BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Arsenal VS Tottenham

Hahaha..saje boring2..time nie aku tgh tgk EPL..Arsenal vs Tottenham..baru abis 1st half..My Honey x online lak mlm nie..pegi umah abg dia..jadi tgk bola + study..hahaha..tapi mata dok tgk tv je sambil baring atas katil yang empuk nih..kekeke..korang pon tau kan aku nie No.1 Arsenal Fan..

Fabregas excellent perform mlm nie..hardworking player..jadi result untuk game nie :


ARSENAL 3 : 0 TOTTENHAM

Robin Van Persi (41,59)
Fabregas (42)

"Go Gunners Go!!"

* Tak sabar nak tunggu rematch Arsenal vs Manchester United/Man.City..episod membalas dendam..tungguuuuu...

Aku Penat

ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku…
ku lari ke pantai kemudian teriakku…
sepi…sepi dan sendiri aku benci…
aku ingin bingar … aku ingin di pasar,
bosan aku dengan penat, dan nyah saja kau pekat,
seperti berjelaga jika ku sendiri…
pecahkan saja gelasnya biar ramai..
biar mengaduh sampai gaduh…
pada malaikat menyulam jari laba-laba belang…
di tembok kraton putih kenapa tak goyangkan saja locengnya,
biar terdera, atau.. aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?


Minggu yang memenatkan..time aku menulis nie mmg betul2 tgh mengantuk..tapi aku gagahkan juga..sebab nak dapatkan feel penat tue..hahaha..tak cukup tido..penuh dgn aktiviti sekolah..prepare untuk exam lagi (aku kan student PJJ)..aduh..dah mula rasa sakit jiwa..nak akhir tahun nie..mcm2 la aktiviti sekolah..mlm tadi buat latihan kawad kebakaran..kul 3.00 a.m baru abis..pagi-pagi dan bangun..urus pelajar asli yang nak pergi perkhemahan kat Bersia..pastu ade Presentation Pelajar Asli dengan USM lak..kerja, study, kerja , study..xde masa nak balik kampung,jumpa family, jumpa member2, jumpa awek..hahaha..jeng..jeng..

Bukan merungut..tp kita nie manusia biasa kan..mesin pun leh rosak kalo x berenti..kalo kerja je mungkin aku boleh tahan lagi kot..xpe lah..sabar-sabar..bersusah-susah dulu..cabaran semua nie..dah settle semua,student dah cuti sekolah,aku nak rehat puas2..spend time with
My Honey..Miss U Much..

Sebenarnya byk yang nak aku share maklumat ngan korang semua dalam blog nie..pasal orang asli sekolah aku..ade yang dah type tapi kena edit2 lagi..xsempat beb..tggu aku free yek..hehehe..ape-ape pon doa la kejayaan untuk aku k..Adios..

* nak sambung tido...zzzzzzzzzz.
.





Wednesday, October 28, 2009

Aku Percaya..


Aku percaya..

Tuhan itu Maha Mengasihani umatnya..
Yang sentiasa mengingatiNya..Bersyukur kepadaNya..

Yang memberi akal fikiran, rezeki, ketenangan dan kebahagiaan..
Allah S.W.T...Tuhan Yang Maha Agung..Tuhan sekalian alam..

Aku Percaya..

Tuhan mampu mengubah manusia..dari lupa dan lalai..
Aku hambaMu yang lemah..sentiasa leka dengan hidup keduniaan..
Kehidupan dunia yang sementara..

Aku Percaya..

Sesuatu hari nanti Tuhan akan memberikan nurNya..
Manusia itu berubah tanpa paksaan..lebih menginsafi diri..
Belajar dari kesilapan..belajar dari pengalaman..
Muhasabah diri...mencari ketenangan dan kebahagiaan yang abadi..

Bukan untuk sesiapa..tapi untuk diri sendiri
Aku insan yang bernama manusia..yang tidak sempurna..



* Doakan kejayaan aku..exam esok nie beb..

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 Untuk Orang Asli

Assalammualaikum..

Ketika Bajet Tahun 2010 dibentangkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato' Seri Mohd Najib, aku dalam perjalanan ke Sg Petani Kedah..ingatkan sempat sampai sebelum perbentangan bermula..last-last kena dengar dalam radio. Ini merupakan tahun ke-2 aku mendengar perbentangan penuh..sebelum ini aku melebih suka membaca apa yang telah dibentangkan dalam surat khabar atau diberitahu oleh kawan-kawan..masa tue umur masih muda..kerja pun tak tetap..bukan kisah sangat pasal bajet nie pon..kerja menteri-menteri dan pegawai-pegawai..

Mungkin sekarang amat berbeza..faktor pergaulan,kerja dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar (Pentadbiran Awam) membuatkan aku lebih berminat terhadap politik, isu-isu semasa, dan agenda-agenda yang dibentangkan oleh kerajaan..di sini (Gerik), kawan-kawan aku bukannya sebaya atau lebih muda dari aku..rata-rata mereka berumur 30 tahun ke atas dan awal 40an..mereka lah kawan aku bermain badminton & futsal, lepak-lepak di kedai mamak @ kantin sekolah, berbincang tentang kerja dan berlawak..bkn aku tak nak bergaul dengan anak-anak muda yang sebaya dengan aku di sini (awal 20an)..tapi rata-ratanya masih berfikiran kebudak-budakan, masih bersosial, pergaulan bebas, tiada hala tuju, tidak menerima pendapatan orang lain..entah la..rasa susah nak masuk dengan mereka..aku ni bukannya orang yang tak reti bersosial, tapi zaman itu dah berlalu..siapa kawan-kawan rapat aku tau la..memang aku nie susah dikawal..hahahaha..

Tersenyum aku bila mendengar peruntukan bajet untuk masyarakat orang asli..sudah semestinya kerajaan prihatin dan berusaha untuk mengintegrasikan mereka mereka ke arus permodenan negara. Kerajaan akan menyediakan RM41 juta untuk program-program seperti membina 55 buah perkampungan orang asli (RPS), memberi bantuan pertanian kepada 800 orang petani dan nelayan serta menyediakan peralatan perniagaan kepada 100 orang usahawan masyarakat orang asli..golongan minoriti ini lah yang perlu diberi perhatian..seperti kata-kata seorang ahli politik :-

"In politics, an organized minority is a political majority"
- Jesse Jackson


Seharusnya masyarakat orang asli perlu bersyukur dengan segala bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan..segala maklumat terkini sentiasa aku sampaikan kepada anak-anak didik supaya mereke lebih menghargai apa yang telah diusahakan oleh kerajaan selama ini..menghargai sesuatu dengan memberikan sumbangan kepada diri sendiri dahulu..kemudian masyarakat..dan terusnya negara..dan aku masih berfikir..sampai bilakah bantuan khusus untuk orang asli ini akan diberikan..sampai mereka pandai menghargai?sampai mereka boleh berdikari?sampai mereka sudah moden? atau sampai bila-bila...Sekian.

* Mendengar bajet sambil mengharapkan 2 bulan bonus..hahaha.


Friday, October 23, 2009

Orang Asli dan Kemiskinan

Assalamualaikum..

Masyarakat orang asli dengan kemiskinan..perkara yang begitu sinonim..masih tidak ramai masyarakat orang asli (di kawasan tempat aku) yang betul-betul berusaha untuk mengubah nasib mereka(bkn semua)..menjadi senang, kaya raya, tinggal di bandar, mempunyai kerja yang stabil dan tetap..mereka masih selesa untuk tinggal di kampung-kampung pendalaman..

Kadang-kadang aku terfikir..mengapakah mereka selesa tinggal di hutan..yang tiada bekalan elektrik, air yang bersih, siaran tv, coverage handphone, internet dan sebagainya. Adakah tinggal di hutan memberikan ketenangan kepada mereka..asalkan cukup makan dan minum tanpa perlukan hiburan dan keperluan tambahan seperti manusia biasa..

Aku suka menyoal anak-anak didikku tentang cita-cita mereka..

Aku : Samju..bila besar nanti kamu nak jadi apa?

Samju : Sayee nak jadi penoreh getah cikgu...(sambil tersengih2)

Sedih aku mendengar jawapannya..

Aku : Rezza, kamu pula nak jadi apa? Nak jadi penoreh getah mcm Samju?

Rezza : Sayee nak jadi tokey getah cikgu..hehehe..

Bagus sikit jawapannya..tapi tetap getah juga...emmm.

Aku teringat masa sekolah rendah dulu..cikgu minta isi dalam borang penilaian..pilihan cita-cita..semangat masa tue nak tulis..no.1 aku tulis ahli perniagaan, no.2 angkawasan, no.3 doktor..hahaha..satu pun tak lekat..tapi kenapa masa itu kita boleh berfikir cita-cita yang tinggi..padahal aku bukan dari keluarga yang senang..ayah aku bersawah..emak pula tak kerja..bukan dari keluarga yang berpelajaran tinggi..lebih kurang sama dengan masyarakat orang asli ini..pendedahan dunia luar pun masih kurang lagi masa itu..tiada internet, astro, handphone.

Bukan orang asli sahaja..masih ramai lagi yang diluar..orang-orang melayu..masih tidak mempunyai cita-cita dan matlamat hidup..terlalu dimanjakan oleh ibu-bapa..pergi sekolah pun ada yang bawa Mercedes Benzs (di sekolah aku ini)..terlalu bergantung kepada ibu-bapa..mengharapkan bantuan kerajaan..kadang-kadang sampai umur 40 tahun pun masih tiada arah tujuan hidup..masih lepak di kedai-kedai kopi..ada duit sikit beli nombor TOTO (Tipu Orang Takde Otak).

Banyak usaha-usaha dan bantuan daripada kerajaan untuk membantu masyarakat orang asli ini..namun sampai bilakah usaha ini harus diteruskan..Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) satu-satunya jabatan yang menjaga kebajikan orang..terlalu istimewa mereka ini..Kerajaan sebenarnya boleh membantu mengurangkan kemiskinan masyarakat orang asli dengan beberapa cadangan :



  1. Menghantar anak-anak muda orang asli ini ke Timur Tengah dengan berkerja di sektor binaan seperti di negara Qatar, Dubai, Bahrian. Gaji untuk pekerja buruh di sana ialah sebanyak USD1000 bersama RM3600 lebih duit kita..ok la tue dari mereka menoreh getah yang tidak tentu turun naik harganya..

  2. Menggalakkan masyarakat orang asli supaya menjalankan projek-projek sendiri hasil daripada bantuan dan nasihat jabatan-jabatan tertentu seperti projek ternakan ikan air tawar, ubatan-ubatan tradisional, jualan hasil hutan yang lebih meluas serta dieksportkan ke luar negara.

  3. Pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang cara pengurusan kewangan yang betul, menyimpan dan melabur. Kebanyakan orang asli ini tidak pandai berjimat cermat apabila mereka menerima sejumlah duit yang banyak. Berapa banyak orang asli yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), sedangkan mereka juga bumiputera seperti orang melayu. Duit ada banyak mana pun bila pengurusan tidak sistematik habis juga bang..

Aku pun masih banyak cita-cita yang perlu diteruskan..bukan semua orang asli bersikap sedemikian..ramai juga yang mempunyai kesedaran telah berjaya..aku sekadar memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman aku menjaga mereka..masing-masing boleh berfikir buruk dan baik..seperti lagu M.Nasir..


"Lihat dunia dari mata burung,


Atau dari dalam tempurung,


Yang mana satu engkau pilih"


- Tanya Sama Itu Hud-Hud-


* Kita fikirkan sama-sama..Sekian.





Monday, October 19, 2009

1 Malaysia

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dapat hidup aman dan damai..tanpa peperangan..tanpa rusuhan..tanpa bencana alam yang teruk seperti negara jiran kita..

Hidup bersatu padu antara satu sama lain..Melayu,India,Cina,Orang Asli dan kaum2 lain yang tinggal harmoni di negara Malaysia ini..

Aku sangat menyokong segala program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan khusus untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia..walaupun terdapat 'suara-suara' luar yang menentang dan tidak berpuas hati terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan selama ini..tapi janganlah kita masih berfikir cara "mentaliti kelas ke-3"..bertindak mengikut perasaan tanpa melihat buruk dan baik..memberontak kerana terlalu taksub..memperjuangan apa yang dilihat salah kerana terlalu pro terhadap sesuatu..

Aku masih baru..dan masih byk lg yg perlu belajar untuk berpolitik..politik cara orang muda..memandang dan menilai sesuatu itu dengan teliti..tanpa cepat membuat andaian dan mudah terpengaruh..boleh menerima pendapat orang lain..sama ada pembangkang ataupun kerajaan..yang penting, kita tidak bermusuh sesama bangsa Melayu..tidak mudah menghukum orang lain..membuat pilihan yang tepat..mempunyai idea bernas..bkn sembang kosong di kedai kopi..itulah politik orang muda.

Pelancaran Program 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak di Stadium Ipoh


Aku antara yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru pengiring pelajar-pelajar orang asli Daerah Hulu Perak..bukan senang beb nak handle 240 orang pelajar..6 buah bas..Alhamdulillah dengan bantuan guru-guru pengiring yang lain, semuanya selamat pergi dan balik..

* Tunjuk pic skt..muka kepenantan..hahaha..




Walaupun penat..tp semangat cintakan negara itu penting dalam jiwa setiap manusia..termasuk pelajar-pelajar orang asli ini.."Mentaliti Kelas ke-3" harus kita kikis dalam fikiran masyarakat terutamanya bangsa melayu..melihat bangsa melayu bergaduh sesama sendiri,bangsa lain bertepuk tangan di luar..dengki melihat bangsa sendiri maju, bangsa lain pula sentiasa bantu membantu memajukan bangsa sendiri..korang ade mata untuk menilai dan memilih..bak kata Nabil "Lu Pikir la Sendiri"...Assalamulaikum..n.

Sunday, October 18, 2009

Thursday, October 15, 2009

Tersirat dan Tersurat

Assalamualaikum..

Kadang-kadang hidup nie pelik..penuh dengan tanda tanya..Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Mengetahui..

Kita manusia kdg2 lupa..berlalu sibuk hingga meninggalkan segala tanggungjawab..Tuhan sentiasa memberikan tanda-tanda..supaya kita ingat padaNya..

13.10.2009 (5.05 a.m)

Tutt..tutt..

1 message from someone..

"Aslm....B, jaga diri k. Hati2.."

Aku rasa gelisah..dah lama xdpt msg mcm nie..

Hari yang sama (3.30 p.m)

Prepare untuk Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri...Suruh budak2 cari daun kelapa untuk dianyam buat ketupat..Jadi aku suh la budak2 panjat pokok kelapa..Aku relax je la dok bawah..Siap suh budak amik buah kelapa muda..Panas2 pekena air kelapa muda..Perghh...nikmatnya..

Tengah aku kutip buah kelapa muda yg jatuh....

Aku : Adoiiii...(sesuatu gigit betul2 kat mata kiri aku)...

Org Asli : Cikgu...ada sarang kelulut!!(serangga yg seakan penyengat..aku pon 1st time dgr)

Sakitnye tuhan je la yg tahu..pedih+bisa+pening kepala aku...sampai menitik la air mata tahan sakit..

En.Tazli : Xpe man, kelulut nie x bahaya sgt..tp mmg sakit ler..balik sapu ubat..jgn gosok mata..dia x bengkak mcm tebuan..

Terus gi office..sapu ubat..Alhamdullillah x bengkak sgt..


15.10.2009 (9.00 a.m)

Selepas majlis malam tadi...

Kemas2..majlis dah selesai..semua orang dah blk...sampah penuh..makan-makan blah..adat org melayu..mmg mcm tue..semangat gotong royong kan..

Tgh2 aku panjat tangga..nak kemaskan khemah...

Aku : Adoiiii...(terjatuh dari tangga..lutut kena dulu kat jalan tar)

Pecah lutut aku..darah..pinggang n punggung pun sakit..relax2..cover2..org ramai..

Bila blk baru la tau sakitnye..rasa mcm terseliuh pun ade...nak luruskan kaki pun susah..jln pun berhencut2 mcm org kena penyakit gaut...erm..kenapa aku x hati2 ye..

Skang mata aku still sakit..walaupun xbengkak..tp ade kesan luka kecil kat tepi mata aku..pedih gak..Kaki aku mmg sakit lagi..nak mandi susah, nak sujud susah (cz lutut dah luka)..Erm..

Mungkin Allah nak tunjuk..ade something yg aku x beri perhatian or lupa (mata n kepala)..n kdg2 lupa dan lalai nak sujud kepadaNya (lutut)..Ya Allah..Ampunkan dosa hambamu ini dan jauhkan lah aku dari segala bencana dan seksa api neraka..Amin...

*mencari dan berfikir..maksud yg tersirat..

Sunday, October 11, 2009

My Hope..

Dear friend Aina..

I pray that you may enjoy good health and that all may go well with you. Successful in the future..

Amin....

Friday, October 9, 2009

My Wish

Kabare wak..Waras?..

Hehe..hari ni aku nak cite skt la..psl impian n cita-cita aku..lari skt dari tajuk asal nak cite psl org asli je..tp suka hati aku la kan..nak cite ape pun..blog aku..hahaha (gelak dgn kerek)..

Ala..mana tau 1 hari nanti aku kawin ngan janda2 kaya ke, anak Dato' ke..leh la diorg belikan ape yg aku impikan tuh..hahaha..xpsl2 korang tgk aku pkai BMW nanti..

Hehehe..sebenarnya byk impian n cita-cita aku..mana member2 yg rapat tau la cz aku slalu bercerita ngan diorg..terutama kwn2 di T.Intan (Azad a.k.a Jamil Hensem, Edan OKB (Org Kaya Baru, Bro E, Iman @ Magskin, Ann Spider, Sidi Bonzer..ramai lagi lah dlm list kepala hotak aku nie)..

Aku xde la nak suh org belikan aku BMW sebijik..just skang nie aku teringin sgt nak pkai vespa balik..dulu aku ade sebijik vespa..MM 1408 (short form for Man Macho)..hahaha..tp dah jual cz kerana terlalu cantik hingga menyebabkan kwn aku teringin sgt nak beli..hahaha..(body kiat, enjin tip top tue)..merayu2 suh aku jual..

* tunjuk skt pic zaman kegemilangan vespa dulu...

Hehe..best ooo dulu..pengalaman paling best kitorg gi Jambori Vespa Malaysia kat Perlis..dari T.Intan ktorg naik vespa smpai Kangar..pi Padang Besar lak tue..aku n member (Sidi Bonzer) pun pernah hampir2 nak accident bila enjin vespa kami tiba2 jam panas..nasib sempat tarik clutch..kalo x, dah arwah kot kami nie..

Jadi kesimpulannya..sape2 nak bg hadiah kat aku tue,leh la bg vespa sebijik...hahaha..kalo xdpt PX 150, belikan aku PX 200cc pun jadi lah..

* Aku nak pkai vespa balik weeiiiii...

Thursday, October 8, 2009

Soalan Maut Again..

Salam 1 Malaysia..

Hari nie aku xde topic khusus nak diceritakan..yela,sembang serius je kang korang ingt aku nie sensitif sgt..hehehe..hari nie aku nak cerita skt psl asrama aku nie..smlm baru je langsir dewan makan asrama digantikan dgn yg baru..jadi nampak berseri-seri skt la dwn mkn tuh..korang pun mesti pelikkan, ganti langsir pun nak cerita ke..hahaha..tp aku mmg menitik beratkan psl kebersihan n keceriaan asrama...

* tunjuk gambr skt....

Aku n PPM (perempuan) mmg tegas skt dlm menjaga kebersihan n kekemasan asrama..bilik mesti bersih..penampilan diri mesti kemas..gotong-royong asrama seminggu sekali..ini pandangan aku secara jujur, kalo nak dibandingkan bilik org asli nie, dgn bilik budak2 melayu (termasuk la bilik aku masa dok hostel dulu)..bilik diorg lagi bersih n kemas..terutama pelajar org asli perempuan..bkn aku nak angkat bakul sendiri..tp ini la hakikatnya..pelajar org asli ini lebih berdisiplin, hormat dan mendengar kata..berbeza dgn pelajar melayu skang yang dah x reti nak bagi salam, melawan cikgu-cikgu, nak bakar sekolah...mcm2 la...ini lah istimewanya org asli..

* tunjuk bilik diorg skt.. hehehe..

Asrama perempuan

Asrama lelaki

Mentaliti dan pandangan yg negatif terhadap org asli kotor, busuk, dan tidak kemas adalah salah sebenarnya..Mereka sebenarnya perlukan bimbingan n tunjuk ajar. Bagaimana nak menguruskan diri dengan lebih baik..Bukannya dihina dan disisihkan..

Berbalik pada cerita langsir tadi..jadi pagi2 buta time diorg breakfast aku dah bising...

Aku : Saya nak kamu semua jaga langsir nie. Baru je pasang smlm..jgn bagi kotor..nanti ade pulak yang lap tgn, jadikan langsir nie kain buruk..paham??

Orang Asli : Baaaaikkk....(sambil mkn mee goreng + air teh)..

Baru je aku nak blah....

Orang Asli : Cikgu..bila nak kawin?

Aku : Hahaha..kenapa kamu tanya soalan tue pagi2 nie?

Orang Asli : Nie dah ade langsir baru..boleh la cikgu wat kenduri kawin kat dewan makan nie..

Aku : Hahahahahahahaa..(Blah terus)...

Kasi pecah perut la budak2 nie pagi2...ade ke dia tanya soalan maut tue lagi...

Wednesday, October 7, 2009

Mari Belajar Bahasa Orang Asli..

Hye murid-murid...

Hari nie cikgu malas nak bebel or bg ceramah..lama-lama korang pon jadi boring nanti..baik kita belajar bahasa orang asli..mana la tau 1 hari nanti korang akan bersembang dgn orang asli nie..kat hospital dah ade doktor pakar orang asli, kat sekolah dah ade cikgu orang asli, polis tentera byk dikalangan org asli..bukan org asli nie kita jumpa kat hutan or kawasan pendalaman je..ok, jadi sila keluarkan buku dan pen..hehehe..

  • Selamat pagi = Selamat Yehyak
  • Selamat malam = Selamat Lagyek
  • Selamat Jalan = Selamat Cebcib
  • Nama Kamu Siapa? = Ilok Kenek Hak?
  • Kamu Tinggal Di mana? = Hak Gel Enlok?
  • Saya Suka Kamu = Yek Icin Mahak
* Selamat mencuba..hehehe..

She Could Be You

Pagi-pagi layan lagu nie..relax..baru wat keje.. :)


Shawn Hlookoff - She Could Be You lyrics

I'm haunted by this photograph
Don't know why
Everytime I look, I get shivers down my spine
You're such a beautiful face
I know those eyes
They take me back in time

She could be you
I wouldn't even know
She could be you
But that was long ago
She could be you

I wish that i could tell you
What you don't know
I dream about that day
But it's impossible
In another world,
I'll be yours tonight
But i can't break free from this life

She could be you
I wouldn't even know
She could be you
But that was long ago
She could be you

I see it all the time
I know it's true
A picture doesn't lie

She could be you
I wouldn't even know
She could be you
But that was long ago
She could be you

She could be you
She could be you



Lyrics | Shawn Hlookoff lyrics - She Could Be You lyrics

Tuesday, October 6, 2009

Kesenangan dan Kesusahan..

"An easy life doesn't teach us anything.
In the end it's learning that matter what we've learned
and how we've grown"


Sawadeeekap..

Bertemu lagi..hehe..ari nie aku nak cite..psl kesenangan dan kesusahan..bagaimana kesenangan selalu membuat kita lupa..dan bagaimana kesusahan mengajar kita untuk berjaya..
Dunia sekarang penuh dengan kemewahan..siapa yang ada kuasa dan harta pasti akan dipuja..siapa yang papa kedana pasti akan dihina..

Kesenangan kadang-kadang membuat mentaliti dan sikap kita menjadi ego, sombong dan memperkecilkan org lain..dan kesusahan membuat kita menjadi rendah diri, takut dan malu untuk bergaul dgn org lain..

Aku selalu bg nasihat pada budak2 asli yang aku jaga..

"Belajar daripada kesusahan..Kalau boleh belajar pandai2..sampai berjaya..Takkan kamu nak jadi mcm datuk n nenek kamu..duduk di dalam hutan..menoreh getah,cari ikan,cari rotan..Kamu semua boleh asalkan berusaha"

Alhamdulillah..ada jugak budak nie nak dgr ckp aku..tahun 2008, sorang budak asli yang aku jaga dpt keputusan cemerlang dlm STPM (CGPA : 3.45)..dan skang dia smbung study di Universiti Malaya..n smpai skang dia still tepon aku mintak nasihat dan brcerita masalah..

Sekarang baru aku tau kenapa Tuhan tempatkan aku di sini..kepuasan yang kita dapat apabila lihat seorang itu berjaya dan bahagia..xdpt dinilai dengan harta benda..

Walaupun kerja aku x "seglamour" kerja pegawai, akauntan, atau artis..tapi kepuasan dlm kita berkerja itu penting..jgn kita jadi hamba kepada duit semata-mata..tp naluri kita kosong seperti seperti robot atau mesin yang menerima arahan sahaja..Aku sgt bersyukur kerana kerja ini telah mengubah hidupku supaya lebih mendekati tuhan..Aku bukannya seorang yang baik,tapi lebih baik dari diriku sebelum ini..


*Doakan kejayaan student PMR sekolah aku..esok diorg exam..

Monday, October 5, 2009

Kawin..Senangnya Kalau..

1 Mac 2007 (1st Day in my new world...at Gerik)
6.30 pm (selepas aku lapor diri n kemas barang).....

Aduh..kena jaga orang asli rupanya aku nie..ingat jaga budak2 melayu sklh menengah..(arghhh..tertekan..aku ingat kena posting kat T.Intan je)

Boring...Pusing sana..Pusing sini...line maxis pun xclear (dulu pkai maxis)..adusss..ape malang la aku dpt kat sini..member semua dpt keje kat tempat sendiri..

(Siap-siap n turun tgk budak2 mkn kat dewan makan)...

Orang Asli : Feeeeewwwiittttttt!!!!

Aku: (Aduh...mati aku..kena ngorat nih)....wat muka slumber...


Orang Asli : Assalamualaikum cikgu...cikgu sapak?baru keja?dari manak?

Aku : (Pergh..byknye soalan)..Ah, saya baru kat sini..dari T.Intan..saya yg jaga kamu semua nanti..

Orang Asli : (Senyum2)...Ooo..Namak cikgu?Cikgu dah kawin?

Aku : (Adoiii..lagi mati aku nih..)..Er..er..Nama saya Herman..belum kawin lagi..

Orang Asli : (Lagi senyum2...)..Hehe..Cikgu tidok manak?

Aku : (Ahhh..tanya tempat tido lak???)..Er..kat Bilik Warden Perindu 1..Er..saya gi dulu..(terus caboottttt)...

Hahaha..pengalaman mula2 aku di sini..skang dah 2thn lebih aku keje..dah sah jawatan pun..hehehe..kenapa semua orang tanya pasal kawin ye?...maybe semua orang ingat kawin tue senang kot...bercinta, bertunang, terus kawin..or kawin tue mcm main2..kejap kawin org nie..xsuka cerai..kawin lain..pastue ckp xde jodoh...jodoh xpanjang..

Kalo masyarakat orang asli nih..cukup senang kalo nak kawin..Adat diorg zaman dulu-dulu, kalo dah suka pompuan nih..si lelaki kena tido kat umah si pompuan..kena tunjuk rajin, ikut bakal pak mertua pergi kebun,cari ikan, cari rotan..kira kena test n interview gak la (cz aku pon prnh diinterview)..hahaha..bila bapak pompuan nih dah suka, dia akan bagi si laki tido ngan anak dia..kira bapak dah bg line la..hahaha..terus la diorg kawin n wat ape yg patut...(tak kan itu pon aku nak cite kot)..

Zaman skang pon ade gak yg kekal guna adat tue..tp skang ade la wat kenduri skt2..modal xsampai RM500.00 dah leh kawin..xde cincin..xde hantaran..xde rombongan meminang..xde pantun berbunga..u suka, i suka..terus kawin..sebab tue ade masyarakat orang asli yang kawin muda..15thn dah kawin..terus berenti sekolah..rugi xteruskan pelajaran...

Dan sampai skang..budak2 tue still tanya aku.."Cikgu...Bila nak Kawin???"...hahaha..

Skang aku jawab senang je..."Kamu kawin dengan saya lah..Masuk islam..Nak??"hahahaha..

Orang Asli : Eeeee...xnak lah..(terus lari)...

Sunday, October 4, 2009

Arsenal FC vs Asli Fc vs AdeBaboon

Adebayor a.ka Adebaboon

Arsenal @ Asli FC

Salam..
Kali nie aku nak cite kat korang..istimewa budak2 asli sekolah aku nih..jeng2 jeng...hehehe..mesti la bola sepak.kalo dalam bahasa jawanye "football"..hahaha..Budak2 asli yang aku jaga nih semuanya kaki bola..pagi main bola..ptg main bola..kalo leh mlm pon nak main bola (dlm dorm)..sampai pecah cermin asrama..mengamuk la aku mlm2 cari sape yang kasi pecah..sorang pun xnak mengaku or cabut lari menyorok dari aku..hampeh punya budak2..

Cite psl bola nie sampai subuh esok pon x abis..yela, aku nie peminat setia bola (EPL)..No.1 Arsenal Fans n Arsene Wenger has been tremendous for Arsenal Football Club..I can't imagine Arsenal without him..hehe..ape aku melalut nie..berbalik pada budak2 asli tadi..

Kalo nak dibandingkan stamina budak2 asli nie dgn budak2 bandar, stamina diorg jauh lebih tinggi..naik turun bukit, masuk keluar hutan, panjat pokok petai, cari rotan n hasil-hasil hutan, cari ikan..semua kerja-kerja susah tuh..dari kecik diorg dah belajar n kena wat..Berbanding dgn budak2 bandar yang skang dah canggih n moden..dok dpn computer, main PS2, mengadap depan TV..xde stamina jika dibandingkan dgn budak2 asli nie..Sebab tue bola sepak negara kita xleh maju berbanding dgn negara lain yang dah brape kali menang World Cup..Budak2 skang terlalu manja dengan "mesin-mesin" yg ade di depan mereka.
Susuk tubuh diorg nie pon lain..walaupun pendek, bdn diorg tegap..kalo sepak sekali, belum tentu jatuh lagi..keras mcm Drogba..Diorg main xkira waktu..tghari panas terik pon diorg sanggup main .. xpyh pakai boot..kaki ayam je...itu la kelebihan budak2 asli nie..kalo budak2 bandar..main 10-15 minit pon dah pancit..(aku pon sama)..

Aku pernah terfikir..kenapa la Arsene Wenger xnak amik orang2 asli nie main..latih dari bawah..youth team..maybe dia xjumpa orang asli nie lagi..or dia belum terfikir lagi nak pergi melancong kat Tasik Banding, Gerik..daripada dia beli player mcm Adebayor a.k.a AdeBaboon yang seperti kacang lupakan kulit..padahal Adebayor tue pon lebih kurang mcm orang asli..cuma dia dok Togo je..
Cuma masalah orang asli nie ialah diorg kurang berfikir masa bermain..xdpt control game bila terima pressure dari pihak lawan..masih malu-malu dan takut-takut walaupun mereka ade skill dan stamina yang tinggi..Cuma semangat diorg pada bola xpernah hilang..
Kelebihan dan kekurangan ada pada setiap individu..tiada manusia yang dilahirkan sempurna..gunakan kelebihan yang kita ada untuk mencapai apa yang kita hajatkan..jatuh dan bangun seseorang itu bergantung pada kebolehan serta semangat yang ada..tidak semestinya kita berada di bawah selama-lamanya...dan...tidak semestinya kita berada di atas selama-lamanya..jatuh dari tempat yang atas pasti lebih sakit..dr kita jatuh dari bawah, sambil pelan-pelan kita naik ke atas..
* pernah berasa susah 3 hari x jumpa nasi...





Friday, October 2, 2009

Pagi yang indah..

(7.00 a.m)

Pagi yang indah..

Melihat pelajar2 ke sekolah..

Ada yang berjalan kaki, menaiki bas, dihantar oleh ayah dan menaiki basikal..

Hanya 1 tujuan..untuk mencari ilmu pengetahuan..

Hidup tanpa ilmu..ibarat tin kosong yg tidak berguna..

Carilah ilmu..dimana-mana..sampai akhir hayat..supaya hidup melebih bermakna..

* teringat kenangan semasa sekolah..friendship forever..

Thursday, October 1, 2009

Coretan Pertama...

Alhamdulillah..aku ade gak blog akhirnya..yang dah lama aku fikir..apa yang nak dikongsi..apa yang nak dicerita..

Sebenarnya idea nama blog aku ni, dapat dari sahabat baikku..Mohd Faiz Bonyamin..

Faiz: Herman kalo ko nak wat blog,ko wat yang pelik2 skt..yang org jarang tau n cuma ko je
yang tau..

Aku: Ape dia Bond? (nama manja)..aku tau pasal orang asli je la..dah dok kat hulu..

Faiz: Ah..ko cite la psl org asli..lifestyle diorg..xkan ko nak jadi org pompuan cite sedey2, emo2,

jiwang2, cintan2 mcm kat blog diorg..hahaha..

Aku: Ah..good idea bond..nanti aku wat..hahaha....(terus xwat hingga berape bln)


Tp mlm nie br tergerak jari-jari aku nie nak create blog..hahaha..ok lah, cite psl orang asli..mesti korang semua nak tau..ape yang istimewa orang asli nih..walaupun setgh org (bkn semua) yang memandang orang asli nie hina, xbertamadun , kotor , pemalu, xnak bercampur dengan masyarakat n bermcm lagi tanggapan negatif..

Aku rasa ini lah peluang aku..nak berkongsi dengan korang semua..pengalaman aku..menjaga diorg..berkawan ngan diorg..mendidik diorg..mengajar diorg..menjadi manusia..sehingga aku sedar..pengalaman banyak mengajar aku..menjadi insan yang ikhlas dan bertanggungjawab..

InsyaAllah..

*tnggu post seterusnya... :)