BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

Perkahwinan


Prosedur Pentadbiran Perkahwinan

A. PENGENALAN

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk ini menggariskan peraturan-peraturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan rujuk.

B. TAFSIRAN

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan.

i. ' Beristeri ' ertinya mempunyai isteri.

ii. ' Iddah ' ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau yang mati suaminya.

iii. ' Tempoh Bermastautin ' ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurang-kurangnya 90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar

iv. ' Teruna ' ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.

v. ' Wali Mujbir ' ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.

vi. ' Negeri' ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.

vii. ' Luar Negeri ' ertinya luar negara.

viii. ' Tempat Lain' ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.


C. PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN

1. Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu
Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.


2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.

ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.

iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

- Salinan Sijil Kelahiran.

- Salinan Kad Pengenalan.

- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI

- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.

- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.

- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.

- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.

- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.

- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.


V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.


2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin

i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )

ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.

iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.

iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3. Proses Permohonan Perkahwinan

Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

3.1 Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:

a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan

b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.

c) Perkahwinan itu secara poligami.

d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami


( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )


3.2. Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.

3.3. Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.

3.4 Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.


4. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

4.1. Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.

4.2. Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

4.3. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.

4.4. Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

4.5. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.


5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.

i) Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

- Salinan pasport yang sah.

- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.

- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

ii) Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.


5.2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia


6. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

6.1 Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.

6.2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.


7. Akad Nikah

7.1. Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.

7.2 Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

7.2. Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:

i. Wali di hadapan Pendaftar.

ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.

iv. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.


D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

1. Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri

1.1 Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang yang sedia ada.

1.2 Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan.

2. Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri

2.1 Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.

2.2. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa perkahwinan di luar negeri yang belum didaftarkan sahaja yang boleh didaftarkan.

2.3. Pendaftar hendaklah memastikan setiap permohonan pendaftaran nikah mempunyai butir dan maklumat berikut:

- Surat perakuan nikah luar negeri.

- Atau apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh memuaskan hati Pendaftar sebelum perkahwinan berlaku.

- Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Pemohon sendiri.


2.4. Pendaftar boleh mengecualikan pasangan suami/isteri untuk hadir di hadapannya dengan syarat ia berpuas hati mengenai maklumat berhubung dengan perkahwinan itu.

2.5 Pendaftar hendaklah mencatatkan sebab-sebab pasangan suami isteri tidak hadir dalam daftar perkahwinan.

2.6 Selepas mendaftar Pendaftar hendaklah dengan segera menyerah atau menghantar satu salinan pendaftaran nikah yang telah ditandatangani kepada pasangan suami isteri.

2.7 Pendaftar juga dikehendaki menyerah satu salinan pendaftaran nikah kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan supaya salinan tersebut dijilidkan dalam perkahwinan orang Islam di luar negeri.

Wednesday, September 29, 2010

Ramadhan to Syawal

Rasanya dah nak berkarat blog nie..mmg xde masa nak update..start je bulan puasa semua jadi slow..hehehe..so bila jari nie dah start nak menaip, jadi mcm2 la yang nak dicerita..dari bulan Ramadhan sampai la ke Syawal..mcm2 yg berlaku, yang terbaru..kat blog nie la tempat nak bercerita pun..

Bulan Ramadhan thn nie special skt..berbuka dgn kwn2 sekolah, dgn kwn2 pejabat..n yang lagi special berbuka dgn buah hati lah.. bila duduk jauh nie sekali skala jumpa mesti rindu bangat..hehehe..so untuk memudahkan kwn2 berkumpul thn nie majlis berbuka puasa diadakan di Putrajaya..

En. Azad Kahar pun ade tue...hantu Sate Kajang..hahaha

Untuk memanjangkan lagi cerita, raya ke-2 tahun nie saya telah selamat bertunang dengan pasangan saya Raja Nur Aina bt Raja Hussain Shah. Yehaaaaa....berdebar-debar beb..nak pegi meminang anak orang nih..bukan main-main..x tau la kalo time akad nikah nanti..mau nak terkencing je nanti..hahaha

Saya nak berdiri dekat2..dia pulak nak gi jauh..line x clear..bakal pak mertua usha beb..hahaha

Bonda saya Aisah bt Abdul Sukor menyarungkan cincin tanda telah "dibooking" oleh anaknya Herman Taharuddin..hehehe

Woooo...kek feveret saya dan Cik Aina...Choc Mud..nyum2...

So secara rasminya saya telah menjadi tunang org..bila start keje di sekolah, kwn2 ramai la yang ucap tahniah..ada yang xtau saya bercouple, tiba-tiba bertunang..terima kasih semua..nanti nak dekat2 kenduri mesti saya jemput k..

Jadi bila dah bertunang mesti la nak kawin kan?So semangat dlm jiwa nie pikir psl nak kawin je..Jadi untuk mengambil berkat dan di atas jemputan kwn sekelas masa tinggal di hostel dulu Mohd Zulfadli b Mohd Zaki@Zack, saya pun pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di Seri Iskandar. Dulu masa kecik-kecik ingat lagi mak Zack yang mmg baik melayan kami. Dah boring makan nasi dewan makan, bila mak Zack masak sedap2, mmg x ingat org la time mkn tue..hehehe..So jom layan pic time kenduri tue...

Depa nie mmg ade penyakit sikit bila depan camera..penyakit senyum..hehehe

My classmate dulu..5 Al-Haitham (Chip nak msk gak cz dia dulu pun class H)

Nak perasaan skt..aku rasa hensem lak kat pic nie..mungkin aura dari Zack..jgn termuntah k..hahahaha

Hehehe..ah, lebih kurang mcm tue la yang berlaku..sepanjang tidak meng"update" blog nih...so, org tua-tua kata kalau dah bertunang nie darah manis..seminggu lepas bertunang kereta aku accident..langgar tiang Telekom..parking kat bukit, handbrek tarik x abis..kereta jln sendiri..kira ada tanda-tanda la tue..suruh hati-hati..mintak-mintak xde ape la yg berlaku time jadi tunang orang nih..

Jadi kwn2..doakan la kebahagiaan kitorg ye..doa semoga kami selamat diijabkabulkan..aku percaya kalau niat kita baik, mesti kita dibalas dgn perkara yg baik.. :)

Saturday, September 4, 2010

Jersey For hari Raya

New Jersey For Hari Raya..

Visit my Blogshop

Thursday, August 12, 2010

Puasa Zaman Kecik




Bulan Puasa kembali..bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan yang mempunyai banyak kelebihan..

So..cerita bulan puasa nie mcm2 kenangan..masa zaman2 belum akil baligh lagi..biasa la kan budak nakal..hehehe

Time sekolah rendah...

1) Waktu Berbuka

Masa nie mmg cobaan betul..mak kata kalau x puasa x boleh makan masa berbuka..x boleh dapat duit raya..perghh..sape yang x puasa kena duduk kat depan sampai orang berbuka habis puasa..huhuhu..

Nak jadikan cerita 1 hari mmg aku x tahan..jadi berbuka la mkn lauk2 sahur yg tinggal baki2 lagi tue..balik sekolah beb..panas2..kayuh basikal..jadi bila time berbuka kena la duduk kat depan..aduh..sedihnye..berguling2 aku nak mkn jugak..hahaha.

2) Ponteng Puasa

Bila dah tau x boleh berbuka bila ponteng puasa..aku pun curi minum air paip je..hahaha..buat2 mandi lama sikit..sambil mandi, sambil minum..hahaha..hilang sikit dahaga..tapi still lapar gak coz x makan nasi..aduh, menyesal minum air paip tadi..

3) Pasar Ramadhan

Paling seronok kalau dapat pergi pasar ramadhan..dulu masa kecik2 rumah aku dekat ngan jalan kereta api..jadi kalo nak pergi Teluk Intan tunggu je keretapi berenti..kena bayar 30 sen ke 40 sen..tapi sekarang perkhidmatan kereta api dah xde..sepanjang jalan kereta api orang kampung buat tempat tanam kelapa sawit..sampai sekarang dah x pernah naik kereta api..huhuhu..(komuter pernah la)..hehehe..paling aku suka murtabak, ayam percik, n air tebu (tapi skang Cik Aina x bagi minum air tebu dah..bahaya sebab ada kencing tikus kat batang tebu yang x dibasuh).

4) Mercun & Meriam

Wah..ini la paling best kalo lepas berbuka..sebelum pergi sembahyang tarawih sempat main meriam tanah n mercun..dulu mercun murah giler..Thunder King, Air Bom, Thunder Clap, mercun naga, mercun gasing, mercun papan, mercun bola, mercun ketupat..mcm2 lah jenis..tapi semua tue belum kuat lagi kalo nak lawan ngan meriam tanah aku..bergegar 1 rumah kalo pasang..smpai adik2 yang kecik menangis la..hahaha..

5)Sembahyang Tarawih

Dulu kalo sembahyng tarawih ikut abah naik motor..kalo buat 8 rakaat tue rasa lambat giler..hahaha..yang ingat cuma boleh makan (moreh) lepas tarawih nie..ade kawan2 yang nakal main cucuk2 bontot time org sembhyg tarawih..hahahaha..jangan cucuk bontot pak iman sudah..


Hehehe...sekarang umur dah 26 thn..dah x ponteng puasa masa kecik2 dulu..kalo orang pompuan lain la ada cuti ABC (Allah Bagi Cuti)..orang laki wajib la puasa penuh..

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Selamat Berpuasa & Berbuka... :) Adios.









Friday, August 6, 2010

Cantik

Pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, awak ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang mana PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun. Dah petik rumput yang cantik, bawa ke kelas.

Apabila murid tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang di bawanya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi tadi cikgu kata petik yang PALING CANTIK. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang semula. Tapi sampai di hujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya tadi rumput-rumput yang paling cantik tadi. Tapi bila cikgu kata tak boleh kembali ke belakang, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang janganlah mencari lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang ada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga apa yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi..


Tuesday, August 3, 2010

Eman Jersey

Assalamualaikum semua..

Yeah!Dah mula pndai berniaga..saje suka2..asalnya untuk seronok2 je..saya bukan jual dadah,jual perempuan atau jual belacan..saya sekarang sudah menjadi penjual jersi-jersi bola..yeah!hehehe..benda yang saya suka n cintai..bola.

Kenapa saya pilih jersi bola?hehehe..rasanya semua kawan2 saya tahu, yg saya ini adalah seorang kaki bola yg tegar..maksud tegar disini adalah sanggup untuk berjaga malam @ bgn tgh2 malam buta semata-mata nak tgk bola..hehehe..korang sanggup?kalau sanggup boleh lah ikut saya...

So..dipendekkan cerita..saya dapat semangat niaga ini daripada Cik Aina. 1 hari temankan dia ambil stok aksesori perempuan (beg,belt,rantai2..n mcm2 lah brg2 perempuan nih). Seriously..saya mula tertarik bila tgk harga2 borong yg murah (tapi kena ambil dlm kuantiti yg banyak la)..oh! mcm nie rupanya orang meniaga..baru kita tahu..sebab selama nie kita main beli je...

Dengan berbekalkan modal yg ciput je dulu saya ambil sikit stok jersi..saya jual pada kawan-kawan..pada student-student saya..wah! laku!..mcm goreng pisang panas..1 hari je habis..Alhamdulillah..rezeki kan..siapa yang tahu..

Jadi sya mula serius..amik stok dlm jumlah yg banyak..ambil order dari kawan2..sya mula berniaga secara direct..secara sambilan..

Seterusnya.. saya telah berjaya membuat blogshop sendiri untuk berniaga secara online..lebih senang untuk upload gambar2..

BlogShop saya : http://emanjersey.blogspot.com (promote kat kwn2 k)

Hehehe..jadi banyak yg perlu dipelajari untuk menjadi usahawan nie..apa-apa pun saya mengharapkan sokongan daripada kawan2 semua..Saya percaya kalo kita berusaha,kita ada minat..pasti boleh berjaya..:)

Adios..


Monday, August 2, 2010

Al-Fatihah Untuk Cikgu Ee

Pemergian seorang kenalan..
Mula mengenali Cikgu Ee Teck On sejak beliau berpindah dari SMK Bersia ke SMKSIS II..
Sehinggalah arwah dinaikkan pangkat sebagai sebagai Ketua Bidang di SMK Kenering..
Walaupun tidak berapa rapat dgn arwah..tetapi tetap ada kenangan-kenangan bersama arwah..
Bola Tampar..dulu semasa arwah ada boleh dikatakan setiap petang bermain bersama arwah..
Saya bukan star bola tampar..tapi boleh main la sebab dulu pernah jadi wakil sekolah..
Kalo bersembang pun mesti pasal bola tampar..
Arwah merupakan pemain,jurulatih serta pegawai teknikal bola tampar yang disegani..
Sehingga saya mempunyai aktiviti permainan yang baru..badminton..sudah jarang bermain bersama arwah

Salah satu lagi persamaan kami ialah kami mempunyai motorsikal yg sama jenis,sama caler (putih), dan no plat yg hampir dekat..Honda Wave 125S.
Hehehe..memang saya amik motor tue pun sebab tgk motor Cikgu Ee.
Terus tanya dia berapa harga..bayar berapa bulan2..

Arwah pernah tanya saya :

"Man, kalo man nak tukar motor, man nak beli motor apo?"

"Yamaha 135 LC, cikgu"

"Erm..ramai org yang cakap mcm tue..kawe baru plan nak tukar motor nie"

Itulah Cikgu Ee..sentiasa mengambil pandangan orang lain..
Al-Fatihah untuk Arwah Cikgu Muhammad Ee Abdullah (nama islamnya)..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..