BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 29, 2010

Geng Kuat Makan

Aslm semua..:)

Hujung minggu yang best lagi..berjalan + makan makanan yang sedap2..kira jalan2 cari makan la..
So minggu nie..aku arrange 1 lawatan untuk student aku..dalam byk2 kerja paling aku suka ialah arrange lawatan..tahun 1st aku kat sini (2007) handle lawatan ke Pulau Pinang..tahun 2008 ke Pulau Pangkor..tahun 2009 handle lawatan ke Terengganu & Kelantan.. and tahun nie aku buat lawatan ke KL & Melaka pulak...hehehe..best ooo keje kat sekolah..

Perjalanan bermula dari Gerik pada 25/6/2010 (Jumaat) tepat jam 10.30 pagi..sebagai Chief Of The Mission, perkara yang paling penting adalah keselamatan pelajar..kena pastikan semua cukup..disiplin terkawal..kang kena culik budak2 aku, jenuh menjawab nanti..

Layan pic skt2...

Budak2 nie mmg pantang amik gambar..

Perjalanan terus ke UKM Bangi tempat penginapan..biasanya aku mmg suka check in dkt universiti kalo buat lawatan..biar student rasa suasana jadi siswa/siswi..baru ade semangat skt nak belajar..

Lepas urus semua bilik2 student, ialah sessi berdating dgn awek..hehehe..lagi pun Cik Aina Comel mmg kerja kat UKM..jadi kami pun pergi dating kat Tupai-Tupai Bangi..pekena steamboat..sampai dah nak meletup perut aku..RM25 person..nak mkn steamboat kepala gajah pon boleh..hehehe

Makan Sedap Pertama : Steamboat Tupai-Tupai (4 Bintang)

Esoknya terus ke Melaka Bandar Bersejarah..ronda-ronda area Melaka..malas nak jalan2 sgt cz panas..jadi layan pic di Melaka k..

Aku, Pn Siti Ishah (Penyelia Asrama) & anaknya


Student2 asli sekolah aku..ade ke yang korang berkenan?hahaha

Menyusuri Sungai Melaka..cool babeh

Misi mencari makan sedap yang ke-2..Ikan Bakar Umbai..jeng,jeng,jeng..hehehe..dicadangkan oleh Tok Selampit Perak..Geng Kuat Makan bergerak dengan menaiki van jabatan..


Memang terangkat beb..setanding dgn Ikan Bakar Tasek Raban & Ikan Bakar Kepala Batas Penang..fuhhh!ikan,udang sotong yang fresh2..harga pon terangkat jugak..tapi aku x kisah kalau bab-bab makan nih..jgn smpai aku kena basuh pinggan sudah..

Makan Sedap Ke-2 : Ikan Bakar Umbai Melaka (5 bintang)

Balik dari Melaka terus ke Nilai 3..cikgu-cikgi nak pergi shopping katanya..aku xtau nak beli ape bila tgk karpet n kain berlambak2..huhuhu..last2 aku rembat sehelai jersi Arsenal..

Geng Kuat Makan meneruskan misi lagi..Sate Kajang Hj Samuri sasaran ke-3..kali nie kami nak mkn terus di Kajang..


Sedap mmg sedap..tapi rasanya Sate Wak Teni Teluk Intan lagi sedap..hehehe..order sate ayam, daging n rusa..sedap jugak sate rusa nie..lembut..tapi xleh order byk2..RM1.80 secucuk..kalo nak murah mkn lidi sate je..hehehehe..

Makan Sedap Ke-3 : Sate Kajang Hj Samuri (3 bintang)

Esok pagi2 buta rombongan bergerak ke KL..sbb kemungkinan byk jalan akan ditutup untuk acara Marathon KL..so, dlm kul 6.30 kitorg dah check out..Destinasi pertama ialah Petrosains Menara KLCC..so layan pic skt..


Student Form 4 & 5 2010

Habis lawatan ke Petrosains, ktorg melawat Menara KL pulak..yang bestnye Menara KL nie staff2 perempuan semua cun-cun belaka..hahaha..kat Petrosains tadi kurang pulak cun nye..so jom layan pic..


Habis lawatan ke Menara KL, kitaorg pergi ke Muzium Negara & Planetrium Negara..time nie kaki mmg dah lenguh berjalan..lepas budak2, jln skt2, pastu relax kat cafe Muzium je..


@ Muzium Negara..belakang gmbr Hang Kebun..ehh..silap, Hang Tuah


@ Planetrium Negara

Walaupun rombongan terus blk selepas lawatan ke Planetrium, Geng Kuat Makan masih tidak berpuas hati lagi..jadi sasaran kami seterusnya ialah.....

....



....



....



....






Yeah!paling terbaekkkk..hehehe..Nasi Kandar Vaggey Ipoh..sambil melayan World Cup Jerman vs England (tapi England kalah lak..huhuhu)..relax2 sekejap sebelum balik ke Gerik..

Makan Sedap ke 4 : Nasi Kandar Vanggey Ipoh (5 bintang)

Adios!

Wednesday, June 23, 2010

18SG : Penjara Pudu Berhantu


Copy dari sebuah laman blog..memang menyeramkan..korang baca la dulu..


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja.
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".

Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri BilikTerakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... " udah tuuuuuuuuu........ peeee buat keja ! baca blog saja kerjanyaa...!! "
Hahaha...saje nak kenakan korang, sebabkan aku pun terkena..jom gelak sama2..hahaha
http://politikbanjar.blogspot.com/2010/06/18sxg-penjara-pudu-itu-berhantu.html


Monday, June 21, 2010

Skinhead Mee Rebus


We're coming back, we're coming back
We're coming back to you
We're never gonna go away again
Hold on a little longer, try a little harder
'Til we're arm in arm together to the end

So remember, out there somewhere
You've got a friend, and you'll never walk alone again

-By Cock Sparrer "We're Coming Back" -

Salam Semua..

Hujung minggu yang begitu best!Berjumpa rakan-rakan lama ketika zaman skinhead dahulu.Ya..skinhead..mesti orang ingat skinhead ganas,suka bergaduh,budaya barat,suka bersosial dan bermacam lagi lah tanggapan negatif..sebenarnya bukan semua skinhead yang suka buat kacau..di Malaysia ada bermcm2 idealogi skinhead seperti SHARP, Trad Skinhead, Skinhead Nazi dan Malay Power..biasanya Skinhead Nazi dan Malay Power yang suka membuat kacau..Trad dan SHARP lebih relax,berkumpul di hujung minggu bersama,dan melebih gemar kepada music Oi.

Di pendek kan cerita..19hb 6 yang lepas,seorang daripada rakan skinhead kami iaitu Mohd Nazri Tajul Ariffin @ E dan bersama pasangannya Hairina Zakaria yang lama berkenalan sejak belajar di UiTM Sungai Petani lagi telah selama diijabkabulkan..

Steadylah E..Oi..oi..oi!hahaha

Kebanyakan kami semua telah memiliki kerjaya masing-masing..berpendidikan..bukan semua skinhead bermasalah..kami mempunyai semangat brotherhood yang tinggi..hinggalah sekarang..walaupun sudah tidak dress up seperti skinhead lagi..tapi jiwa aku masih tetap pada skinhead..memahami maksud sebenar Skinhead 4 Life.


Skinhead skinhead jugak..mak suruh hantar adik kena ikut..hehehe..so sebelum aku balik ke Greece, my madam suruh hantar adik perempuan kesayangan family ini ke asrama (SEMESTI)..
Pejam celik-pejam celik dah Ting 5 dia sekarang..tahun nie exam SPM..hope cita-cita dia berjaya untuk menjadi seorang doktor..Dr Yushada bt Abdullah..Amin..

Balik tue singgah jap kat Mee Rebus Mastan Ghani Tmn Ros..Dlm byk2 Mastan Ghani kat Teluk Intan (Mastan Ghani Pekan, Abdullah Mastan Ghani (Dpn Fajar), Mastan Ghani Baru (dkt Kolej Komuniti) yang paling sedap Mastan Ghani Tmn Ros la..terbaekk..hehehe..

Sebab ape sedap?..dalam keluarga Mastan Ghani, kedai mereka di Tmn Ros dimiliki oleh abang mereka yang sulong..jadi resepi asal mee rebus Mastan Ghani cuma ada di Taman Ros sahaja..
yang lain semua dah ditokok tambah oleh adik2 yang lain dalam keluarga mereka..sebab tue kalo korang pergi semua kedai, rasa mesti lain-lain...

Adios..nak makan mee rebus..hehehe.

Tuesday, June 15, 2010

Anti Ronaldo

Aslmualaikum..

Demam bola sepak belum habis..kurang tidur sebab berjaga tgk bola..game 2.30 pagi..kan best kalo dok UK..hangin je bila member yg study sana bgtau tgk World Cup pukul 7.30 ptg (kalo game kat Malaysia pukul 2.30 pagi)..x payah berjaga malam..huhuhu..

Masa menulis entry nie pun tgh tggu game antara Ivory Coast vs Portugal..kul 10.00 mlm..rasa lambat sgt gua update blog dulu..hehehe..nak tulis lagu, skrip drama aku bukan reti..xde darah seni pun walaupun suara aku ade seiras-iras skt dgn Awie..hahahaha (baru pas karaoke ngan Cik Aina lagu Tragedi Oktober).

Sekarang mlm2 relax skt..result exam pun dah keluar..Alhamdulillah, lepas semua paper..jadi student PJJ nie yang takut kalo repeat paper je..terima kasih kepada lecturer sem lepas..Madam Jue, Cik Liely, Ustaz Osman n Madam Syaz..

Musim cuti sekolah nie ramai member2 kawin..bila balik kampung pun Mak ajak gi kenduri sana,kenduri sini..jadi driver Mak..hehehe..kena menurut perintah la..cuma yang sempat pergi kenduri member sekolah rendah..Nazli & pasangannya dari Kelantan..itu pun sebab dkt ngan umah..

Ptg Ahad pulak ada Mesyuarat UMNO Cawangan..Semangat Ketua Pemuda..hidup UMNO!hidup UMNO!..hehehe..(semangat di Kursus BTN x abis lagi)..habis mesyuarat, malam tue tggu Cik Aina balik dari Putrajaya..pegi dinner sama2..sian sayang gua penat baru balik dari Kuching,terus balik Teluk Intan..

So...setakat ini saje..nak tgk bola..harap2 Portugal kalah..hahaha (anti Portugal sebab ade Ronaldo)..babai..


Thursday, June 10, 2010

World Cup 2010

Yeah!!..World Cup kembali lagi..sememangnya ditunggu2 oleh kaki2 bola seperti aku nie..banyak kenangan bila nak ingat time World Cup..

World Cup 1998 (France) :

Time nie aku baru form 2..dok kat hostel lagi..semangat bila warden bagi tengok final match France vs Brazil..janji esok jangan ade sape2 yang ponteng sekolah..rasanya kick off masa tue dalam pukul 2.30 a.m..kira dah lewat malam..jadi siapa yang nak tgk terpaksa berjaga la..takut miss tgk game tue..seorang member aku punya semangat sokong France sampai cat muka lambang bendera France..last2 tertidur, esok pagi terjaga terus pegi surau dgn bendera France ade kat muka..hahaha..

World Cup 2002 (Korea/Japan) :

Time nie aku kerja kat Perlis..baru lepas abis SPM..nak tgk game terpaksa pegi kedai2 makan..dah la masa tue dok kat area Kaki Bukit..majoriti orang Cina..nak x nak terpaksa la masuk kedai Cina..World Cup punya pasal..hahaha..Final game Brazil vs Germany..Brazil menang 2-0..huhuhu..masa nie sokong Germany..

World Cup 2006 (Germany) :

Sekali lagi kecewa..Final game France vs Italy..Italy menang penalty shootout lepas draw 1-1..masa nie aku kerja KFC kat Kinta City Ipoh..ingat lagi manager aku masa tue taik judi bola..hahaha..ajak staff betting..lepas kerja terus tgk game bola kat rumah sewa..esok bgn pagi2 mata lebam..hehehe..

World Cup 2010 (South Africa) :

Hehehe..berada di Gerik..akan menyaksikan game sambil terbaring di atas katil..tidak perlu ke kedai-kedai mamak kerana perkhidmatan Astro telah disediakan..hahaha..seperti biasa fevret gua untuk World Cup tahun nie :


No 1 : Spain

No 2: England

No 3 : France