BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 11, 2011

Kawan Jangan Lupa Kawan

friend ship Pictures, Images and Photos

Kawan Jangan Lupa Kawan

Kawan..
Dulu kau hisap rokok boleh share dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau hisap rokok hembus kat muka kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau naik vespa buruk tumpang dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau naik kereta besar lupa nak tumpangkan kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau xde duit pinjam duit kawan-kawan..tapi sekarang gaji kau besar lupa nak belanja kawan-kawan..

Kawan..
Dulu kau ada masalah dengan girlfriend cerita kat kawan-kawan..tapi sekarang kau dah ada bini lupa nak sms kawan-kawan..

Kawan..
Dulu masa kau xde kerja boleh lepak dengan kawan-kawan..tapi sekarang kau dah ada pangkat besar sibuk sampai lupa kawan..

Kawan..
Dulu kau kata sanggup bergaduh untuk kawan-kawan..tapi sekarang kau sendiri yang tikam belakang kawan-kawan..

Kawan..
Dulu nasi lemak sebungkus kita boleh share ramai-ramai dengan kawan..tapi sekarang kau makan lauk sedap-sedap sampai lupa nak jemput kawan-kawan..

Kawan..
Jangan sampai lupa kawan-kawan..sekarang bukan zaman nak mencari lawan..

Kawan..
Kita semua sudah dewasa..sudah berjaya..bukan zaman tahun 90'an..

Kawan..
Aku bukan nak mengutuk kawan..Cuma nasihat untuk diri sendiri, agar aku tidak lupakan kawan-kawan..sebab kawan-kawan adalah separuh dalam memori hidup ku..

Love u all..

Thursday, February 10, 2011

Akhirnya..Aku Kawin Dah..

Assalamualaikum..

Rasanya lama sgt baru nak buka blog nie..sampai dah kawin aku akhirnya..separuh berjalanan hidup dah selesai..sekarang dalam diri, fikir family n nak stabil ekonomi keluarga..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang majlis...x hujan, xde banjir, xde ribut..apa yg dirancang semuanya berjalan lancar..pakcik aku kata, lembu pun senang nak kena sembelih (asalnya time mula2 dtg garang giler, lembu jantan)...member2 vespa pun ramai yang dtg (thanks Edan, Badul, Ejoe & Kelab Vespa Manjung)..dpt gak hajat aku time dulu2 nak kawin naik vespa..hehehe

Kepada best friend..Azad Kahar, Hafiz Supian, Ana, Fiza..terima kasih kerana sentiasa ada di belakang kitaorg..mcm2 dugaan sebelum nak kawin nie..korang mmg pengapit terbaik..hehehe

Kepada saudara mara..terima kasih kerana memberikan sokongan sepanjang majlis ini..dari segi sponser barang2, tenaga kerja, nasihat2 & idea2..bukan senang beb nak buat majlis gotong-royong..mesyuarat la, beli barang la, angkat kawah la, semua buat sendiri..penat pakcik..

Kepada rakan2 kerja (Gerik & Shah Alam), rakan2 Uitm, rakan2 skinhead, rakan2 sekolah, terima kasih kerana sudi dtg..aku akan ingat pada kawan yang ingat kat aku..

So..gambar x siap lagi..cuma ada sikit2 la..jom layan..hehehe..