BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 Untuk Orang Asli

Assalammualaikum..

Ketika Bajet Tahun 2010 dibentangkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato' Seri Mohd Najib, aku dalam perjalanan ke Sg Petani Kedah..ingatkan sempat sampai sebelum perbentangan bermula..last-last kena dengar dalam radio. Ini merupakan tahun ke-2 aku mendengar perbentangan penuh..sebelum ini aku melebih suka membaca apa yang telah dibentangkan dalam surat khabar atau diberitahu oleh kawan-kawan..masa tue umur masih muda..kerja pun tak tetap..bukan kisah sangat pasal bajet nie pon..kerja menteri-menteri dan pegawai-pegawai..

Mungkin sekarang amat berbeza..faktor pergaulan,kerja dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar (Pentadbiran Awam) membuatkan aku lebih berminat terhadap politik, isu-isu semasa, dan agenda-agenda yang dibentangkan oleh kerajaan..di sini (Gerik), kawan-kawan aku bukannya sebaya atau lebih muda dari aku..rata-rata mereka berumur 30 tahun ke atas dan awal 40an..mereka lah kawan aku bermain badminton & futsal, lepak-lepak di kedai mamak @ kantin sekolah, berbincang tentang kerja dan berlawak..bkn aku tak nak bergaul dengan anak-anak muda yang sebaya dengan aku di sini (awal 20an)..tapi rata-ratanya masih berfikiran kebudak-budakan, masih bersosial, pergaulan bebas, tiada hala tuju, tidak menerima pendapatan orang lain..entah la..rasa susah nak masuk dengan mereka..aku ni bukannya orang yang tak reti bersosial, tapi zaman itu dah berlalu..siapa kawan-kawan rapat aku tau la..memang aku nie susah dikawal..hahahaha..

Tersenyum aku bila mendengar peruntukan bajet untuk masyarakat orang asli..sudah semestinya kerajaan prihatin dan berusaha untuk mengintegrasikan mereka mereka ke arus permodenan negara. Kerajaan akan menyediakan RM41 juta untuk program-program seperti membina 55 buah perkampungan orang asli (RPS), memberi bantuan pertanian kepada 800 orang petani dan nelayan serta menyediakan peralatan perniagaan kepada 100 orang usahawan masyarakat orang asli..golongan minoriti ini lah yang perlu diberi perhatian..seperti kata-kata seorang ahli politik :-

"In politics, an organized minority is a political majority"
- Jesse Jackson


Seharusnya masyarakat orang asli perlu bersyukur dengan segala bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan..segala maklumat terkini sentiasa aku sampaikan kepada anak-anak didik supaya mereke lebih menghargai apa yang telah diusahakan oleh kerajaan selama ini..menghargai sesuatu dengan memberikan sumbangan kepada diri sendiri dahulu..kemudian masyarakat..dan terusnya negara..dan aku masih berfikir..sampai bilakah bantuan khusus untuk orang asli ini akan diberikan..sampai mereka pandai menghargai?sampai mereka boleh berdikari?sampai mereka sudah moden? atau sampai bila-bila...Sekian.

* Mendengar bajet sambil mengharapkan 2 bulan bonus..hahaha.


4 comments:

Cherrie Pie Sweety said...

eman eman.. jangan berangan dapat 2 bulan bonus yer.. kerajaan malaysia sedang dalam mode berjimat he he.. untuk masa depan negara gak.. apapun, kerajaan prihatin untuk semua pihak.. ko janganla risau..cuma pecahan distribution tu lain2 la based on kategori.. :)

Abg Man Kadiron said...

haha..saje je tue..aku mmg dah tau xde bonus..ko org ekonomi lagi tau la kan..:)

Cherrie Pie Sweety said...

erm..lama gak la dah tau..ada lagi kejutan nanti..tunggguuuuuuuu he he he

Abg Man Kadiron said...

hahaha..share2 la kalo ade news..korang geng2 PTD lagi cpt tau.