BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Orang Asli dan Masa Depan. Show all posts
Showing posts with label Orang Asli dan Masa Depan. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Geng Kuat Makan

Aslm semua..:)

Hujung minggu yang best lagi..berjalan + makan makanan yang sedap2..kira jalan2 cari makan la..
So minggu nie..aku arrange 1 lawatan untuk student aku..dalam byk2 kerja paling aku suka ialah arrange lawatan..tahun 1st aku kat sini (2007) handle lawatan ke Pulau Pinang..tahun 2008 ke Pulau Pangkor..tahun 2009 handle lawatan ke Terengganu & Kelantan.. and tahun nie aku buat lawatan ke KL & Melaka pulak...hehehe..best ooo keje kat sekolah..

Perjalanan bermula dari Gerik pada 25/6/2010 (Jumaat) tepat jam 10.30 pagi..sebagai Chief Of The Mission, perkara yang paling penting adalah keselamatan pelajar..kena pastikan semua cukup..disiplin terkawal..kang kena culik budak2 aku, jenuh menjawab nanti..

Layan pic skt2...

Budak2 nie mmg pantang amik gambar..

Perjalanan terus ke UKM Bangi tempat penginapan..biasanya aku mmg suka check in dkt universiti kalo buat lawatan..biar student rasa suasana jadi siswa/siswi..baru ade semangat skt nak belajar..

Lepas urus semua bilik2 student, ialah sessi berdating dgn awek..hehehe..lagi pun Cik Aina Comel mmg kerja kat UKM..jadi kami pun pergi dating kat Tupai-Tupai Bangi..pekena steamboat..sampai dah nak meletup perut aku..RM25 person..nak mkn steamboat kepala gajah pon boleh..hehehe

Makan Sedap Pertama : Steamboat Tupai-Tupai (4 Bintang)

Esoknya terus ke Melaka Bandar Bersejarah..ronda-ronda area Melaka..malas nak jalan2 sgt cz panas..jadi layan pic di Melaka k..

Aku, Pn Siti Ishah (Penyelia Asrama) & anaknya


Student2 asli sekolah aku..ade ke yang korang berkenan?hahaha

Menyusuri Sungai Melaka..cool babeh

Misi mencari makan sedap yang ke-2..Ikan Bakar Umbai..jeng,jeng,jeng..hehehe..dicadangkan oleh Tok Selampit Perak..Geng Kuat Makan bergerak dengan menaiki van jabatan..


Memang terangkat beb..setanding dgn Ikan Bakar Tasek Raban & Ikan Bakar Kepala Batas Penang..fuhhh!ikan,udang sotong yang fresh2..harga pon terangkat jugak..tapi aku x kisah kalau bab-bab makan nih..jgn smpai aku kena basuh pinggan sudah..

Makan Sedap Ke-2 : Ikan Bakar Umbai Melaka (5 bintang)

Balik dari Melaka terus ke Nilai 3..cikgu-cikgi nak pergi shopping katanya..aku xtau nak beli ape bila tgk karpet n kain berlambak2..huhuhu..last2 aku rembat sehelai jersi Arsenal..

Geng Kuat Makan meneruskan misi lagi..Sate Kajang Hj Samuri sasaran ke-3..kali nie kami nak mkn terus di Kajang..


Sedap mmg sedap..tapi rasanya Sate Wak Teni Teluk Intan lagi sedap..hehehe..order sate ayam, daging n rusa..sedap jugak sate rusa nie..lembut..tapi xleh order byk2..RM1.80 secucuk..kalo nak murah mkn lidi sate je..hehehehe..

Makan Sedap Ke-3 : Sate Kajang Hj Samuri (3 bintang)

Esok pagi2 buta rombongan bergerak ke KL..sbb kemungkinan byk jalan akan ditutup untuk acara Marathon KL..so, dlm kul 6.30 kitorg dah check out..Destinasi pertama ialah Petrosains Menara KLCC..so layan pic skt..


Student Form 4 & 5 2010

Habis lawatan ke Petrosains, ktorg melawat Menara KL pulak..yang bestnye Menara KL nie staff2 perempuan semua cun-cun belaka..hahaha..kat Petrosains tadi kurang pulak cun nye..so jom layan pic..


Habis lawatan ke Menara KL, kitaorg pergi ke Muzium Negara & Planetrium Negara..time nie kaki mmg dah lenguh berjalan..lepas budak2, jln skt2, pastu relax kat cafe Muzium je..


@ Muzium Negara..belakang gmbr Hang Kebun..ehh..silap, Hang Tuah


@ Planetrium Negara

Walaupun rombongan terus blk selepas lawatan ke Planetrium, Geng Kuat Makan masih tidak berpuas hati lagi..jadi sasaran kami seterusnya ialah.....

....



....



....



....






Yeah!paling terbaekkkk..hehehe..Nasi Kandar Vaggey Ipoh..sambil melayan World Cup Jerman vs England (tapi England kalah lak..huhuhu)..relax2 sekejap sebelum balik ke Gerik..

Makan Sedap ke 4 : Nasi Kandar Vanggey Ipoh (5 bintang)

Adios!

Thursday, May 27, 2010

Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Hidayah



Hidayah..bkn Nurul Hidayah anak Pak Leman..tapi hidayah dari Allah s.w.t..bila seorang manusia itu mendapat petunjuk daripada Nya..bukan ingin berkhutbah..tapi ingin memperbetulkan diri ini juga..jadi marilah kita sama-sama mengambil iktibar..

Di asrama yang aku jaga sekarang nie ada kira-kira 150 pelajar orang asli yang tidak mempunyai agama..bknnya Kristian, Buddha or agama yang lain..tapi mereka mempunyai kefahaman dan kepercayaan daripada nenek moyang sejak dari zaman dulu lagi..bersewang, menyembah pokok dan semangat hutan, kepercayaan jika berlaku kematian harus berpindah ke tempat lain dan bermacam2 lagi kepercayaan..

Disini pelajar yang Islam diberi penekanan kepada asas Fardhu Ain, kemahiran membaca Al-Quran, Kuliah Maghrib dan bermacam lagi program keagamaan..kadang program keagamaan untuk pelajar orang asli nampak lebih dari program pelajar melayu yang tinggal di asrama sekolah nie..

Aku mmg jenis x pilih kasih bila ada program yang melibatkan antara pelajar asli islam dengan non-islam..sesiapa yang berminat silakan..ade kursus keagamaan kat luar, aku bawak jugak budak2 yang non-islam nie..mula-mula jadi isu jugak..bila ada ustaz-ustaz sini yang bersuara.."baik beri penekanan kepada yang islam saje".."yang islam pon x terjaga, nak bawak yang x islam"..lebih kurang mcm tue lah..

Jadi bermula tahun lepas..sedikit demi sedikit pelajar orang asli yang berminat nak memeluk islam..Alhamdulillah..mereka diberi hidayah dari Allah s.w.t..tahun lepas 3 orang pelajar orang asli lelaki berminat nak masuk islam..yang terbaru, 3 orang pelajar perempuan dari RPS Dala berminat nak memeluk islam..walaupun x sampai 10 orang, tapi aku tetap rasa puas hati..dakwah tanpa paksaan..dengan kerelaan..

Alhamdulillah..majlis berkhatan untuk pelajar orang asli pun dah buat..mula-mula byk jugak halangan bila JHEOA xnak tanda tangan surat kebenaran waris..tapi akhirnya jadi juga..tersenyum je bila tgk muka budak2 pucat nak masuk bilik bedah..

"Cikgu tipu..kata xde orang perempuan. Tue ada nurse perempuan yang tgk..muda pulak"

Hehehe..mcm2 budak2 nie..kdg2 nak tergelak pon ade..

Masa 3 orang budak perempuan yang masuk Islam baru-baru nie..

PTA (Pegawai Tadbir Agama) : Alhamdulillah kamu semua yang menjadi saudara baru Islam..jadi ada apa-apa soalan yang kamu nak tanya x?

Pelajar: Erm ustaz..boleh kami tukar nama x?

PTA : Boleh..cari la nama yang sedap2 dan ada makna..kamu dah pilih nama ke?

Pelajar: Belum...

Seorang cikgu nie mencelah..

"Kalau nak sedap amik la nama Siti Nurhaliza ke..Ziana Zain ke"

Hahahaha..

Friday, April 9, 2010

Kenapa Malas Pergi Sekolah?

Kenapa Malas Pergi Sekolah?..Dah berbuih-buih mulut aku nasihat kat budak2 nie..mmg degil,malas,kurang ajar..xtau nak buat ape dah..kdg2 tension jugak bila kesalahan yang sama dibuat..orang yang sama..

"Kami dah xnak sekolah..kami nak balik kampung kerja menoreh getah"

Wahhh..senangnya cakap..

Wahai anak-anak didikku sekalian...tahukah kamu hidup diluar sekarang amat mementingkan pelajaran dan ilmu pengetahuan?..nak mintak kerja kena isi melalui on-line..dah tak pakai borang2..macamn nak gunakan komputer kalau tak tahu membaca n mengira!!!..

Wahai anak-anak didikku sekalian..tahukah kamu betapa ruginya kalau membuang masa..duduk goyang telur sambil menghabiskan beras di rumah..sebabkan saya pernah merasai pengalaman itu..rugi..rugi..rugi..

Wahai anak-anak didikku sekalian..tahukah kamu suatu hari nanti kamu mesti mempunyai anak-anak kamu sendiri..bagaimana kamu nak menjawab jika anak-anak bertanya mengenai pelajaran..

"Ayah..berapa jawapan 9 x 5?"

"Errr..errr..ayah xtau la nak..dulu tak sempat belajar, cikgu ayah dah mampos"...hehehehe..

Wednesday, February 10, 2010

Kenapa Kita Kena Bertaubat?


Ingat tak dulu aku pernah cerita seorang budak asli yang cemerlang dalam STPM?..kalau tak ingat klik entry nie..yang cerdik dan pandai dalam pelajaran..berdisiplin..menghormati guru-guru..

Ah..tahun ini..adik kepada pelajar tue naik tingkatan 1..Mohd Azhar..beragama Islam..memang lain dari pelajar lain..bukan xde hidung, xde mata..tapi kecerdikan dia lain dari pelajar lain..1 benda yang aku suka dia jenis yang suka bertanya..kalau tanya sifir, matematik ke, aku xkisah sgt..nie dia suka tanya bab-bab agama..

"Cikgu...kenapa kita kena bertaubat?"

"Cikgu..betul ke kiamat tahun 2012?"

Ah..panjang berjela la aku kena jawab..hahaha..terpaksa mengeluarkan ilmu-ilmu masa belajar sekolah agama dulu yang dah agak berkarat nih..nak cerita sampai dia yakin dan percaya..

Satu lagi perangai dia..kalau dtg office aku mesti bawak kamus..coz pagi-pagi aku mmg beli paper Star..kalau budak2 asli yang lain mmg tak tengok la paper english nie..tapi, dia lain beb..terus pinjam n baca..kalo tak paham dia akan tanya..sambil buka kamus..mmg aku respect habis kat budak nie..orang asli beb..budak melayu pun tak macam nie..

To Mohd Azhar saya doakan awak berjaya..seperti abang awak yang belajar di Universiti Malaya sekarang..Amin..


Saturday, December 5, 2009

Mereka Datang Dan Pergi

Hari ini..semua pelajar-pelajar asli balik ke kampung..setelah 5 tahun mereka tinggal di asrama..setelah selesai mereka menjawab soalan SPM..hari terakhir mereka makan di dewan makan..malam terakhir mereka tidur di dorm..itu semua kenangan2 manis yang akan mereka ingat..kenangan mereka yang pernah tinggal di asrama..dan hari terakhir meninggalkan asrama..

Kawan-kawan adalah adik beradik..warden-warden adalah ibu-bapa..itu lah pengganti mereka..yang membezakan pelajar yang tinggal di luar..dengan pelajar yang tinggal di asrama...hubungan dengan kawan2 yang sgt rapat..walaupun sudah bekerja..sudah berkahwin..masih teringat kawan yang tinggal di asrama..tempat bergurau,bergaduh,mengadu masalah (paling banyak psl cinta la), bermain..mcm lagi lah..5 tahun duduk bersama..kenal mana kawan, kenal mana lawan..

Dan sekarang semua itu tinggal kenangan untuk aku..dan selepas ini menjadi kenangan pelajar-pelajar org asli ini..kenangan yang sukar dicari..bukan boleh direka2 atau ditulis2 seperti diari..

"Siapa dapat cam aku kat pic nie mmg hebat"

"No.4 dari kiri..kepala masih botak..skinhead lagi time sekolah nih..haha"

Banyak pengalaman aku bersama pelajar2 ini..paling manis apabila mereka jadi johan Pertandingan Nasyid Karnival Orang Asli Peringkat Negeri Perak..hahaha..serius bangga beb..kita yang latih diorg (walaupun aku bkn reti sgt nasyid2 nih..haha)..itu pon diorg tau aku nih dak S*MKA..terus suruh latih..bedal je lah.hahaha..kalau nak ingat pengalaman pahit mungkin xde..cz aku suka dengan kerja aku skang..walaupun mereka nakal, suka ponteng sekolah,buli2..aku anggap perkara tue adat tinggal di asrama..belajar berdikari..untuk hidup di luar yang penuh cabaran nanti..


Yang pergi pasti ada pengganti..tahun depan..pelajar2 form 1..yang kecik2..berak pon x reti guna mangkuk tandas lagi..

Tapi itu semua tanggungjawab aku..nak mendidik diorg..bukan 2 3 org..tapi 300 lebih pelajar orang asli!

p/s: Dulu aku pernah belajar dari seseorang :

"Bertanggungjawab kepada diri sendiri dulu,
baru kita boleh bertanggungjawab kepada orang lain"

"Jadilah orang yang boleh menyelesaikan masalah,
bukan orang yang suka menimbulkan masalah"

~Tok Selampit Perak~

Wednesday, November 18, 2009

Antara Rezeki Dan Kejayaan


Hari ini,SPM bermula..hujan turun renyai2,..tanda Allah s.w.t memberi rezeki..Sudah menjadi kebiasaan pelajar, bila SPM hampir dekat, masa tue la ramai yang berpusu-pusu minta maaf,minta ampun segala dosa,halal segala makan minum & ilmu pelajaran, dan doa minta kejayaan..

Hari ini, masih ada pelajar asli lagi yang dtg meminta maaf..biasanya yang datang akhir2 waktu mcm nie budak-budak yang nakal dan selalu buat masalah di asrama..

Pelajar Asli : Err..Cikgu..Saya nak minta maaf...(suara dlm keadaan takut2..ringkas tapi penuh bermakna)

Aku: (Terus peluk)..Saya maafkan..buat yang terbaik..5 tahun kamu tinggal di sini, masa ini la kamu nak tunjukkan apa yang kamu dah belajar..

Situasi begini, membuatkan aku berfikir..sejauh mana jahat dan nakal seorang pelajar itu, pasti dia mempunyai rasa hormat dan mengingati orang yang mendidiknya..Aku sendiri tidak meminta maaf kepada guru-guru masa nak ambil SPM dulu..disebabkan ada beberapa guru-guru yang aku tidak suka..antara kesilapan yang aku buat..membuatkan aku termenung pagi ini..

Sekarang baru aku faham..perasaan seorang pendidik..kdg2 pelajar yang kita rotan ini lebih baik bila kita berjumpa di luar..mereka terlebih dulu menegur kita, bersalaman, bertanya khabar guru-guru lain..sampai ada yang nak belanja makan & minum..berbanding pelajar yang pandai ini..lari bila nampak guru-guru (cz tgh berjalan dgn boyfriend or girlfriend), buat tak kenal je (cz dulu semua org kenal dgn 'kepandaian'nya)..kalau nak merasa teh o secawan lagi la susah (dah dia tak tegur kita)..seperti kata seorang sahabat : Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap, dari bersalaman..nilai-nilai murni yang kita belajar dari luar dan dari pengalaman..tetapi tidak diajar di sekolah..

Rezeki yang tuhan berikan itu kdg2 diberi dengan cara yang lain..yang kdg2 kita tak perasan dan tak sedar..Allah s.w.t itu Maha Pemurah bila kita tidak sombong dan memohon rezeki padanya..Aku sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didikku..walaupun bukan semua yang boleh berjaya..tp sekurang-kurangnya..mereka tetap dtg meminta maaf atas semua kesalahan mereka..adat duduk di asrama..ponteng sekolah & prep, merokok, buli, keluar mlm (fly)..aku pon prnh buat benda-benda tue semua..rotan mmg dah sebati dgn punggung aku nie dulu..

p/s : Doakan kejayaan anak-anak didik aku..perasaan bangga melihat seorg itu berjaya begitu bermakna bagi aku..Amin...

Thursday, November 12, 2009

Siapa Kata Orang Asli Tak Cantik?

Hai..Fewittttt....

Hehe..Hari ni x nak cerita serius sgt..cerita menarik skt..menarik tertarik pastinya deboom..hehehe..cerita pasal kecantikan..korang rasa korang cantik x?ishh2..malu-malu kucing lak nak jawab..mesti la cantik kan..semua orang ade kecantikan masing-masing..cuma kita perasan atau tidak je..(sape yg perasan tu kira perasantan la..kuikuikui..)..kecantikan tak semestinya dari luaran..tapi juga dari dalaman..aura kecantikan yang bisa membuatkan lelaki di dunia ini tergoda..hahaha.

Aku suka kecantikan..yela la..orang laki kan..tipulah kalo kata aku nak cari perempuan yang biasa-biasa je..mesti ade taste..(hahaha..bukan semua org tau taste aku).. mesti la nak cari yang cantik "dalam" n "luaran".."dalam" bermaksud mempunyai akhlak dan kesopanan yang baik..dan "luaran" bermaksud cantik paras rupa, bergaya dan menjaga penampilan..skema skt ayat aku..hahaha.kalo muka cantik,tp x pandai hormat orang tua pon x guna beb..akhlak n kesopanan dah ok,tapi penampilan lak x reti jaga..larat ke korang nak dating ngan awek yang x mandi seminggu?boleh pengsan lol..hahaha..jadi kedua-duanya penting..mesti balance..kalo orang lelaki pon sama kan..orang perempuan pun nak cari yang smart2,hensem2,wangi2,cool,ada kerja,pandai jaga hati perempuan,penyayang,romantik..mcm2 lagi la yg sewaktu dengannya..jadi x salah kalo kita memilih..teman hidup kita..untuk diri kita jugak kan..terpulang kepada diri masing-masing..ada orang jenis x kisah..dah jodohhh...itu je yg boleh ckp sebagai alasan...tp xde usaha untuk mencari yg terbaik..

Orang asli pun ada yang cantik-cantik..kecantikan yang asli..cehhhh..mcm iklan tv pulak..siyes beb..mmg cantik..tp xde la sampai aku terpikat..hahaha..cuma diorg dah x nampak mcm org asli..(maksud aku disini..berambut kerinting,x terurus, x bermake up, x bergaya)..berbeza dengan zaman nenek moyang mereka dulu.

Ah..jangan main2 ngan anak dara org asli..kang tok batin nie sumpit..hehehe.

Budak2 perempuan org asli yg aku jaga nie kebanyakannye dah mix dgn kaum2 lain..ade asli kawin ngan indon,kawin ngan cina,ngan org siam n dgn melayu pon ade gak..jadi budaya diorg nie dah lain..bukan mcm dulu2..muka pon x dah nampak mcm org asli..

Jom tgk skt pic-pic finalist gadis2 asli terakhir..hehehe.







Ah..cantik kan?..dah x nmpk mcm org asli..hehehe..ape2 pun kita kena bersyukur kerana dianugerahkan Allah s.w.t paras rupa yg cantik..cantik + bijak kena seiring..dgn kebijaksanaan kita dpt memikir buruk dan baik..cantik sebagai asset sementara kita sahaja..mcm kita beli keta mewah,mula2 mmg la cantik..makeup sana,makeup sini..lama2 jadi besi buruk jugak..tiap2 tahun ade susut nilai...berbanding dengan ilmu@kebijaksanaan,ibarat kita beli rumah@tanah..kita tambah sana,renovate sini..tiap2 tahun harga naik..silap2 leh jadi jutawan..sbb ilmu adalah harta yg x dapat dinilai..lebih dari keta,rumah dan tanah..semakin kita mencari ilmu, semakin banyak yg kita x tahu...


Gambar di atas adalah sebagai hiasan..tidak merujuk kepada tajuk entry ini..hehehe
(ade skt2 mcm Scha x?..hahaha)

Sekian sahaja untuk hari ini..hehehe..nanti free2 aku mengarut lagi k..babai..love u all..Aslm..

Friday, October 23, 2009

Orang Asli dan Kemiskinan

Assalamualaikum..

Masyarakat orang asli dengan kemiskinan..perkara yang begitu sinonim..masih tidak ramai masyarakat orang asli (di kawasan tempat aku) yang betul-betul berusaha untuk mengubah nasib mereka(bkn semua)..menjadi senang, kaya raya, tinggal di bandar, mempunyai kerja yang stabil dan tetap..mereka masih selesa untuk tinggal di kampung-kampung pendalaman..

Kadang-kadang aku terfikir..mengapakah mereka selesa tinggal di hutan..yang tiada bekalan elektrik, air yang bersih, siaran tv, coverage handphone, internet dan sebagainya. Adakah tinggal di hutan memberikan ketenangan kepada mereka..asalkan cukup makan dan minum tanpa perlukan hiburan dan keperluan tambahan seperti manusia biasa..

Aku suka menyoal anak-anak didikku tentang cita-cita mereka..

Aku : Samju..bila besar nanti kamu nak jadi apa?

Samju : Sayee nak jadi penoreh getah cikgu...(sambil tersengih2)

Sedih aku mendengar jawapannya..

Aku : Rezza, kamu pula nak jadi apa? Nak jadi penoreh getah mcm Samju?

Rezza : Sayee nak jadi tokey getah cikgu..hehehe..

Bagus sikit jawapannya..tapi tetap getah juga...emmm.

Aku teringat masa sekolah rendah dulu..cikgu minta isi dalam borang penilaian..pilihan cita-cita..semangat masa tue nak tulis..no.1 aku tulis ahli perniagaan, no.2 angkawasan, no.3 doktor..hahaha..satu pun tak lekat..tapi kenapa masa itu kita boleh berfikir cita-cita yang tinggi..padahal aku bukan dari keluarga yang senang..ayah aku bersawah..emak pula tak kerja..bukan dari keluarga yang berpelajaran tinggi..lebih kurang sama dengan masyarakat orang asli ini..pendedahan dunia luar pun masih kurang lagi masa itu..tiada internet, astro, handphone.

Bukan orang asli sahaja..masih ramai lagi yang diluar..orang-orang melayu..masih tidak mempunyai cita-cita dan matlamat hidup..terlalu dimanjakan oleh ibu-bapa..pergi sekolah pun ada yang bawa Mercedes Benzs (di sekolah aku ini)..terlalu bergantung kepada ibu-bapa..mengharapkan bantuan kerajaan..kadang-kadang sampai umur 40 tahun pun masih tiada arah tujuan hidup..masih lepak di kedai-kedai kopi..ada duit sikit beli nombor TOTO (Tipu Orang Takde Otak).

Banyak usaha-usaha dan bantuan daripada kerajaan untuk membantu masyarakat orang asli ini..namun sampai bilakah usaha ini harus diteruskan..Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) satu-satunya jabatan yang menjaga kebajikan orang..terlalu istimewa mereka ini..Kerajaan sebenarnya boleh membantu mengurangkan kemiskinan masyarakat orang asli dengan beberapa cadangan :



  1. Menghantar anak-anak muda orang asli ini ke Timur Tengah dengan berkerja di sektor binaan seperti di negara Qatar, Dubai, Bahrian. Gaji untuk pekerja buruh di sana ialah sebanyak USD1000 bersama RM3600 lebih duit kita..ok la tue dari mereka menoreh getah yang tidak tentu turun naik harganya..

  2. Menggalakkan masyarakat orang asli supaya menjalankan projek-projek sendiri hasil daripada bantuan dan nasihat jabatan-jabatan tertentu seperti projek ternakan ikan air tawar, ubatan-ubatan tradisional, jualan hasil hutan yang lebih meluas serta dieksportkan ke luar negara.

  3. Pendedahan kepada masyarakat orang asli tentang cara pengurusan kewangan yang betul, menyimpan dan melabur. Kebanyakan orang asli ini tidak pandai berjimat cermat apabila mereka menerima sejumlah duit yang banyak. Berapa banyak orang asli yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), sedangkan mereka juga bumiputera seperti orang melayu. Duit ada banyak mana pun bila pengurusan tidak sistematik habis juga bang..

Aku pun masih banyak cita-cita yang perlu diteruskan..bukan semua orang asli bersikap sedemikian..ramai juga yang mempunyai kesedaran telah berjaya..aku sekadar memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman aku menjaga mereka..masing-masing boleh berfikir buruk dan baik..seperti lagu M.Nasir..


"Lihat dunia dari mata burung,


Atau dari dalam tempurung,


Yang mana satu engkau pilih"


- Tanya Sama Itu Hud-Hud-


* Kita fikirkan sama-sama..Sekian.





Tuesday, October 6, 2009

Kesenangan dan Kesusahan..

"An easy life doesn't teach us anything.
In the end it's learning that matter what we've learned
and how we've grown"


Sawadeeekap..

Bertemu lagi..hehe..ari nie aku nak cite..psl kesenangan dan kesusahan..bagaimana kesenangan selalu membuat kita lupa..dan bagaimana kesusahan mengajar kita untuk berjaya..
Dunia sekarang penuh dengan kemewahan..siapa yang ada kuasa dan harta pasti akan dipuja..siapa yang papa kedana pasti akan dihina..

Kesenangan kadang-kadang membuat mentaliti dan sikap kita menjadi ego, sombong dan memperkecilkan org lain..dan kesusahan membuat kita menjadi rendah diri, takut dan malu untuk bergaul dgn org lain..

Aku selalu bg nasihat pada budak2 asli yang aku jaga..

"Belajar daripada kesusahan..Kalau boleh belajar pandai2..sampai berjaya..Takkan kamu nak jadi mcm datuk n nenek kamu..duduk di dalam hutan..menoreh getah,cari ikan,cari rotan..Kamu semua boleh asalkan berusaha"

Alhamdulillah..ada jugak budak nie nak dgr ckp aku..tahun 2008, sorang budak asli yang aku jaga dpt keputusan cemerlang dlm STPM (CGPA : 3.45)..dan skang dia smbung study di Universiti Malaya..n smpai skang dia still tepon aku mintak nasihat dan brcerita masalah..

Sekarang baru aku tau kenapa Tuhan tempatkan aku di sini..kepuasan yang kita dapat apabila lihat seorang itu berjaya dan bahagia..xdpt dinilai dengan harta benda..

Walaupun kerja aku x "seglamour" kerja pegawai, akauntan, atau artis..tapi kepuasan dlm kita berkerja itu penting..jgn kita jadi hamba kepada duit semata-mata..tp naluri kita kosong seperti seperti robot atau mesin yang menerima arahan sahaja..Aku sgt bersyukur kerana kerja ini telah mengubah hidupku supaya lebih mendekati tuhan..Aku bukannya seorang yang baik,tapi lebih baik dari diriku sebelum ini..


*Doakan kejayaan student PMR sekolah aku..esok diorg exam..