BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 8, 2010

Din Beramboi

Petang semalam sempat melayan lawak-lawak Allahyarham Din Beramboi kat Youtube..sketsa-sketsa beliau dalam rancangan Spontan, Lu Pikir Sendiri Nabil dan Drama Sebabak ERA. Bakat Din Beramboi yang bukan semua pelawak-pelawak ada..Kadang-kadang sampai pelawak sendiri pun ketawa terbahak-bahak dgr lawak beliau..Nabil, Zizan, Afdin Shauki sampai terguling-guling tahan ketawa..

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain. (Sumber Murai.com)


Teringat kata-kata Arwah masa Gelanggang Akhir Raja Lawak, komen beliau kepada peserta ke-2 Alex :

"Kalau saya tiada lagi di radio ERA, awak ambil alih tempat saya nanti"

Melawak bukan kerja senang..kadang-kadang orang suka,kadang-kadang org meluat..semua orang boleh melawak..aku pun boleh melawak..tapi bukan semua lawak orang boleh gelak..ataupun kita digelakkan semula..

Semua orang marah bila seorang budak hingusan menghina Arwah Din Beramboi..baca di sini..Erm..sampai begitu sekali pemikiran budak-budak sekarang..sedih bila teringat sampai begitu sekali Arwah dihina..kurang menghormati orang tua..kalau orang yang dah mati pun dia boleh comment mcm tue, mcmn la dia hormat orang2 yang masih hidup..

Tapi pemergian Arwah memang mengejut..kita tak tahu bila ajal kita..mungkin hari ini, mungkin esok..aku pun xtahu bila..kalau ada lawak-lawak aku yang terkasar,terguris perasaaan korang semua..maafkan k..kadang-kadang kita x perasaan apa yang kita ckp masa melawak..janji time tue nak bagi orang gelak..hehehe..

Al-Fatihah untuk Din Beramboi..

Wsalam..

No comments: