BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 12, 2011

Puteri Aisyah Zora


17.11.2011(Khamis)..11.35 a.m..aku dah jadi ayah..kebil2 mata mcm x percaya..

Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi secara normal..

Puteri Aisyah Zora..semoga nama yang diberi, cantik akhlaknya seperti isteri Rasulullah ~ Saidatina Aisyah r.a.

Selamat Malam Abah



"Sayangilah Ayah ketika dia masih ada"..itulah kata-kata akhir aku untuk post ini..Kesian Abah

Seperti aku dapat rasakan yang abah akan meninggalkan kami sekeluarga..detik aku menulis post ini mmg aku terlalu sedih..sekarang baru aku tahu mengapa..Abah kembali ke rahmahtullah pada 21 September 2011 jam 9.25 pagi di Hospital Teluk Intan akibat organ dalaman gagal berfungsi kesan daripada kemalangan ketika menghantar adik aku ke sekolah.

Dugaan terbesar dalam keluarga kami..selama ini kami tidak pernah diduga seperti ini. Keluarga kami cukup bahagia walaupun tidak sekaya mana. Adik beradik yang sudah dewasa, sudah bekerja, kenduri kendara, menyambut menantu, dapat cucu, adik-adik berjaya dlm pelajaran, hari raya bersama-sama..semuanya gembira. Abah mmg jarang sakit dan tidak pernah menyusahkan kami untuk menjaga abah. Cuma sekali darah tinggi abah tiba2 naik sebab makan buah durian. Itu pun hanya sehari aku menjaga abah di hospital!

Seminggu sebelum kejadian Abah ada telefon. Itulah kali terakhir mendengar suara Abah. Biasa abah jarang telefon, kecuali ketika Hari Jadi Abah (31hb 7) Abah akan call banyak kali sebab Celcom bagi panggilan free. Hari Raya 2011 hari terakhir berjumpa Abah. Hari terakhir meminta maaf dgn Abah, hari terakhir beri duit raya kepada Abah..selepas ini tiada Hari Raya bersama Abah.

Abah merupakan orang yang byk tolong ketika aku nak berkahwin. Dari segi persiapan, memanggil orang kampung untuk buat pakatan kenduri, Abah lah yang paling sibuk. Abah yang sponser untuk beli lembu, Abah la yang nak buat cabutan bertuah, semua dari Abah..perasaan gembira Abah berbeza.. lain daripada yang lain.
Walaupun kenduri tidak semewah mana, tapi dengan kehadiran saudara mara, Abah nampak gembira sangat. Semua abah nak buat sampai mak pun membebel..membazir la, ape la..baru aku tahu, inilah kenduri terakhir untuk Abah..

Cuma satu yang aku sedihkan, Abah x sempat melihat cucu perempuannya..x sempat untuk bermain dengan cucu sepuas-puasnya..sbb cucu yang ada sekarang nun jauh di Kedah..mungkin hanya cerita dan gambar yang boleh aku tunjukkan kepada anak aku nanti kalau dia tanya " Ayah, Atuk ada kat mana?"

Sehingga hari ini aku masih teringat kepada arwah Abah, walaupun Abah bukan jenis yang menunjukkan kasih sayangnya secara fizikal (peluk, cium) kepada anak2..tapi kami semua tahu Abah sayangkan kami, sehingga Abah hendak menghembuskan nafas terakhir pun dia memilih hari jadi Akbar (adik yang ke-3) 21hb 9.

Arwah yang pergi dengan tenang, selamat dikebumikan selepas Solat Asar. Pengalaman memandikan/mengapankan/sembahyangkan jenazah arwah Abah tidak dapat aku lupakan. Semoga arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Abah semoga rohnya tenang di sana.

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya

Raya 2009- Ketika ini aku masih dalam cubaan mengorat..tanda aku jatuh cinta
Kami berempat..

Taman Polo Ipoh - 1st dating..cewittttnyeee..hahaha

................

................

Raya 2010- Misi cubaan mengorat berjaya..tanda gua serius.
Terus bertunang...

Rumah tunang di Teluk Intan: Saya masa nie malu2 nak ambil gambar..

............

............

Raya Cina 2011 : Mengakhir zaman bujang..tanda gua tidak GAY
Kami masih berempat

Kenduri belah lelaki : mereka menjadi pengapit

.............

.............

Raya 2011: Kami masih lagi berempat..tapi sudah ada ahli keluarga baru dlm perut yg suka tendang2..hehehe...

Beraya di rumah Fiza : Mommy Aina sudah 7 bulan

InsyaAllah tahun depan ada ahli keluarga baru dalam family kami..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin


Saturday, July 30, 2011

Football Is My Soul

Aslm..baru selesai Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2012..bulan nie saje 4 kali ke Stadium Bukit Jalil. Tour Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Kelayakan Piala Dunia vs Singapore. Dah fanatik bola nak buat mcmn ye..panjat pagor stadium pon sanggup.

Tiba-tiba teringat pulak 1st time aku pergi stadium..stadium yg besar2 ler, bukan stadium mini langkap or teluk intan. Kira mcm Stadium Ipoh, Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil..yg boleh masuk ribu2 org.

Ayah aku bukan fanatik bola sgt..cuma tgk worldcup je kot..jadi dari kecik mmg aku x pernah dididik untuk pergi ke stadium..tp dari kecik aku minat main bola (walaupun x hebat mana)..

Paling membanggakan aku dapat jadi wakil sekolah bolasepak start masa darjah 5. posisi masa itu ialah menjadi left wing (walaupun aku sepak biasa kaki kanan)..sebab xde orang dah masa tue..asyik semua nak jadi striker je..cikgu pon pening..tapi aku dapat score jugak masa tue..vs SK Kg Bahagia (player depa semua kerek2 je..biasa la sekolah baru)..tp kami kalah jugk..3-1 ke mcm tue..tp xpe la kan..dpt jugak aku rasa saat kegembiraan menjaringkan gol...

Masuk sekolah menengah aku x berjaya mewakili sekolah..pergi jugak selection..tp ade lagi hebat dari aku rupanye..hahahaha (ingat aku paling terror). Jadi aku lebih kepada menjadi penyokong saje..ada je game, penyokong no.1 yg harus dibawak adalah aku..

So, pengalaman pertama aku ke stadium begini ceritanya..

Masa form 4 (2000)..ada pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Perak kat sekolah STAR Ipoh masa tue..mlm tue ada game bola kat Stadium Perak..Perak vs Selangor rasanya..ape lagi, ini la peluang nak tengok bola kat stadium..semua orang naik bas balik sekolah, aku berdua ngan kwn aku nie (xperlulah disebut) boleh pnjt pagar STAR..lari ikut belakang..

Jadi kwn aku nie dah bgtau tempat2 nak berkumpul..dekat Bazar Bulat (skang tempat nie dah xde, kena runtuh)..ada member2 lagi yg tggu..so, bila aku sampai tgk semua kepala botak, pakai kasut boot, pkai braces, baju ketat2..pergh, skinheads! Malam itu 1st time aku ke stadium naik vespa budak skinheads ipoh dengan memakai helmet kapok!

Bermulalah episod aku mengenali skinheads..masa nie xde Ultras Malaya, xde Silver State Ultras, xde penyokong tegar Harimau Malaya..skinheads lah antara group yg terawal menyokong bolasepak negeri masing-masing..


Ipoh Railway Station - Stadium Bukit Jalil..Final Piala Malaysia 1998 (Perak vs Terengganu)

Dari situlah timbul minatnya aku terhadap skinhead..skinhead bkn dinilai dari luaran,bkn cara berpakaian, tp siapakah diri anda..menjadi skinhead adalah bangga menjadi rakyat Malaysia, bangga menjadi orang Perak..lagu-lagu dari band skinhead menunjukkan bangga menjadi rakyat Malaysia dan banyak lagi..

http://www.youtube.com/watch?v=ckoswJEb0qU


Boleh dikatakan setiap game wajib turun ke stadium..bayangkan time nak dekat SPM pon aku sanggup ke stadium lagi..fanatik dengan bola..

Masa terus berlalu..sejak aku pindah ke Kedah, aku sudah jarang ke Stadium Ipoh..tp aku follow bapak angkat aku ke Stadium Alor Setar pulak..walaupun hati tetap untuk Perak!

Kini hampir 10 tahun kami bawa haluan masing-masing..ada yg dah berkawin, ada yg masih skinhead, ada yg udah 2 3 org anak..tapi kami tetap bangga jadi rakyat Malaysia, tetap penyokong bolasepak Malaysia/Perak..


Kasual Perak & Ex-Skinheads @ Malaysia vs Singapore

Kepada rakan-rakan..terima kasih kerana mengajar aku cara mencintai bolasepak sebenar..

Wednesday, July 6, 2011

Arsenal vs Malaysia

Assalammualaikum..

Rasanya dah 2 bln x post ape2 cerita..mcmn biasa blog kembali bersawang...bukan sibuk sgt pun..tapi malas nak menulis..bercerita banyak..tapi kongsi dengan bini je..hehehe

Bulan Julai..bulan nie aku excited sikit..sebab ape?


Tue dia..Tiket Arsenal & Liverpool vs Malaysia
(sebenarnya ada tiket Chelsea skali, tapi kat member)

So, mmg teruja sgt nak tgk Arsenal depan mata..Liverpool sebab teman isteri..Chelsea pulak ade member belanja tiket..complete 3 game semua pergi..

Jadi nak pkai jersey Arsenal ke Malaysia?

Hahahaha..kalo game Liverpool ngan Chelsea tue comform aku pakai jersey Malaysia.

Tapi game Arsenal nie..rasa berbelah bagi pulak..ikut hati mmg nak pkai jersey Arsenal..tapi realitinya sebagai rakyat Malaysia, kita harus sokong Malaysia...

Mungkin aku pakai jersey Arsenal + mafla Malaysia + bendera Malaysia..

Hehehehe..jom kita serbu Stadium Bukit Jalil 13hb 7 nie..teman udah x saboo yob! excited bebenor nih!



Monday, May 2, 2011

Kesian Abah


Assalammualaikum..Lama x menulis..


Jam : 11.49 p.m (di dalam bilik melihat isteri tidur selepas muntah teruk)

Mode sekarang : Perasaan menjadi ayah a.k.a ABAH..

Mcmn perasaan tue..kome tahu?..aku pun baru rasa..sejak beberapa minggu nie..

....

....

Ayah aku sorang yang pendiam..tak banyak cakap..x pernah rotan..x pernah pukul..x pernah marah gila babi (marah biasa2 je)..rasanya jentik telinga aku pun x pernah..

Berbeza dengan mak aku..kuat membebel..masa kecik2 suka rotan, suka pulas telinga..kalo marah 1 kampung boleh dengar..sampai member2 yg jahat pun kena sound la ngan mak aku masa kecik2..hehehe..punya la depa takut habaq hang..

Walaupun ayah aku seorang yang pendiam..jarang nak belai, jarang nak peluk2..aku tahu dia sayang & risaukan aku..yang nakal daripada adik beradik yang lain...

Masa kecik2 abah selalu bawak jalan2 naik motor..pusing keliling sawah padi..lepas tue singgah kedai kopi..pekena roti canai & teh tarik sambil tengok wrestling..zaman tue bukan semua rumah ada TV..jadi kalo nak tgk wrestling kena pegi mengopi..lepas tue pergi kedai runcit mintak beli itu ini...keropok Super Ring la, Tora la, Ding Dang la..Aiskrim Pong la..kesian abah

Kalo demam abah sanggup bawak aku naik motor pergi klinik dekat pekan Langkap..Klinik Naga..entah ade lagi ke x klinik tue...sebab aku masa kecik2 jenis x ponteng sekolah (diulang lagi, masa kecik2 ye)..jadi kalo demam aku nak pegi sekolah gak..dulu rasa kalo x dtg sekolah 1 hari rasa mcm rugi sgt..dah terlepas mcm2 aktiviti..kesian abah..

Dulu kalau periksaan dapat No. 1 abah x pernah belikan apa2 hadiah untuk aku..tiap2 tahun aku dapat No.1..Tanya kawan aku yang dapat No.2, abah dia belikan basikal BMX..tapi sebab ape abah x pernah belikan ape2 untuk aku? Hari jadi aku pun abah x pernah belikan ape2..tapi bila dah besar sikit baru aku tahu..aku ada 8 orang adik beradik lagi..abah ada tanggungjawab yang besar lagi..baru aku tahu..kesian abah..

Masa sekolah menengah aku punya la nakal..sampai dinasihatkan tukar sekolah dah..sekolah hantar surat mintak abah dengan mak datang sekolah..jumpa dengan Pengetua Arwah Ustaz Suhot..abah x marah pun..cuma mak je yang bebel2 sampai sakit telinga aku..kesian abah...

Lepas habis sekolah aku gile dengan vespa..kawan-kawan semua ada vespa, aku je xde lagi..pegi mana2 tumpang kawan je..bgtau abah nak beli motor vespa..abah bgtau baik beli motor baru, yang elok sikit..Honda EX5 ke, Kriss ke..tapi aku degil jugak2..Vespa!Vespa!Vespa! last2 abah bagi separuh buat tambah sikit beli Vespa ..Super MM 1408..tue dia sampai Setiawan aku sanggup pegi amik..kesian abah..

Aku balik pukul 3 4 pagi..abah x pernah bising..sanggup bukak pintu untuk aku..kalo emak lak, dah tido mmg susah nak bangun dah..abah je yang tolong bukak pintu..x pernah tanya aku dari mana, buat apa..aku rasa kalo anak orang lain mmg dah makan penampar dah..tapi abah cool je, cuma dia pesan..."Ah, jangan lupa kunci balik pintu tue"..kesian abah..

Sampai aku pernah fikir..ayah aku nie xde perasaan ke?..perasaan menjadi ayah..

....

....

....

....

Sebenarnya baru aku tahu..perasaan ayah lebih risaukan anaknya..ye, mmg benar ibu yang mengandungkan..tapi ayah juga risaukan & sayangkan anaknya sejak dari dalam perut lagi..memastikan baby di dalam kandungan sihat, supaya selamat dilahirkan, menjadi anak yang soleh & solehah..apa yang baby idam mesti dicari..sebab anak adalah permata yang berharga..

Begitu perasaan menjadi ayah....

Sayangilah Ayah ketika dia masih ada..