BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

Antara Rezeki Dan Kejayaan


Hari ini,SPM bermula..hujan turun renyai2,..tanda Allah s.w.t memberi rezeki..Sudah menjadi kebiasaan pelajar, bila SPM hampir dekat, masa tue la ramai yang berpusu-pusu minta maaf,minta ampun segala dosa,halal segala makan minum & ilmu pelajaran, dan doa minta kejayaan..

Hari ini, masih ada pelajar asli lagi yang dtg meminta maaf..biasanya yang datang akhir2 waktu mcm nie budak-budak yang nakal dan selalu buat masalah di asrama..

Pelajar Asli : Err..Cikgu..Saya nak minta maaf...(suara dlm keadaan takut2..ringkas tapi penuh bermakna)

Aku: (Terus peluk)..Saya maafkan..buat yang terbaik..5 tahun kamu tinggal di sini, masa ini la kamu nak tunjukkan apa yang kamu dah belajar..

Situasi begini, membuatkan aku berfikir..sejauh mana jahat dan nakal seorang pelajar itu, pasti dia mempunyai rasa hormat dan mengingati orang yang mendidiknya..Aku sendiri tidak meminta maaf kepada guru-guru masa nak ambil SPM dulu..disebabkan ada beberapa guru-guru yang aku tidak suka..antara kesilapan yang aku buat..membuatkan aku termenung pagi ini..

Sekarang baru aku faham..perasaan seorang pendidik..kdg2 pelajar yang kita rotan ini lebih baik bila kita berjumpa di luar..mereka terlebih dulu menegur kita, bersalaman, bertanya khabar guru-guru lain..sampai ada yang nak belanja makan & minum..berbanding pelajar yang pandai ini..lari bila nampak guru-guru (cz tgh berjalan dgn boyfriend or girlfriend), buat tak kenal je (cz dulu semua org kenal dgn 'kepandaian'nya)..kalau nak merasa teh o secawan lagi la susah (dah dia tak tegur kita)..seperti kata seorang sahabat : Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap, dari bersalaman..nilai-nilai murni yang kita belajar dari luar dan dari pengalaman..tetapi tidak diajar di sekolah..

Rezeki yang tuhan berikan itu kdg2 diberi dengan cara yang lain..yang kdg2 kita tak perasan dan tak sedar..Allah s.w.t itu Maha Pemurah bila kita tidak sombong dan memohon rezeki padanya..Aku sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didikku..walaupun bukan semua yang boleh berjaya..tp sekurang-kurangnya..mereka tetap dtg meminta maaf atas semua kesalahan mereka..adat duduk di asrama..ponteng sekolah & prep, merokok, buli, keluar mlm (fly)..aku pon prnh buat benda-benda tue semua..rotan mmg dah sebati dgn punggung aku nie dulu..

p/s : Doakan kejayaan anak-anak didik aku..perasaan bangga melihat seorg itu berjaya begitu bermakna bagi aku..Amin...