BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, November 21, 2009

Puting Lembu


SEDARLAH DIRI...

Kadang2 aku dah meluat nak baca paper..tak abis-abis kes rogol..bapak rogol anak..abang rogol adik..yang terbaru mggu lepas..bapak n abg rogol sekali..pergh..sadis tul..kalau aku ler jadi hakim mahkamah, comform aku suh potong 'anu' anak beranak tue..xde tempat lain ke korang nak buang!!darah daging korang jugak!!binatang..

SEDARLAH DIRI...

Bukan kes rogol je..kes ragut pon x abis-abis lagi..dulu mat-mat rempit nie la yg slalu dicop peragut..skang makcik dah tua nak mampos pun ada yang jadi peragut..budak kecik lak yang jadi mangsa..bila dah kena tangkap, menangis la menyesal..curah2 air mata keluar..nak belasah pon tak boleh..kalo org lelaki mmg dah pecah kepala la tue..mcm Mazidul kata, tak kan nak belasah sampai tercabut coli..dah tua2 bwk2 la ke masjid makcik oiii...dunia nak kiamat dah..

SEDARLAH DIRI..


Ade juga lagi kes cabul..yang terbaru..cikgu cabul anak murid..si cikgu umur 47thn, anak murid umur 8thn..si cikgu suruh anak muridnya berbogel dan menyentuh bahagian alat sulit anak muridnya pada waktu rehat di bilik muzik..kemudian didakwa melakukan seks oral..ape jenis cikgu ko nie ahhh?kalo x tahan sgt pon, pegi la cari pelacur kat luar tue..berlambak2..ni budak baru umur 8thn yang jadi mangsa..weii..aku jaga budak2 perempuan sekolah menengah pon xde la sangap mcm ko!!!

SEDARLAH DIRI..

Ade juga orang yang masih berjudi..yang terbaru di Harian Metro..seorang makcik beli nombor ekor relax je pakai baju kurung n bertudung...anak-anak dan sedara mara ramai yang xtau.

“Mak cik tak rasa teka nombor (bertaruh nombor ramalan) dianggap salah kerana mak cik juga berusaha dan mengeluarkan modal untuk menang. Ia tak lebih daripada satu bentuk permainan teka nombor semata-mata.

“Apa orang nak kata pun mak cik tak kisah. Soal dosa atau pahala, itu antara mak cik dan Tuhan,” katanya.


Adoi2 makcik..sudah2 la tue..rezeki kat kedai nombor tue tak lama..banyak lagi cara kita nak cari rezeki..yang halal dan betul..lagi baik kalau makcik kumpul2 duit tue untuk ke Mekah..

SEDARLAH DIRI..


Ada juga orang yang nak ubah kejadian Tuhan..Tuhan yang mencipta manusia cukup sifatnya..yang wanita dgn naluri wanita..yang lelaki dengan naluri lelaki..tapi ada juga orang yang ingin mengubahnya..berita Kosmo melaporkan seorang wanita yang menjalani pembedahan membuang payudara kini menanggung derita berterusan di bahagian dada manakala kedua-dua belah tangannya pula tidak dapat diangkat..

Pelik betul perempuan sekarang..disebabkan terlalu terdesak untuk mengubah jantina, sanggup buat apa saje..perempuan lain nak yang lebih besar n seksi..ko lak leh gi buang..adoi2..sampaikan ada seorang sahabat ini berseloroh :

"Kalau macam tue..kena ganti puting lembu la jawabnyeee.."


p/s: Jangan jadi bodoh macam lembu..

Friday, November 20, 2009

5A dan Honda Cabuk


Semalam keputusan UPSR diumumkan..jadi bermacam-macam senario yang dapat kita lihat..ada yang menangis kerana gembira dan ada yang menangis kerana kecewa..aku juga tumpang gembira melihat anak-anak kwn sepejabat yg berjaya dan ada juga yang kecewa kerana terlalu mengharap kejayaan anak-anak mereka..anak-anak cikgu..malu la kalau ada yang dapat keputusan teruk..mungkin begitu tanggapan mereka..

Dan semalam aku ada bersembang dengan beberapa orang kawan dan kenalan..mengenai keputusan anak-anak mereka..

Situasi 1 (Seorang Ustaz yang berbangga anaknya mendapat 5A)

Ustaz 1: Kawe senok sgt ari nihh..kalo org nak maroh kawe ari nih pon x poo..anak kawe dpt 5A..


(punya la seronok smpai orang marah dia pon takpe..hehehe)


Situasi 2 (Seorang Ustaz yang kecewa anak tidak mendapat 5A)


Ustaz 2: Teruk result anak saya..dpt 2A,1B,2C..xtau la..saya dah hantar tuisyen..tgk dia x boleh buat jugak..emmm (bersungut tanda kecewa)


(xpe ustaz..perjalanan dia masih panjang lagi..)


Situasi 3 (Anak seorang tukang kebun sekolah)

Aku: Ah..bang..daftar anak masuk tingkatan 1 ke?

Abg 3: Ah..daftar sini dulu lah..sementara tggu panggilan sekolah lain..


Aku: Anak dapat brape A?

Abg 3 : Alhamdulillah...5A..SK Tawai ada 3 orang je yang dapt 5A..sekolah kampung..

(wooo..serius aku terkejut beb..anak dia nampak mcm biasa2 je..tp xde la selekeh..budak kampung..xde la nmpk mcm anak2 org bandar nie..kemas n genius)


Situasi 4 (Seorang driver yang tidak kisah sgt keputusan UPSR anaknya)

Driver 4: Saya bgtau anak saya..kalo dpt 5A abah belikan kamu motor Yamaha LC, kalo dpt 5E abah bagi kamu motor Honda cabuk yg abah bwk pegi menoreh getah tue..

Aku: Abis anak abg dapat brape?


Driver 4: 5E!


(hehehe..jadi ler dapat moto honda cabuk!)


p/s: teringat zaman UPSR dulu (1996)..sweet memory

Wednesday, November 18, 2009

Antara Rezeki Dan Kejayaan


Hari ini,SPM bermula..hujan turun renyai2,..tanda Allah s.w.t memberi rezeki..Sudah menjadi kebiasaan pelajar, bila SPM hampir dekat, masa tue la ramai yang berpusu-pusu minta maaf,minta ampun segala dosa,halal segala makan minum & ilmu pelajaran, dan doa minta kejayaan..

Hari ini, masih ada pelajar asli lagi yang dtg meminta maaf..biasanya yang datang akhir2 waktu mcm nie budak-budak yang nakal dan selalu buat masalah di asrama..

Pelajar Asli : Err..Cikgu..Saya nak minta maaf...(suara dlm keadaan takut2..ringkas tapi penuh bermakna)

Aku: (Terus peluk)..Saya maafkan..buat yang terbaik..5 tahun kamu tinggal di sini, masa ini la kamu nak tunjukkan apa yang kamu dah belajar..

Situasi begini, membuatkan aku berfikir..sejauh mana jahat dan nakal seorang pelajar itu, pasti dia mempunyai rasa hormat dan mengingati orang yang mendidiknya..Aku sendiri tidak meminta maaf kepada guru-guru masa nak ambil SPM dulu..disebabkan ada beberapa guru-guru yang aku tidak suka..antara kesilapan yang aku buat..membuatkan aku termenung pagi ini..

Sekarang baru aku faham..perasaan seorang pendidik..kdg2 pelajar yang kita rotan ini lebih baik bila kita berjumpa di luar..mereka terlebih dulu menegur kita, bersalaman, bertanya khabar guru-guru lain..sampai ada yang nak belanja makan & minum..berbanding pelajar yang pandai ini..lari bila nampak guru-guru (cz tgh berjalan dgn boyfriend or girlfriend), buat tak kenal je (cz dulu semua org kenal dgn 'kepandaian'nya)..kalau nak merasa teh o secawan lagi la susah (dah dia tak tegur kita)..seperti kata seorang sahabat : Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap, dari bersalaman..nilai-nilai murni yang kita belajar dari luar dan dari pengalaman..tetapi tidak diajar di sekolah..

Rezeki yang tuhan berikan itu kdg2 diberi dengan cara yang lain..yang kdg2 kita tak perasan dan tak sedar..Allah s.w.t itu Maha Pemurah bila kita tidak sombong dan memohon rezeki padanya..Aku sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didikku..walaupun bukan semua yang boleh berjaya..tp sekurang-kurangnya..mereka tetap dtg meminta maaf atas semua kesalahan mereka..adat duduk di asrama..ponteng sekolah & prep, merokok, buli, keluar mlm (fly)..aku pon prnh buat benda-benda tue semua..rotan mmg dah sebati dgn punggung aku nie dulu..

p/s : Doakan kejayaan anak-anak didik aku..perasaan bangga melihat seorg itu berjaya begitu bermakna bagi aku..Amin...

Monday, November 16, 2009

Inspiration

Success Pictures, Images and Photos

I hope can see your smile..
Malam yang indah..tenang..
Kau sumber inspirasiku..

Thank you sayang..

Sunday, November 15, 2009

Bored Day

Hari Yang Membosankan..Masa Begitu Panjang..Seperti Kekurangan Sesuatu Pada Hari Ini..

Aku rindukan hari-hari yang sibuk..
Hari-hari yang gembira,
Hari-hari yang ceria,
Hari-hari yang penuh gelak ketawa..

Ahh..perasaan yang membosankan,
Seperti kera yang tidak berkawan,
Laptop,TV yg dah bosan memandang aku,
Ini bukan aku yg sebenarnya..

Saturday, November 14, 2009

Mistake

life Pictures, Images and Photos

Kesilapan..kita manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan..kesilapan lalu yang masih menghantui hingga sekarang..membuat aku teringat..kenapa terlalu bodoh pada masa itu..

Kehidupan lalu yang terlalu membazir untuk ku..tanpa arah tujuan,tanpa cita-cita,tanpa matlamat..ghairah mengejar kesenorokan hidup..

Dan kini..kehidupan yang lalu telah ku tinggalkan jauh-jauh..aku lebih tenang dengan kehidupan aku sekarang..dengan insan-insan penting yang menyayangi aku..

Bukan semua orang mempunyai pengalaman seperti aku..jatuh bangun aku, aku lalui sendiri..namun aku sentiasa percaya,manusia pasti akan berubah..apabila sudah tiba masanya..

* Terima kasih kepada insan-insan yang banyak membantu dan memberi nasihat..you know who you're..

Thursday, November 12, 2009

Siapa Kata Orang Asli Tak Cantik?

Hai..Fewittttt....

Hehe..Hari ni x nak cerita serius sgt..cerita menarik skt..menarik tertarik pastinya deboom..hehehe..cerita pasal kecantikan..korang rasa korang cantik x?ishh2..malu-malu kucing lak nak jawab..mesti la cantik kan..semua orang ade kecantikan masing-masing..cuma kita perasan atau tidak je..(sape yg perasan tu kira perasantan la..kuikuikui..)..kecantikan tak semestinya dari luaran..tapi juga dari dalaman..aura kecantikan yang bisa membuatkan lelaki di dunia ini tergoda..hahaha.

Aku suka kecantikan..yela la..orang laki kan..tipulah kalo kata aku nak cari perempuan yang biasa-biasa je..mesti ade taste..(hahaha..bukan semua org tau taste aku).. mesti la nak cari yang cantik "dalam" n "luaran".."dalam" bermaksud mempunyai akhlak dan kesopanan yang baik..dan "luaran" bermaksud cantik paras rupa, bergaya dan menjaga penampilan..skema skt ayat aku..hahaha.kalo muka cantik,tp x pandai hormat orang tua pon x guna beb..akhlak n kesopanan dah ok,tapi penampilan lak x reti jaga..larat ke korang nak dating ngan awek yang x mandi seminggu?boleh pengsan lol..hahaha..jadi kedua-duanya penting..mesti balance..kalo orang lelaki pon sama kan..orang perempuan pun nak cari yang smart2,hensem2,wangi2,cool,ada kerja,pandai jaga hati perempuan,penyayang,romantik..mcm2 lagi la yg sewaktu dengannya..jadi x salah kalo kita memilih..teman hidup kita..untuk diri kita jugak kan..terpulang kepada diri masing-masing..ada orang jenis x kisah..dah jodohhh...itu je yg boleh ckp sebagai alasan...tp xde usaha untuk mencari yg terbaik..

Orang asli pun ada yang cantik-cantik..kecantikan yang asli..cehhhh..mcm iklan tv pulak..siyes beb..mmg cantik..tp xde la sampai aku terpikat..hahaha..cuma diorg dah x nampak mcm org asli..(maksud aku disini..berambut kerinting,x terurus, x bermake up, x bergaya)..berbeza dengan zaman nenek moyang mereka dulu.

Ah..jangan main2 ngan anak dara org asli..kang tok batin nie sumpit..hehehe.

Budak2 perempuan org asli yg aku jaga nie kebanyakannye dah mix dgn kaum2 lain..ade asli kawin ngan indon,kawin ngan cina,ngan org siam n dgn melayu pon ade gak..jadi budaya diorg nie dah lain..bukan mcm dulu2..muka pon x dah nampak mcm org asli..

Jom tgk skt pic-pic finalist gadis2 asli terakhir..hehehe.







Ah..cantik kan?..dah x nmpk mcm org asli..hehehe..ape2 pun kita kena bersyukur kerana dianugerahkan Allah s.w.t paras rupa yg cantik..cantik + bijak kena seiring..dgn kebijaksanaan kita dpt memikir buruk dan baik..cantik sebagai asset sementara kita sahaja..mcm kita beli keta mewah,mula2 mmg la cantik..makeup sana,makeup sini..lama2 jadi besi buruk jugak..tiap2 tahun ade susut nilai...berbanding dengan ilmu@kebijaksanaan,ibarat kita beli rumah@tanah..kita tambah sana,renovate sini..tiap2 tahun harga naik..silap2 leh jadi jutawan..sbb ilmu adalah harta yg x dapat dinilai..lebih dari keta,rumah dan tanah..semakin kita mencari ilmu, semakin banyak yg kita x tahu...


Gambar di atas adalah sebagai hiasan..tidak merujuk kepada tajuk entry ini..hehehe
(ade skt2 mcm Scha x?..hahaha)

Sekian sahaja untuk hari ini..hehehe..nanti free2 aku mengarut lagi k..babai..love u all..Aslm..