BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Belacan


Korang mesti pernah tgk cerita P.Ramlee , Ali Baba Bujang Lapok kan?Dialog2 yang bersahaja,tapi mempunyai makna yang tersirat..

Dialog Nak Beli Belacan.

Candu, candu, candu! Mari, mari.. siapa mau beli candu..?" - Peniaga 1

"Ganja, ganja! Ha, mari tuan, mari puan. Ha, beli ganja.." - Peniaga 2

"Cik Siti mau beli apa?" - Peniaga 3

"Saya mau beli belacan" - Marjina

"Bela-- ? Syhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya" - Peniaga 3

"Jual belacan pun polis tangkap?" - Marjina

"Benar cik Siti. Jual candu ada lesen. Jual ganja ada lesen, tetapi jual belacan tak ada lesen... saya smuggle dari Malaya!" - Peniaga 3


Dialog Pecah Jamban

"Itu dia rumahnya. Serbu!" - Chief

"Rumah manyak kecik lor" - Momotaro San

"Eh, pedulikan lah. Kita kasi pecah larr.." - Penyamun doktor

"Kau Sungai Road punya penyamun dah.. Makan belacan! Aku suruh kau pergi pangkah rumah Kassim Baba, apa pasal yang kau pergi pangkah 'rumah kecik'? Engkau tahu berapa rugi aku hari ini kena beli minyak wangi?" - Chief (kepada Sarjan)

Hahaha..lebih kurang mcm tue la dialog cerita Ali Baba tue. Walaupun tgk byk kali, tetap nak tergelak gak..Cuma hari nie aku nak cite..psl Ali Baba Moden. Pencuri yang licik dan berpelajaran. Baru-baru ini kontraktor tender baru kantin sekolah aku kena tipu RM6000 kerana terkena panggilan hangit. Ali Baba Moden nie cuma telefon suruh pindahkan sejumlah wang yang kononnya diminta oleh PK HEM sekolah aku. Segala yang maklumat yang diberikan semua betul, seolah-olah ada orang dalam yang memberikan maklumat tentang tender tersebut. Jadi x pasal2 lepas la duit itu di bank in kan kepada orang yang x kenali..huhuhu..bila dengar cerita mcm nie rasa senang je kena tipu kan..

Sebenarnya banyak lagi cara Ali Baba Moden skang nie nak tipu orang..gores dan menang la..cabutan bertuah la..semua otak penipu tue..kalo dapat kat aku, siap la kepala korang aku gores kat jalan tar..jalan tar ade taik lembu lak tue..

Ini x termasuk lagi dengan penipuan kat internet..lagi banyak beb.member aku byk terkena..semua angkara Ali Baba Moden a.k.a penjenayah siber nie. Di China, penjenayah siber di sana lebih cenderung untuk menggunakan "teknik permainan" seperti muat turun permainan percuma,spam permainan dan reward dlm game untuk menyebarkan malware yang boleh memerangkap mangsa. Di Amerika Latin dan Rusia pula, penjenayah di sana lebih berpendidikan dan berkemahiran dalam teknologi. Mereka mampu untuk mencipta serangan sendiri untuk "memancing" sehingga mendorong mangsa menyerahkan nombor pengenalan diri, kata laluan atau no. akaun..huhu. orang bijak yang menggunakan ilmu dengan jalan yang salah..

Kadang-kadang aku terfikir, mcmn mudahnya manusia kena tipu..Alhamdulillah, setakat nie aku x pernah la kena tipu lagi..benda2 yang melibatkan duit yang beribu nie..setakat kena tipu member pinjam RM20, RM30 tue ade la..lagi pun aku nie bukan berduit sgt..hehehe...aku pun mintak simpang jauh2 la supaya jgn terkena..terlalu mudah mempercayai seseorang, diri sendiri yang merana..nak kata bodoh pun x boleh jugak, sebab semua ade degree or master yang ditipu nie..mungkin sebab mereka terlebih makan belacan mcm Mamotaro San dan penyamun2 dlm cerita Ali Baba tuh..hehehe..mungkin la...

Sekian~~~

10 comments:

Cherrie Pie Sweety said...

manusia ni macam2.. lagi atu bila ko keje dalam gomen ni, kene hati2 sangat2..takut ko jadi kambing hitam kepada orang atasan yang lebih berkuasa.. ingat tau .. dah byk sgt jadi.. and kadang2 tak semua yang dipaparkan di akhbar tu is the full story.. true story yes..but real..ko kena tau citer sepenuhnya..

p/s: haishh..tak perpasal aku membebel nasihatkan orang..what's wrong with me ha ha

Abg Man Kadiron said...

hahaha..ko nie mcm mak aku pulak.ok2,cik ana..sya ingt tue.aku mmg susah skt nak caya org..

glorial macapagal arroyo said...

mniaga belacan lagi bagus dr nipu org ni....hahahah

Abg Man Kadiron said...

wah..arroyo pon komen dlm blog aku nih.hehe..moh kita wat projek jual belacan n ikan pekasam

sivakumar said...

hahahhah.....
dey jual roti canai kt fazari maju ada bagus juga......ammah~!

Abg Man Kadiron said...

haha..sivakumar dah boleh blah nih.dah la kat fb ko nak add,nie kat blog pon nak komen.hahaha..

~herfizul akma nasaruddin~ said...

orang jual belacan jarang menipu walaupun untungnya tak seberapa.
tapi jiwa mereka ikhlas.
berniaga secara jujur.

tapi mereka2 yg dilabel oleh anda sbg ali baba itu wajar diterajang kaw-kaw kerna selalu menyusahkan orang..Tuhan lebih tau mcm mana nk balas perbuatan jahat mereka.

syukurlah en herman anda bkn golongan yg terjerat atau tertipu oleh mereka-mereka yg berkenaan.
;p

Abg Man Kadiron said...

ejoy:agree with u..:)

~~::loveayna::~~ said...

sivakumar dimana-mana...
HAHAHA

Abg Man Kadiron said...

syg:nie sivakumar speaker teluk intan.hehe