa isteri aku ke Pusat Rawatan Islam Al-Zara Bangi. Masa nie jalan dah jam, sbb nak masuk Solat Jumaat. Jadi aku pun terus hantar isteri aku dulu and terus pegi Solat Jumaat.

(Semasa Khutbah/Solat)

Dulu masa belajar kat asrama ustaz pernah bgtau..waktu-waktu yang sesuai untuk berdoa..doa senang dimakbulkan..antara ialah berdoa pada hari Jumaat..ketika Khatib duduk antara 2 khutbah..berdoalah..mintalah pada Allah s.w.t..

Jadi aku pun berdoa..diampunkan dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi ketenangan jiwa, diberi keluarga yang bahagia..mcm2 lagi la..cuma bila dah kawin nie aku tambah supaya diberikan zuriat/cahaya mata..

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Jadi bila dah selesai solat, aku pun terus ambil isteri aku tadi..harap2 dah selesai la sebab kitorg plan nak tgk wayang Hikayat Merong Mahawangsa kat Midvalley..(wahhh..sakit2 pon leh tgk wyg lagi nih)..hehehe..

Masuk2 dalam kereta..isteri aku bgtau dia sakit..ahhhh..sudah..sakit ape lagi nih..

Pastue tue dia keluarkan mcm batang ape entah..1st time aku tgk..

"Ahh..tgk nie, ada 2 line..syg dah pregnant!..4 minggu"

Wahhh!..terkejut, mcm x percaya pun ada..sebab baru tadi je aku doa..mintak pada Tuhan..diberikan zuriat/anak..tgk2 x sampai 10 minit doa aku dah dimakbulkan..

Alhamdulillah..syukur..mcm mimpi beb..happy sgt perasaan nie..x boleh nak gambarkan dgn kata-kata..perasaan bila nak jadi bapa nie..

Cuma sekarang harap baby nie akan cepat besar..n besar..n besar lagi..supaya tercapai hajat aku nak dapat baby dalam tahun nie..InsyaAllah..doakan ye..




Tuesday, March 15, 2011

Kena La Kawin Dulu Beb!

Ingat senang ke kawin?

Dulu masa bujang nak tido golek ke, nak tido terlentang ke, nak berdengkur bising mcm serombong keretapi ke, semua xde hal..xde org kacau..nie dah kawin, baru je berbunyi sikit dah kena kepit hidung..korang sanggup ke ahhhhh???

Ingat senang ke kawin?

Dulu nak balik kul 1 pagi ke, kul 2 pagi ke, x balik langsung ke, ade sape kisah?? lantak ler yeopp..x nak blk umah pun xpe...nie dah kawin, kalo balik lewat sikit, sampai 2 3 kali tepon bunyi suh balik rumah..balik umah kena pujuk lagi..korang sanggup ke ahhhhh???

Ingat senang ke kawin?

Dulu kalo bujang, bentang tilam toto dah boleh tido..umah ade TV, ade Astro (boleh tgk bola) pun dah cukup..nie dah kawin, kena beli sofa, set bilik tido, meja makan, peti ais, mesin basuh, bla..bla..bla..lagi.. nanti bapak n mak mertua korang datang xkan nak duduk atas simen je beb..sengkek sgt ke menantu aku nih..korang sanggup ke ahhhhh????

Ingat senang ke kawin?

Dulu ada masalah, pikir sorang-sorang, selesai sorang-sorang..muka ada senyum, tapi orang xtau pun kita ada masalah..nie dah kawin, masalah isteri pun masalah kita jugak..jenuh la bagi idea yang bernas mcm pakar motivasi..korang sanggup ke ahhhhh???

Sanggup???..Bagus..anda adalah lelaki sejati seperti saya..

Yang seronoknya kawin..

Dah ada teman tidur, teman bersembang, teman geletek-geletek, teman guling2, hahahaha..korang nak buat kat member 1 umah? kompem kena penampor..jadi kena kawin la bebbbb..

Yang seronoknya kawin..

Rumah ku syurga ku..dah kawin mesti ada rumah, lepas kerja mesti ingat nak blk umah dulu..lain kalo time bujang, boleh lepak2 ngan member, tgk wayang dulu, mkn2 dulu..blk umah terus tido je..jadi kena la kawin dulu bebbbb..

Yang seronoknya kawin..

Orang kata lepas kawin kena save bajet la, kena jimat la..ye betul tue..tapi xde la sampai kena beli Manggi je bagi bini makan..InsyaAllah ada rezeki lepas kawin tue..kalau x banyak pun ada la sikit2..berkat dirikan masjid..jadi kena la kawin dulu bebbb..

Yang seronoknya kawin..

1+1=1..1 jiwa, 1 hati, 1 kepala..buat kerja sama2, kemas rumah sama2, pergi jalan sama2, masak pun sama2 (walaupun tolong cedok beras dlm rice cooker)..semua sama2 lah..itu la bestnyee kawin nie..

Jadi??? Kena La Kawin Dulu Beb...layan lagu nih...hihihihi



p/s: kawin jgn x kawin...

Thursday, August 12, 2010

Puasa Zaman Kecik




Bulan Puasa kembali..bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan yang mempunyai banyak kelebihan..

So..cerita bulan puasa nie mcm2 kenangan..masa zaman2 belum akil baligh lagi..biasa la kan budak nakal..hehehe

Time sekolah rendah...

1) Waktu Berbuka

Masa nie mmg cobaan betul..mak kata kalau x puasa x boleh makan masa berbuka..x boleh dapat duit raya..perghh..sape yang x puasa kena duduk kat depan sampai orang berbuka habis puasa..huhuhu..

Nak jadikan cerita 1 hari mmg aku x tahan..jadi berbuka la mkn lauk2 sahur yg tinggal baki2 lagi tue..balik sekolah beb..panas2..kayuh basikal..jadi bila time berbuka kena la duduk kat depan..aduh..sedihnye..berguling2 aku nak mkn jugak..hahaha.

2) Ponteng Puasa

Bila dah tau x boleh berbuka bila ponteng puasa..aku pun curi minum air paip je..hahaha..buat2 mandi lama sikit..sambil mandi, sambil minum..hahaha..hilang sikit dahaga..tapi still lapar gak coz x makan nasi..aduh, menyesal minum air paip tadi..

3) Pasar Ramadhan

Paling seronok kalau dapat pergi pasar ramadhan..dulu masa kecik2 rumah aku dekat ngan jalan kereta api..jadi kalo nak pergi Teluk Intan tunggu je keretapi berenti..kena bayar 30 sen ke 40 sen..tapi sekarang perkhidmatan kereta api dah xde..sepanjang jalan kereta api orang kampung buat tempat tanam kelapa sawit..sampai sekarang dah x pernah naik kereta api..huhuhu..(komuter pernah la)..hehehe..paling aku suka murtabak, ayam percik, n air tebu (tapi skang Cik Aina x bagi minum air tebu dah..bahaya sebab ada kencing tikus kat batang tebu yang x dibasuh).

4) Mercun & Meriam

Wah..ini la paling best kalo lepas berbuka..sebelum pergi sembahyang tarawih sempat main meriam tanah n mercun..dulu mercun murah giler..Thunder King, Air Bom, Thunder Clap, mercun naga, mercun gasing, mercun papan, mercun bola, mercun ketupat..mcm2 lah jenis..tapi semua tue belum kuat lagi kalo nak lawan ngan meriam tanah aku..bergegar 1 rumah kalo pasang..smpai adik2 yang kecik menangis la..hahaha..

5)Sembahyang Tarawih

Dulu kalo sembahyng tarawih ikut abah naik motor..kalo buat 8 rakaat tue rasa lambat giler..hahaha..yang ingat cuma boleh makan (moreh) lepas tarawih nie..ade kawan2 yang nakal main cucuk2 bontot time org sembhyg tarawih..hahahaha..jangan cucuk bontot pak iman sudah..


Hehehe...sekarang umur dah 26 thn..dah x ponteng puasa masa kecik2 dulu..kalo orang pompuan lain la ada cuti ABC (Allah Bagi Cuti)..orang laki wajib la puasa penuh..

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Selamat Berpuasa & Berbuka... :) Adios.









Sunday, May 9, 2010

Teringat

Teringat masa kecik-kecik..darjah 1..hari pertama nak ke sekolah..mak mandikan dengan air panas..sebab saya takut nak mandi air sejuk..

Teringat masa darjah 2..mak susah2 kayuh basikal ambil saya balik sekolah sebab masa tue abah kena kerja kat tempat jauh..

Teringat masa darjah 3..mak marah sebab jatuh basikal dalam parit depan rumah..buas sgt masa tue..baru nak belajar naik basikal..

Teringat masa darjah 4..dapat jadi pengawas..hidung kembang kempis bagitau kat mak..

Teringat masa darjah 5..bagitau mak ada awek nak datang beraya kat rumah..mak kata baru je sunat dah ade awek minat ye...

Teringat masa darjah 6..dapat Anugerah Tokoh Murid dan UPSR dpt 4A (masa tue Sains xde lagi)..orang yang mula-mula sekali saya peluk ialah emak..

Teringat masa tingkatan 1..dapat masuk asrama..malam-malam sedih teringat kat mak..

Tapi bila dah besar sikit....


.....


.....


.....


....


Teringat masa tingkatan 5..mak menangis sebab saya belasah junior kat sekolah..kesian mak kena panggil dengan Pengetua (Arwah Ustaz Suhot)..

Teringat dulu..saya pernah lawan mak..sebab xnak sambung study lepas SPM..mak bandingkan saya dengan abang yang berjaya masuk Universiti..

Teringat masa dulu..mak pernah menangis malam-malam..sebab saya pernah lari rumah sampai setahun..balik betul-betul esok nak raya..mcm Jejak Kasih..

Tapi sekarang...

Baru tadi saya telefon emak..

"Mak doa semoga Nino jadi orang yang berjaya dan pangkat tinggi2 sesuatu hari nanti"

Itu yang mak selalu cakap..

Emak kita cuma ada 1..Sayangi emak kita selagi dia masih ada..

"Selamat Hari Ibu.. Emak"

Sunday, March 14, 2010

Daniel

Sudah semakin besar..dulu kecik lagi..takut-takut dengan orang..
Sekarang orang takut dengan dia..

Bawak kereta takde lesen..

Bawak kereta laju-laju..

Tengok tue..ade geng pulak..

Daniel..daniel... :)

Saturday, March 13, 2010

Di Rumah Pak Andak

Date : 13 Mac 2010
Venue : Rumah Pak Andak Sungai Petani

Sambil menonton bola sepak..Terengganu vs Pahang..

Mak Andak masak Ayam Goreng, Sotong Goreng Kunyit & Gulai Nanas Ikan Kering..nyum..nyum..nyum..

Monday, February 22, 2010

Masuk Lokap


Semalam...perjalanan dari Sg Petani-Gerik hujan..dah lama x hujan rasanya..biasa panas je..
Kadang-kadang hujan best juga..Rasa sejuk skt..Hilang skt masalah..

Bila ada masalah biasa orang yang kita sayanglah tempat kita mengadu, kawan-kawan..dan yang paling penting emak,ibu kita..kadang ibu kita dapat rasa kalau kita ada masalah..begitulah naluri seorang ibu..

Aku: Assalamulaikum mak..

Emak: Wslm...Ah..kenapa telefon malam2 nie no...

Aku: Ade masalah la mak..

Emak: Laa..masalah?Patut la mak mimpi pasal Nino semalam..

Aku: Emak mimpi ape?

Emak : Emak mimpi Nino masuk lokap..emak sedih sangat..mak jumpa polis tue kata nak jamin
Nino..nasib baik polis tue kata kena bayar RM50 je..

Aku: Hahaha..mcm tue pulak..nasib kena byr RM50..

Emak : Tue la..Nino ada masalah ape?

Bla..bla..bla..n buekkk..hehehe..

Terima kasih emak..sayang kat emak..muah!muah!muah!


Sunday, December 13, 2009

Siapa Nak Berkenalan?

Hai awek-awek diluar sana..nama i Mohd Daniel Izzuddin b. Saifuddin..berumur 1thn 3bln..masih bujang dan belum bersunat lagi..hobi i ialah minum susu dan bermain gitar..hehe..

Nama daddy i Saifuddin b. Abdullah..daddy slalu bz je..outstation sana sini.nama mummy i Nurul Nadia bt Mohd Nod..sayang kat mummy ..muah!muah!..ah..satu lagi, i ada seorang uncle yang syg kat giler kat i..nak tgk pic dia x?

(Uncle pesan bila dah besar nanti jadi skinheads..opss!!silap...jadi orang baik)

p/s: rasa dah tua je bila dah ade anak sedara nie..kan Daniel...kan