BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 2, 2011

Berdoalah


Akulah orang paling gembira..perasaan gembira tue..hanya Allah s.w.t yang tahu..

Hidup ini kadang2 mcm drama..Yee, mcm drama..sedar tak sedar kitalah pelakonnya..Dalam drama ada babak sedih, babak gembira..mcm2 perasaan..berlaku dengan kita..

Kenapa aku gembira sgt? Hehehe..sebabnya aku rasa mcm berlakon dlm drama..biasa kita tgk dlm TV/drama..tapi situasi nie betul-betul berlaku..sekelip mata..mcm mimpi..kadang2 aku mcm x percaya...hehehe..buat aku senyum sorang2..

Jumaat 1/4/2011..(Pagi)

Aku cuti hari nie..smlm isteri aku mengadu demam/selsema..tgk hari nie badan lagi panas..x pergi kerja. Buatkan breakfast untuk dia sambil tgk dia gagah jugak buat assignment yg nak kena hantar gak.

(Tghari)

Bawa isteri aku ke Pusat Rawatan Islam Al-Zara Bangi. Masa nie jalan dah jam, sbb nak masuk Solat Jumaat. Jadi aku pun terus hantar isteri aku dulu and terus pegi Solat Jumaat.

(Semasa Khutbah/Solat)

Dulu masa belajar kat asrama ustaz pernah bgtau..waktu-waktu yang sesuai untuk berdoa..doa senang dimakbulkan..antara ialah berdoa pada hari Jumaat..ketika Khatib duduk antara 2 khutbah..berdoalah..mintalah pada Allah s.w.t..

Jadi aku pun berdoa..diampunkan dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi ketenangan jiwa, diberi keluarga yang bahagia..mcm2 lagi la..cuma bila dah kawin nie aku tambah supaya diberikan zuriat/cahaya mata..

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Jadi bila dah selesai solat, aku pun terus ambil isteri aku tadi..harap2 dah selesai la sebab kitorg plan nak tgk wayang Hikayat Merong Mahawangsa kat Midvalley..(wahhh..sakit2 pon leh tgk wyg lagi nih)..hehehe..

Masuk2 dalam kereta..isteri aku bgtau dia sakit..ahhhh..sudah..sakit ape lagi nih..

Pastue tue dia keluarkan mcm batang ape entah..1st time aku tgk..

"Ahh..tgk nie, ada 2 line..syg dah pregnant!..4 minggu"

Wahhh!..terkejut, mcm x percaya pun ada..sebab baru tadi je aku doa..mintak pada Tuhan..diberikan zuriat/anak..tgk2 x sampai 10 minit doa aku dah dimakbulkan..

Alhamdulillah..syukur..mcm mimpi beb..happy sgt perasaan nie..x boleh nak gambarkan dgn kata-kata..perasaan bila nak jadi bapa nie..

Cuma sekarang harap baby nie akan cepat besar..n besar..n besar lagi..supaya tercapai hajat aku nak dapat baby dalam tahun nie..InsyaAllah..doakan ye..