BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Kawan Jangan Lupa Kawan

friend ship Pictures, Images and Photos

Kawan Jangan Lupa Kawan

Kawan..
Dulu kau hisap rokok boleh share dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau hisap rokok hembus kat muka kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau naik vespa buruk tumpang dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau naik kereta besar lupa nak tumpangkan kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau xde duit pinjam duit kawan-kawan..tapi sekarang gaji kau besar lupa nak belanja kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau ada masalah dengan girlfriend cerita kat kawan-kawan..tapi sekarang kau dah ada bini lupa nak sms kawan-kawan..

Kawan..
Dulu masa kau xde kerja boleh lepak dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau dah ada pangkat besar sibuk sampai lupa kawan..

Kawan..
Dulu kau kata sanggup bergaduh untuk kawan-kawan..tapi sekarang kau sendiri yang tikam belakang kawan-kawan..

Kawan..
Dulu nasi lemak sebungkus kita boleh share ramai-ramai dengan kawan..tapi sekarang kau makan lauk sedap-sedap sampai lupa nak jemput kawan-kawan..

Kawan..
Jangan sampai lupa kawan-kawan..sekarang bukan zaman nak mencari lawan..

Kawan..
Kita semua sudah dewasa..sudah berjaya..bukan zaman tahun 90'an..

Kawan..
Aku bukan nak mengutuk kawan..Cuma nasihat untuk diri sendiri, agar aku tidak lupakan kawan-kawan..sebab kawan-kawan adalah separuh dalam memori hidup ku..

Love u all..

Monday, August 2, 2010

Al-Fatihah Untuk Cikgu Ee

Pemergian seorang kenalan..
Mula mengenali Cikgu Ee Teck On sejak beliau berpindah dari SMK Bersia ke SMKSIS II..
Sehinggalah arwah dinaikkan pangkat sebagai sebagai Ketua Bidang di SMK Kenering..
Walaupun tidak berapa rapat dgn arwah..tetapi tetap ada kenangan-kenangan bersama arwah..
Bola Tampar..dulu semasa arwah ada boleh dikatakan setiap petang bermain bersama arwah..
Saya bukan star bola tampar..tapi boleh main la sebab dulu pernah jadi wakil sekolah..
Kalo bersembang pun mesti pasal bola tampar..
Arwah merupakan pemain,jurulatih serta pegawai teknikal bola tampar yang disegani..
Sehingga saya mempunyai aktiviti permainan yang baru..badminton..sudah jarang bermain bersama arwah

Salah satu lagi persamaan kami ialah kami mempunyai motorsikal yg sama jenis,sama caler (putih), dan no plat yg hampir dekat..Honda Wave 125S.
Hehehe..memang saya amik motor tue pun sebab tgk motor Cikgu Ee.
Terus tanya dia berapa harga..bayar berapa bulan2..

Arwah pernah tanya saya :

"Man, kalo man nak tukar motor, man nak beli motor apo?"

"Yamaha 135 LC, cikgu"

"Erm..ramai org yang cakap mcm tue..kawe baru plan nak tukar motor nie"

Itulah Cikgu Ee..sentiasa mengambil pandangan orang lain..
Al-Fatihah untuk Arwah Cikgu Muhammad Ee Abdullah (nama islamnya)..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

Monday, June 21, 2010

Skinhead Mee Rebus


We're coming back, we're coming back
We're coming back to you
We're never gonna go away again
Hold on a little longer, try a little harder
'Til we're arm in arm together to the end

So remember, out there somewhere
You've got a friend, and you'll never walk alone again

-By Cock Sparrer "We're Coming Back" -

Salam Semua..

Hujung minggu yang begitu best!Berjumpa rakan-rakan lama ketika zaman skinhead dahulu.Ya..skinhead..mesti orang ingat skinhead ganas,suka bergaduh,budaya barat,suka bersosial dan bermacam lagi lah tanggapan negatif..sebenarnya bukan semua skinhead yang suka buat kacau..di Malaysia ada bermcm2 idealogi skinhead seperti SHARP, Trad Skinhead, Skinhead Nazi dan Malay Power..biasanya Skinhead Nazi dan Malay Power yang suka membuat kacau..Trad dan SHARP lebih relax,berkumpul di hujung minggu bersama,dan melebih gemar kepada music Oi.

Di pendek kan cerita..19hb 6 yang lepas,seorang daripada rakan skinhead kami iaitu Mohd Nazri Tajul Ariffin @ E dan bersama pasangannya Hairina Zakaria yang lama berkenalan sejak belajar di UiTM Sungai Petani lagi telah selama diijabkabulkan..

Steadylah E..Oi..oi..oi!hahaha

Kebanyakan kami semua telah memiliki kerjaya masing-masing..berpendidikan..bukan semua skinhead bermasalah..kami mempunyai semangat brotherhood yang tinggi..hinggalah sekarang..walaupun sudah tidak dress up seperti skinhead lagi..tapi jiwa aku masih tetap pada skinhead..memahami maksud sebenar Skinhead 4 Life.


Skinhead skinhead jugak..mak suruh hantar adik kena ikut..hehehe..so sebelum aku balik ke Greece, my madam suruh hantar adik perempuan kesayangan family ini ke asrama (SEMESTI)..
Pejam celik-pejam celik dah Ting 5 dia sekarang..tahun nie exam SPM..hope cita-cita dia berjaya untuk menjadi seorang doktor..Dr Yushada bt Abdullah..Amin..

Balik tue singgah jap kat Mee Rebus Mastan Ghani Tmn Ros..Dlm byk2 Mastan Ghani kat Teluk Intan (Mastan Ghani Pekan, Abdullah Mastan Ghani (Dpn Fajar), Mastan Ghani Baru (dkt Kolej Komuniti) yang paling sedap Mastan Ghani Tmn Ros la..terbaekk..hehehe..

Sebab ape sedap?..dalam keluarga Mastan Ghani, kedai mereka di Tmn Ros dimiliki oleh abang mereka yang sulong..jadi resepi asal mee rebus Mastan Ghani cuma ada di Taman Ros sahaja..
yang lain semua dah ditokok tambah oleh adik2 yang lain dalam keluarga mereka..sebab tue kalo korang pergi semua kedai, rasa mesti lain-lain...

Adios..nak makan mee rebus..hehehe.

Monday, December 28, 2009

Dari Boston ke Ipoh

Kenduri lagi..kawan2 kawin..seronok bila tgk kwn2 bahagia..ada pasangan masing2..

(Wedding Mohd Jeffri & pasangannya..)

(Wedding Anif Ramli & pasangannya..)

Perjalanan jauh dari Teluk Intan-Bota-Ipoh..itu pun ada 2 kenduri yang xsempat pergi..kenduri Mohammad b. Alias (sori bebanyak Mat..tq hantar kad jemputan) and kenduri Suhaiza @ Cikgu Sue..

(Wedding Mohammad b. Alias & pasangannya..)

(Wajah berseri Cikgu Suhaiza..teringat Sue masa couple ngan Zaifi..aku ler yang menjadi kaunselor mereka..hehe..sori beb buka cite lama)

Seronok jumpa kawan-kawan..yang dekat 10 tahun x jumpa pon ade..



.....

.....

.....

.....



Kenyang dapat makan Nasi Minyak..gua mmg lapar beb..



.....

.....

.....

.....



Seronok jalanan...ikut Bota-Ipoh..lalu sekolah lama..rindu giler..



....

....

....



Seronok bersama dengan si dia...harap2 dapat bersama..



Thursday, October 1, 2009

Coretan Pertama...

Alhamdulillah..aku ade gak blog akhirnya..yang dah lama aku fikir..apa yang nak dikongsi..apa yang nak dicerita..

Sebenarnya idea nama blog aku ni, dapat dari sahabat baikku..Mohd Faiz Bonyamin..

Faiz: Herman kalo ko nak wat blog,ko wat yang pelik2 skt..yang org jarang tau n cuma ko je
yang tau..

Aku: Ape dia Bond? (nama manja)..aku tau pasal orang asli je la..dah dok kat hulu..

Faiz: Ah..ko cite la psl org asli..lifestyle diorg..xkan ko nak jadi org pompuan cite sedey2, emo2,

jiwang2, cintan2 mcm kat blog diorg..hahaha..

Aku: Ah..good idea bond..nanti aku wat..hahaha....(terus xwat hingga berape bln)


Tp mlm nie br tergerak jari-jari aku nie nak create blog..hahaha..ok lah, cite psl orang asli..mesti korang semua nak tau..ape yang istimewa orang asli nih..walaupun setgh org (bkn semua) yang memandang orang asli nie hina, xbertamadun , kotor , pemalu, xnak bercampur dengan masyarakat n bermcm lagi tanggapan negatif..

Aku rasa ini lah peluang aku..nak berkongsi dengan korang semua..pengalaman aku..menjaga diorg..berkawan ngan diorg..mendidik diorg..mengajar diorg..menjadi manusia..sehingga aku sedar..pengalaman banyak mengajar aku..menjadi insan yang ikhlas dan bertanggungjawab..

InsyaAllah..

*tnggu post seterusnya... :)