BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 2, 2010

Al-Fatihah Untuk Cikgu Ee

Pemergian seorang kenalan..
Mula mengenali Cikgu Ee Teck On sejak beliau berpindah dari SMK Bersia ke SMKSIS II..
Sehinggalah arwah dinaikkan pangkat sebagai sebagai Ketua Bidang di SMK Kenering..
Walaupun tidak berapa rapat dgn arwah..tetapi tetap ada kenangan-kenangan bersama arwah..
Bola Tampar..dulu semasa arwah ada boleh dikatakan setiap petang bermain bersama arwah..
Saya bukan star bola tampar..tapi boleh main la sebab dulu pernah jadi wakil sekolah..
Kalo bersembang pun mesti pasal bola tampar..
Arwah merupakan pemain,jurulatih serta pegawai teknikal bola tampar yang disegani..
Sehingga saya mempunyai aktiviti permainan yang baru..badminton..sudah jarang bermain bersama arwah

Salah satu lagi persamaan kami ialah kami mempunyai motorsikal yg sama jenis,sama caler (putih), dan no plat yg hampir dekat..Honda Wave 125S.
Hehehe..memang saya amik motor tue pun sebab tgk motor Cikgu Ee.
Terus tanya dia berapa harga..bayar berapa bulan2..

Arwah pernah tanya saya :

"Man, kalo man nak tukar motor, man nak beli motor apo?"

"Yamaha 135 LC, cikgu"

"Erm..ramai org yang cakap mcm tue..kawe baru plan nak tukar motor nie"

Itulah Cikgu Ee..sentiasa mengambil pandangan orang lain..
Al-Fatihah untuk Arwah Cikgu Muhammad Ee Abdullah (nama islamnya)..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

No comments: