BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 12, 2011

Selamat Malam Abah



"Sayangilah Ayah ketika dia masih ada"..itulah kata-kata akhir aku untuk post ini..Kesian Abah

Seperti aku dapat rasakan yang abah akan meninggalkan kami sekeluarga..detik aku menulis post ini mmg aku terlalu sedih..sekarang baru aku tahu mengapa..Abah kembali ke rahmahtullah pada 21 September 2011 jam 9.25 pagi di Hospital Teluk Intan akibat organ dalaman gagal berfungsi kesan daripada kemalangan ketika menghantar adik aku ke sekolah.

Dugaan terbesar dalam keluarga kami..selama ini kami tidak pernah diduga seperti ini. Keluarga kami cukup bahagia walaupun tidak sekaya mana. Adik beradik yang sudah dewasa, sudah bekerja, kenduri kendara, menyambut menantu, dapat cucu, adik-adik berjaya dlm pelajaran, hari raya bersama-sama..semuanya gembira. Abah mmg jarang sakit dan tidak pernah menyusahkan kami untuk menjaga abah. Cuma sekali darah tinggi abah tiba2 naik sebab makan buah durian. Itu pun hanya sehari aku menjaga abah di hospital!

Seminggu sebelum kejadian Abah ada telefon. Itulah kali terakhir mendengar suara Abah. Biasa abah jarang telefon, kecuali ketika Hari Jadi Abah (31hb 7) Abah akan call banyak kali sebab Celcom bagi panggilan free. Hari Raya 2011 hari terakhir berjumpa Abah. Hari terakhir meminta maaf dgn Abah, hari terakhir beri duit raya kepada Abah..selepas ini tiada Hari Raya bersama Abah.

Abah merupakan orang yang byk tolong ketika aku nak berkahwin. Dari segi persiapan, memanggil orang kampung untuk buat pakatan kenduri, Abah lah yang paling sibuk. Abah yang sponser untuk beli lembu, Abah la yang nak buat cabutan bertuah, semua dari Abah..perasaan gembira Abah berbeza.. lain daripada yang lain.
Walaupun kenduri tidak semewah mana, tapi dengan kehadiran saudara mara, Abah nampak gembira sangat. Semua abah nak buat sampai mak pun membebel..membazir la, ape la..baru aku tahu, inilah kenduri terakhir untuk Abah..

Cuma satu yang aku sedihkan, Abah x sempat melihat cucu perempuannya..x sempat untuk bermain dengan cucu sepuas-puasnya..sbb cucu yang ada sekarang nun jauh di Kedah..mungkin hanya cerita dan gambar yang boleh aku tunjukkan kepada anak aku nanti kalau dia tanya " Ayah, Atuk ada kat mana?"

Sehingga hari ini aku masih teringat kepada arwah Abah, walaupun Abah bukan jenis yang menunjukkan kasih sayangnya secara fizikal (peluk, cium) kepada anak2..tapi kami semua tahu Abah sayangkan kami, sehingga Abah hendak menghembuskan nafas terakhir pun dia memilih hari jadi Akbar (adik yang ke-3) 21hb 9.

Arwah yang pergi dengan tenang, selamat dikebumikan selepas Solat Asar. Pengalaman memandikan/mengapankan/sembahyangkan jenazah arwah Abah tidak dapat aku lupakan. Semoga arwah Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Abah semoga rohnya tenang di sana.

No comments: