BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 27, 2013

Assalammualaikum En. Herman

Bersawang!..bersawang!..bersawang! Ibarat rumah yang ditinggalkan setahun..macam tue lah rupanya blog aku sekarang. 2012 tanpa apa-apa entry. Power! Padahal macam-macam cerita suka duka sepanjang setahun. Tapi apa kan daya, jari ini yang dulu gemar menaip di papan kekunci sekarang lebih kepada membasuh berak anak perempuan kesayangan Puteri Aisyah Zora.

Dulu tahun 2009, akusumpit.blogspot wujud sebagai tempat aku untuk bercerita sepanjang perjalanan aku menjaga, mendidik pelajar-pelajar orang asli Gerik. Dari malu untuk makan di meja hingga sanggup makan di tepi longkang, sampailah menghantar mereka balik ke kampung dengan speed bot. Pengalaman 4 tahun bersama mereka, terus menukar persepsi negatif aku kepada orang asli selama ini. Ya, mereka lebih menghormati guru-guru berbanding pelajar melayu kita sendiri.

Adakah semua pelajar melayu kurang ajar?

Bukan semua, sebab sekarang aku menjaga pelajar-pelajar melayu ini. Bukan sahaja Melayu..India, Cina, Sabah & Sarawak pun termasuk dalam pengawasan aku sekarang. Cuma bezanya, mereka istimewa. Istimewa tidak boleh mendengar, istimewa tidak boleh bercakap. Ada juga yang boleh mendengar, tapi tidak boleh bercakap. Aku pun tak pasti, jika diberi 1` pilihan manakah yang penting. MENDENGAR atau BERCAKAP? Begitulah istimewanya mereka. Allah kurangkan 1 keupayaan tanpa mereka maki-maki atau merungut-rungut sejak dari bayi.


Nama pelajar ini Shafiq. Dari Johor. Pekak dan bisu dari kecil.

Shafiq rajin tersenyum. Kadang-kadang selalu bercakap (bahasa isyarat) seorang diri dengan "orang lain". Orang lain yang kita tak nampak, tapi dia nampak. Pelajar lain ejek dia gila, jadi mangsa buli. Kadang-kadang kalau aku nampak aku ketuk kepala depa.

Tapi Shafiq masih tersenyum.  Emak ayah duduk jauh di Johor, hanya cuti semester baru dapat berjumpa. Ibu-bapa Shafiq bukan seperti ibu-bapa pelajar lain. Tiap-tiap minggu ambil anak pulang ke rumah, lawat anak naik kereta Toyota Alphard, Mercedes, BMW. Aku fikir mungkin faktor jauh dan masalah kewangan. Tapi aku percaya, ibu mana yang tidak rindukan anaknya.

Tapi tak mengapalah Shafiq, awak bertuah sebab saya jaga awak sekarang. 
Awak lebih hebat dari saya dari segi berdikari sebab saya boleh mendengar dan bercakap.
Sekurang-kurangnya bila berselisih, awak tetap bagi salam dengan bahasa isyarat.

Assalammualaikum En. Herman!




No comments: