BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Emosi Dan Maggi


Alhamdulillah..setakat nie semua berjalan lancar..mintak2 sem nie boleh score untuk maintainkan pointer aku..

Sekarang 2 paper dah selesai jawab..tinggal 2 paper lagi..2 paper nie yang paling mencabar pulak tue..Management & Account..huhu..

Sekarang masih stay di Sg Petani..nasib baik pengetua aku yg baik hati benarkan aku untuk cuti agak lama skt..Alhamdulillah..

Rutin harian..bangun pagi2..gosok gigi..pergi breakfast..menunggu awek aku di sini iaitu En.Mohd Fizri@bapa beranak 2..biasa dia la yang rajin ajak aku wat study group n jumpa lecturer..sahabat rapat aku di kelas..

Study di library sampai petang..balik pun dah nak maghrib..

Kadang-kadang letih bila guna otak satu hari..nak hafal..nak ingat..kdg emosi pon jadi terganggu..bukan aku je..member aku sendiri pon mcm tue..

"Man..semalam aku rasa serba salah la kat anak aku..aku marah dia. Kes bini aku masak Maggi jaa..anak aku dah makan..jadi aku balik letih2, nak makan la..tgk anak aku boleh kacau pulak..fikir balik kesian pulak kat anak aku kena marah"..

Terkedu aku..aku pon ade marah orang semalam..

Thursday, April 22, 2010

Adakah Lelaki Semakin Bodoh?


Exam sudah dekat..1st paper aku hari Jumaat (23/4), Selasa (27/4), Khamis (29/4) and last paper yang paling aku suka Account (8/5) Sabtu..haha..padahal dulu masa sekolah asyik fail je dlm paper Acc..Last sem Alhamdulillah dapat A..aku pon xsangka beb..yela,aku ingat lagi cikgu Acc aku yang suka maki-maki and sumpah2 aku dalam class..nasib baik sumpahan tue tak melekat kat aku..hehe..

Dalam seusia sebegini..kadang letih juga nak study..siang kerja..petang kdg2 main badminton..mlm kdg2 main futsal..malam mmg kena bahagi masa untuk study..no time to lepak2ing..no time to tgk bola kat mamak ke..pergaulan dgn kawan2 agak terbatas..

Kadang sedih juga tgk pelajar (terutamanya lelaki) yang kurang minat belajar..ada cikgu yang buat tuisyen malam..daripada 30 orang, yang datang cuma 10 orang..kesian cikgu tue..

Majoriti lelaki yang melanjutkan pelajaran ke universiti pon semakin berkurang..class aku sendiri..2 orang je kumbang beb..yang lain semua bunga..tue pon kumbang dah tua,dah tumbuh tanduk 2..hahaha..

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future).

Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.


Mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda pula, pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara.

Jadi marilah kita fikirkan bersama..

p/s: Doakan kejayaan aku dalam Final Exam..Amin.

Friday, April 16, 2010

Taxi

Sambil bersarapan dan bersembang di kantin sekolah tadi, aku tertarik dengan cerita seorang rakan ketika beliau belajar di United Kingdom..cerita ini bukan pengalaman beliau,tetapi diceritakan oleh pensyarah di Universiti beliau belajar..

Suatu hari..pensyarah tersebut ingin keluar ke bandar dan menunggu teksi di tepi jalan..
Di seberang jalan..beliau melihat seorang lelaki tua berjanggut menunggu teksi sama sepertinya..
Teksi pertama ditahan oleh lelaki tua itu..sambil menundukkan badannya ke cermin teksi untuk bertanya kepada pemandu teksi tersebut..Namun orang tua itu tidak naik ke dalam teksi, dan teksi terus pergi begitu sahaja..

Begitu juga dengan teksi ke-2..orang tua itu tetap tidak mahu naik selepas teksi itu ditahan olehnya..Pensyarah tersebut berasa pelik dengan tingkah laku orang tua tersebut..begitu juga dengan teksi ke 3, ke-4, ke-5, ke-6 , ke-7, ke-8, ke-9, dan ke-10..

Sampai teksi yang ke-11 baru lah orang tua terus naik..disebabkan perasaan ingin tahu,pensyarah tersebut terus menahan teksi dan mengikut orang tua itu tadi dari belakang..

Tiba di suatu tempat, orang tua tadi terus turun..pensyarah tersebut terus menegur dan memohon maaf terlebih dahulu..menceritakan yang beliau memerhatikan orang tua itu semasa beliau menunggu teksi..

Lalu bertanyalah pensyarah tersebut kenapa orang tua itu kenapa tidak menaiki teksi pertama hingga teksi yang ke -1o?Kenapa baru teksi yang ke-11 baru beliau naik?

Jawab orang tua itu:

"Saya adalah seorang yang Yahudi. Semua pemandu teksi yang saya tahan tadi bukan bangsa Yahudi. Hinggalah pemandu teksi ke-11 barulah dia seorang Yahudi. Inilah cara saya untuk menolong bangsa saya sendiri"..


Moral from this story : Bantulah Bangsa Kita Sendiri..




Wednesday, April 14, 2010

Panas, Hitam Dan Maskulin

Pagi-pagi..free skt sblm wat keje..sempat update blog..

Sekarang rasa terlalu panas sgt..malam panas, siang lagi la panas..

Air paip pon dah rasa mcm air panas..bukan ade heater pon..

Main badminton, belum start game lagi dah keluar peluh mcm main 2 3 set..dewan panas..

Bilik dah rasa mcm dok dalam Sauna..kipas siling on..kipas stand pun on..bilik panas..

Biasa pergi kerja pakai kemeja long sleeves..nie pakai lengan pendek pulak..office pon panas..

Nak jalan2 lagi ler malas..nanti jadi hitam..cuaca panas..

Ada member kata "Orang lelaki kulit hitam baru Maskulin"..hehehe..


When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black

And you white fellow
When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you gray

And you calling me colored?


Monday, April 12, 2010

Oh Exam

Semakin sibuk..prepare for exam..

Sori ye kwn2..xdpt update blog wat masa terdekat ini..

Idea byk..tp xde masa yang sesuai..

Ade masa aku merepeklah dlm blog nih nanti..

Friday, April 9, 2010

Kenapa Malas Pergi Sekolah?

Kenapa Malas Pergi Sekolah?..Dah berbuih-buih mulut aku nasihat kat budak2 nie..mmg degil,malas,kurang ajar..xtau nak buat ape dah..kdg2 tension jugak bila kesalahan yang sama dibuat..orang yang sama..

"Kami dah xnak sekolah..kami nak balik kampung kerja menoreh getah"

Wahhh..senangnya cakap..

Wahai anak-anak didikku sekalian...tahukah kamu hidup diluar sekarang amat mementingkan pelajaran dan ilmu pengetahuan?..nak mintak kerja kena isi melalui on-line..dah tak pakai borang2..macamn nak gunakan komputer kalau tak tahu membaca n mengira!!!..

Wahai anak-anak didikku sekalian..tahukah kamu betapa ruginya kalau membuang masa..duduk goyang telur sambil menghabiskan beras di rumah..sebabkan saya pernah merasai pengalaman itu..rugi..rugi..rugi..

Wahai anak-anak didikku sekalian..tahukah kamu suatu hari nanti kamu mesti mempunyai anak-anak kamu sendiri..bagaimana kamu nak menjawab jika anak-anak bertanya mengenai pelajaran..

"Ayah..berapa jawapan 9 x 5?"

"Errr..errr..ayah xtau la nak..dulu tak sempat belajar, cikgu ayah dah mampos"...hehehehe..

Thursday, April 8, 2010

Din Beramboi

Petang semalam sempat melayan lawak-lawak Allahyarham Din Beramboi kat Youtube..sketsa-sketsa beliau dalam rancangan Spontan, Lu Pikir Sendiri Nabil dan Drama Sebabak ERA. Bakat Din Beramboi yang bukan semua pelawak-pelawak ada..Kadang-kadang sampai pelawak sendiri pun ketawa terbahak-bahak dgr lawak beliau..Nabil, Zizan, Afdin Shauki sampai terguling-guling tahan ketawa..

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain. (Sumber Murai.com)


Teringat kata-kata Arwah masa Gelanggang Akhir Raja Lawak, komen beliau kepada peserta ke-2 Alex :

"Kalau saya tiada lagi di radio ERA, awak ambil alih tempat saya nanti"

Melawak bukan kerja senang..kadang-kadang orang suka,kadang-kadang org meluat..semua orang boleh melawak..aku pun boleh melawak..tapi bukan semua lawak orang boleh gelak..ataupun kita digelakkan semula..

Semua orang marah bila seorang budak hingusan menghina Arwah Din Beramboi..baca di sini..Erm..sampai begitu sekali pemikiran budak-budak sekarang..sedih bila teringat sampai begitu sekali Arwah dihina..kurang menghormati orang tua..kalau orang yang dah mati pun dia boleh comment mcm tue, mcmn la dia hormat orang2 yang masih hidup..

Tapi pemergian Arwah memang mengejut..kita tak tahu bila ajal kita..mungkin hari ini, mungkin esok..aku pun xtahu bila..kalau ada lawak-lawak aku yang terkasar,terguris perasaaan korang semua..maafkan k..kadang-kadang kita x perasaan apa yang kita ckp masa melawak..janji time tue nak bagi orang gelak..hehehe..

Al-Fatihah untuk Din Beramboi..

Wsalam..

Tuesday, April 6, 2010

Bunga Bunga Cinta..

Aslm..

Hahaha..mood jiwang skt mlm nie..biasa la baru lepas jumpa awek n attend wedding member baik zaman sekolah dulu..En. Mohd Kamalul Ariffin @ Bonzer..

Biasa kalo aku pegi kenduri kawin kawan2...makan2, sessi foto ngan pengantin pastu blah la kan..tapi kenduri Kamalul nie special skt..hehehe..
  • Dari Sg Petani ke Shah Alam..naik kebas bontot aku dok dlm bas..malas nak drive kereta cz Sabtu tue aku ade class kat Uitm..nasib bas ok..berenti rest kat R&R Bukit Gantang..pegi toilet urut balik bontot yg kebas tue..fuhhh lega..
~Makan buah-buah dulu..baru la jumpa awekkk..hahaha~

  • Cik Aina memilihkan baju untuk ke majlis..hehehe..berapa helai baju try tue..ponek dennnn..baru sedondon kan..hehehe..biasa gua main belasah je nak pakai baju ape...
~Asyik pegi kenduri orang je nih..hehehe~
  • 1st time aku tgk ade Dikir Barat kat majlis kenduri..hehehe..ke aku nie hulu sgt @ mmg org2 Terengganu/Kelantan nie wat Dikir Barat time kenduri kendara nih..
  • Paling best..biasa tgk org baling bunga kat movie2 yg romantik kan..tapi kali nie real jadi lak kat aku..hahaha..berjaya mendapatkan bunga yang dibaling oleh pengantin..nasib ko baling bunga Malul..kalo ko baling buah durian mesti aku x sambut lah..hahaha.
~Next?hehehe..doakan ye kawan2~

Friday, April 2, 2010

Happy Besday Bos!

Hepi Besday Bos...

Bos No.1 (En.Mohd Azmi @PK HEM)

Orang kuat MU..Dia bgtau aku, dulu antara semangat dia nak study kat U.K sebab nak tgk Manchester United..
Bos No 2 (En Tazli @ Tok Selampit)

Antara yang bagi semangat kat aku untuk wat PJJ..Tok Selampit baru je abis buat Master kat USM..tahniah Tok!



Aku?Master?U.K? InsyaAllah..Doa-doa kan la jugak ye..