BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Perspektif Masa

Eye Clock Pictures, Images and Photos
Aslm..

Kali nie aku nak berkongsi pandangan dan maklumat sikit ngan korang..tentang apa yang aku baca dlm sebuah majalah nih..punca utama kenapa manusia gagal dlm kehidupan terutamanya dalam perniagaan, masa depan dan perancangan hidup..aku nie bukan pakar motivasi pun, cuma aku suka membaca kalau ada masa terluang sikit..jadi kita sama-sama fikirkan ye..

Penyelidikan telah dilakukan di Harvard University pada tahun 1960 untuk mencari "ciri-ciri utama" apa yang menyebabkan seorg itu berjaya dan apa yang menyebabkan seorang itu gagal. Hasil kajian itu telah diterbitkan pada tahun 1975, menunjukkan satu faktor atau ciri yang membezakan mereka yang berjaya dan mereka yang gagal. Jawapannya adalah "perspektif masa".

Perspektif masa merujuk berapa jauh ke hadapan seseorang itu boleh membayangkan dirinya sendiri ke masa hadapan atau paling mudah "angan-angan Mat Jenin". Lebih lama org itu membayangkan masa depan dirinya, lebih tinggi kejayaan seseorang itu boleh dicapai. Begitu juga sebaliknya. Kalau cuma makan, tidur, makan, tidur, duit belanja minta kat mak bapak lagi, malas nak kerja itu adalah antara orang tidak mempunyai perspektif masa.

Contoh mudah orang yang mempunyai perspektif masa panjang:

Si Abu baru dapat kerja pada umur 20 tahun..masih single lagi..yela orang baru keje..merancang nak kawin pada umur 30 tahun (itu pun kalo ade orang nak la)..tiap2 bulan dia saving sebanyak RM300. Untuk tempoh masa 10 tahun dia boleh simpan RM36,000!!!Wooo..banyak tue..cukup la kan?..bukan nak kawin dengan artis2 mcm Siti Nurhalize tue..belanja ratus2 ribu..cari orang sebelah rumah dah la..haha.

Contoh perspektif masa yang singkat:

Seorang pemuda ingin meragut beg tangan seorang makcik. Pemuda ini hanya fikirkan "Ah...mintak2 ade la dalam beg makcik nie RM100..leh la aku beli ganja, rokok n belanja kawan2 nanti". Mangkuk hayun nie x fikir perspektif masa depan. Tidak terfikir apa yang akan terjadi sekira ketika meragut, makcik nie terjatuh kemudian terhantuk menyebabkan kematian. Tak terfikir sekiranya dia ditangkap oleh polis berapa jam kemudian. Juga tak terfikir masa depan sekiranya disabitkan kesalahan membunuh ketika meragut. Penjara seumur hidup!Amik kau..

Ah..mulai hari ini..kita kena melatih diri kita untuk membayangkan apa yang akan terjadi 5 , 10 dan 15 tahun akan datang. Golongan profesional berjaya secara purata mempunyai perspektif masa 15 tahun ke atas. Golongan makan gaji yang hidup dalam kesederhanaan (macam aku kot..haha) mempunyai perspektif masa yang singkat 5-6 bulan sahaja. Mereka yang bergelar sampah masyarakat mempunyai perspektif masa yang amat singkat, tidak lebih dari 1 jam! Marilah sama2 kita fikirkan..

p/s: Perspektif masa depan aku..bergiat dalam politik..menceburi bidang kontraktor dan hartanah..mempunyai pengaruh yang sendiri..wooo..tinggi sgt ke?tp nie la yang aku fikirkan dari dulu..:)



2 comments:

~~::loveayna::~~ said...

i could be your no 1 supporter..
Let's be success!!!

Cherrie Pie Sweety said...

Andai dapat ku undur masa-axl ha ha ha