BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 23, 2009

Orang Asli dan Kemiskinan

Assalamualaikum..

Masyarakat orang asli dengan kemiskinan..perkara yang begitu sinonim..masih tidak ramai masyarakat orang asli (di kawasan tempat aku) yang betul-betul berusaha untuk mengubah nasib mereka(bkn semua)..menjadi senang, kaya raya, tinggal di bandar, mempunyai kerja yang stabil dan tetap..mereka masih selesa untuk tinggal di kampung-kampung pendalaman..

Kadang-kadang aku terfikir..mengapakah mereka selesa tinggal di hutan..yang tiada bekalan elektrik, air yang bersih, siaran tv, coverage handphone, internet dan sebagainya. Adakah tinggal di hutan memberikan ketenangan kepada mereka..asalkan cukup makan dan minum tanpa perlukan hiburan dan keperluan tambahan seperti manusia biasa..

Aku suka menyoal anak-anak didikku tentang cita-cita mereka..

Aku : Samju..bila besar nanti kamu nak jadi apa?

Samju : Sayee nak jadi penoreh getah cikgu...(sambil tersengih2)

Sedih aku mendengar jawapannya..

Aku : Rezza, kamu pula nak jadi apa? Nak jadi penoreh getah mcm Samju?

Rezza : Sayee nak jadi tokey getah cikgu..hehehe..

Bagus sikit jawapannya..tapi tetap getah juga...emmm.

Aku teringat masa sekolah rendah dulu..cikgu minta isi dalam borang penilaian..pilihan cita-cita..semangat masa tue nak tulis..no.1 aku tulis ahli perniagaan, no.2 angkawasan, no.3 doktor..hahaha..satu pun tak lekat..tapi kenapa masa itu kita boleh berfikir cita-cita yang tinggi..padahal aku bukan dari keluarga yang senang..ayah aku bersawah..emak pula tak kerja..bukan dari keluarga yang berpelajaran tinggi..lebih kurang sama dengan masyarakat orang asli ini..pendedahan dunia luar pun masih kurang lagi masa itu..tiada internet, astro, handphone.

Bukan orang asli sahaja..masih ramai lagi yang diluar..orang-orang melayu..masih tidak mempunyai cita-cita dan matlamat hidup..terlalu dimanjakan oleh ibu-bapa..pergi sekolah pun ada yang bawa Mercedes Benzs (di sekolah aku ini)..terlalu bergantung kepada ibu-bapa..mengharapkan bantuan kerajaan..kadang-kadang sampai umur 40 tahun pun masih tiada arah tujuan hidup..masih lepak di kedai-kedai kopi..ada duit sikit beli nombor TOTO (Tipu Orang Takde Otak).

Banyak usaha-usaha dan bantuan daripada kerajaan untuk membantu masyarakat orang asli ini..namun sampai bilakah usaha ini harus diteruskan..Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) satu-satunya jabatan yang menjaga kebajikan orang..terlalu istimewa mereka ini..Kerajaan sebenarnya boleh membantu mengurangkan kemiskinan masyarakat orang asli dengan beberapa cadangan :



  1. Menghantar anak-anak muda orang asli ini ke Timur Tengah dengan berkerja di sektor binaan seperti di negara Qatar, Dubai, Bahrian. Gaji untuk pekerja buruh di sana ialah sebanyak USD1000 bersama RM3600 lebih duit kita..ok la tue dari mereka menoreh getah yang tidak tentu turun naik harganya..

  2. Menggalakkan masyarakat orang asli supaya menjalankan projek-projek sendiri hasil daripada bantuan dan nasihat jabatan-jabatan tertentu seperti projek ternakan ikan air tawar, ubatan-ubatan tradisional, jualan hasil hutan yang lebih meluas serta dieksportkan ke luar negara.

  3. Pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang cara pengurusan kewangan yang betul, menyimpan dan melabur. Kebanyakan orang asli ini tidak pandai berjimat cermat apabila mereka menerima sejumlah duit yang banyak. Berapa banyak orang asli yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), sedangkan mereka juga bumiputera seperti orang melayu. Duit ada banyak mana pun bila pengurusan tidak sistematik habis juga bang..

Aku pun masih banyak cita-cita yang perlu diteruskan..bukan semua orang asli bersikap sedemikian..ramai juga yang mempunyai kesedaran telah berjaya..aku sekadar memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman aku menjaga mereka..masing-masing boleh berfikir buruk dan baik..seperti lagu M.Nasir..


"Lihat dunia dari mata burung,


Atau dari dalam tempurung,


Yang mana satu engkau pilih"


- Tanya Sama Itu Hud-Hud-


* Kita fikirkan sama-sama..Sekian.





4 comments:

Cherrie Pie Sweety said...

ko memang layak jadi PTD la..sebab suka berfikir..hehehehe

Abg Man Kadiron said...

haha..suka membaca fikiran orang

leh said...

saya betul2 mnyokong pndpt the special tu. mmg Orang Asal kalu kita srh pndh confirm mrk tk pndh. ada la sglintir mrk yg mnyahut sranan krjaan. mrk hnya berpuas hati stkat hari ini shja bak kata org ada duit pagi perabis tghari. saya pn sllu pesan pada istri saya Orang Asal jgk tu drpd suku kaum Temiar Gua Musang spya sllu brusha utk prubahan tk kira apa jua prubhan yg pnting prubhan sikap.dkt anak murid pn sllu jgk pesan tp agak lmbt ckit la mrk nk trma.apa2 pun syabas la bnyk kali

~~::loveayna::~~ said...

agree..